MOOC Modul Patriotisme

UKM, BANGI. 21 NOVEMBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah diberi tanggungjawab oleh Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menyiapkan Modul Patriotisme dan Isu-isu Semasa untuk latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017. Modul ini yang diketuai oleh Dr. Mahzan Awang akan menggunakan pendekatan MOOC yang melibatkan rakaman video oleh 8 orang pakar dan tokoh daripada institusi tempatan. Antaranya adalah Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman selaku Presiden MUBARAK dan juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Sayuti Abd Ghani dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta beberapa Pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Rakaman video ini telah dilakukan oleh Pusat Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran UKM bertempat di Pejabat Utama Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti.

Lampiran

Persediaan melakukan rakaman dijalankan

Persediaan melakukan rakaman dijalankan

Dr. Mahzan memantau sesi rakaman yang dijalankan

Dr. Mahzan memantau sesi rakaman yang dijalankan

 

 

 

 

 

 

 

 

Prof. Madya Dr. Sayuti diberi taklimat sebelum rakaman dimulakan

Prof. Madya Dr. Sayuti diberi taklimat sebelum rakaman dimulakan

Wakil Kementerian Pendidikan

Wakil Kementerian Pendidikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wakil Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang membuat persiapan

Wakil Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang membuat persiapan sementara menunggu giliran rakaman