Mesyuarat Perbincangan MoU

UKM, BANGI. 17 OKTOBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah mengadakan mesyuarat perbincangan MoU antara pusat ini dengan Kolej Universiti Islam Melaka  (KUIM). Hadir mewakili KUIM, Prof. Datuk Dr. Hj. Baharudin Bin Hj. Puteh selaku Timbalan Naib Canselor Hubungan Industri dan Komuniti KUIM menandatangani perjanjian persetujuan hubungan jaringan ini untuk kebaikan bersama. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah kajian, pertukaran pelajar, penghasilan jurnal, penceramah undangan, kolokium pelajar, penyelia bersama bagi program sarjana dan PhD serta bengkel pelajar. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Dekan Fakulti Pendidikan UKM, Prof. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Dr. Mohamed Yusoff Mohd Nor, Ketua Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat Fakulti Pendidikan.

Sekitar mesyuarat…

_fpd1325           _fpd1328

_fpd1314         _fpd1329