Mesyuarat Perbincangan Kerjasama UKM – KUIM

UKM, BANGI. 18 JANUARI 2017. Mesyuarat perbincangan kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah berlangsung di Pejabat Utama Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti, UKM. Perbincangan ini diwakili oleh Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti bersama Prof. Datuk Dr. Haji Baharudin Bin Haji Puteh, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat yang mewakili KUIM. Mesyuarat ini membincangkan mengenai kerjasama penyelidikan yang dijalankan oleh UKM dan KUIM. Dr. Mahzan juga mencadangkan penganjuran simposium sebagai salah satu aktiviti bersama.Pelbagai lagi kesepakatan yang dibincang dan dijalinkan dalam meningkatkan lagi hasil dan mutu penyelidikan kedua-dua belah pihak.

 

Lampiran