Pengisian MoU

BANDUNG. 31 OKTOBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah mengadakan mesyuarat sinergi  di Hotel Travello Bandung yang disertai oleh Prof. Dato’ Dr. Norazah Nordin selaku Dekan Fakulti Pendidikan UKM; Prof. Madya Dr. Salleh Amat, Ketua Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti; Dr. Mohd Mahzan Awang, Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti; Dr. Ahmad Ali Seman, Ketua Program Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi; Prof. Dr. Sariyatun, Ketua Prodi Pendidikan Sejarah Universitas Sebelas Maret; Bapak Anis dan Bapak Herry daripada Universitas Lambung Mangkurat. Persetujuan mesyuarat merangkumi aktiviti penyelidikan bersama, pensyarah jemputan ke Universitas Sebelas Maret serta Bengkel Penyelidikan.

14907085_10210263784218252_6485565265476587523_n 14907129_10210263783538235_6842060285501666353_n