Mesyuarat Jaringan Internasional PKPPK – UNSRI Siri-2

UKM, BANGI. 6 FEBRUARI 2017 – Universitas Sriwijaya telah berkunjung ke Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti bagi memperincikan lagi hasil mesyuarat pertama yang telah dijalankan pada 7 September 2016. Hasil perbincangan sebelum ini, beberapa aktiviti telah dijayakan. Antaranya adalah Kuliah Umum yang telah disampaikan oleh Felo Bersekutu Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti (PKPPK), Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek dan jurnal penyelidikan yang kini dalam proses pengumpulan artikel. Perbincangan kali ini memperincikan lagi kerjasama yang bakal dijalankan oleh kedua-dua belah pihak.

 

Lampiran

Perbincangan antara PKPPK – UNSRI

Dr. Mahzan menerangkan kerangka awal penyelidikan bersama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tanda persetujuan hasil perbincangan antara PKPPK dan UNSRI

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mahzan menandatangani cenderahati dari PKPPK

Penyerahan cenderahati