Mahasiswa Bersama Komuniti

KAJANG. 18 NOVEMBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti (PKPPK) bersama mahasiswa pelbagai bidang telah mengendalikan program kepelbagaian pelajar bersama komuniti kanak-kanak tadika di Tadika Seri Nur Iman, Hillpark 2, Kajang. Program ini bertujuan untuk melatih kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa, iaitu interaksi dengan komuniti dan mengendalikan aktiviti kepada pelajar dari pelbagai latar belakang. Pengetua Tadika Seri Nur Iman, Puan Linda telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengendalikan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan menerusi program ini adalah pembinaan bahan seni menggunakan barangan terpakai yang dikitar semula. Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti bersama dengan beberapa pelajar PhD telah bersama menghadiri program sehari ini.

Lampiran

Dr. Mohd Mahzan Awang sedang berinteraksi bersama beberapa pelajar tadika

Dr. Mohd Mahzan Awang sedang berinteraksi bersama beberapa pelajar tadika                                                                                                                                                                                                             

Pelajar mengadakan aktiviti interaksi secara berkumpulan

Pelajar mengadakan aktiviti interaksi secara berkumpulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar tadika menunjukkan hasil kerja mereka kepada Dr.  Mahzan

Pelajar tadika menunjukkan hasil kerja mereka kepada Dr. Mahzan

Antara hasil kerja kanak-kanak tadika menggunakan barangan kitar semula

Antara hasil kerja kanak-kanak tadika menggunakan barangan kitar semula

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar PhD yang turut serta dalam program ini

Pelajar PhD yang turut serta dalam program ini

Bersama pelajar sarjana muda yang terlibat

Bersama pelajar sarjana muda yang terlibat

 

 

 

 

 

 

 

 

Penyerahan cenderahati kepada Pengetua Tadika Seri Nur Iman

Penyerahan cenderahati kepada Pengetua Tadika Seri Nur Iman

Wakil PKPPK dan tenaga pengajar Tadika Seri Nur Iman

Wakil PKPPK dan tenaga pengajar Tadika Seri Nur Iman