Majlis Bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi dan PTPTN

PUTRAJAYA. 16 NOVEMBER 2016 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) telah mengambil inisiatif untuk mempertemukan para penulis tamu, pakar kewangan, pendidikan, media dan pemikir dari pelbagai agensi untuk berbincang dan bertemu secara santai dengan YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti terlibat sama dalam majlis yang dilangsungkan di Hotel Mariot, Putrajaya. Adalah menjadi harapan YB menteri untuk masyarakat mengubah sikap terhadap pembiayaan pendidikan tinggi terutama dari segi penabungan dan pembayaran balik pinjaman pendidikan tinggi oleh PTPTN.  Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN Wan Ahmad Wan Yusoff, pegawai kanan PTPTN dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi serta para perunding kewangan dan perbankan.

Lampiran

YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sedang memberi taklimat berkaitan pembiayaan pendidikan tinggi.

YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia sedang memberi taklimat berkaitan pembiayaan pendidikan tinggi.

YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Prof. Madya Izani Mohd Zain

YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Prof. Madya Izani Mohd Zain

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mohd Mahzan Awang bersama Prof. Madya Mohd Izani Mohd Zain dan Prof. Madya Dr Mohamad Fazli Sabri

Dr. Mohd Mahzan Awang bersama Prof. Madya Mohd Izani Mohd Zain dan Prof. Madya Dr Mohamad Fazli Sabri

Bergambar bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

Bergambar bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia