Perasmian Mini Kempen “Say No to Extremism”

UKM, BANGI. 23 NOVEMBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti (PKPPK) bersama mahasiswa pelbagai bidang telah mengendalikan mini kempen “Say no to Extremism”. Program ini yang merupakan salah satu tugasan dalam subjek Sains Kehidupan yang bertujuan membentuk mahasiswa yang cakna isu semasa dan berani mengorak langkah sebagai respon positif mereka terhadap sesuatu isu. Dr. Mohd Mahzan Awang selaku Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah dijemput untuk merasmikan kempen ini yang dijalankan di Pusat Hub Inovasi Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM. Pada perasmian ini, pelajar telah menunjukkan video dan  memberi penerangan tentang kempen yang dikendalikan oleh mereka. Kempen yang dianjurkan oleh Sharifah Athirah, Dalveender Kaur, Nurul Athirah Juhari, Nursyahirah, Leeza Farhana, Muhammad Mahadi dan Muhammad Nadzmi Ameer bukan sahaja melibatkan penglibatan pelajar UKM, malah kempen ini turut mendapat sambutan dari pihak luar apabila mereka menggunakan aplikasi instagram dalam kempen tersebut.

Lampiran

Pelajar sedang melakukan persiapan

Pelajar sedang melakukan persiapan

Program dimulakan dengan tayangan video

Program dimulakan dengan tayangan video

 

 

 

 

 

 

 

 

Sesi soal jawab bersama peserta

Sesi soal jawab bersama peserta

Pelajar menerangkan gambar-gambar yang dipaparkan di mini galeri

Pelajar menerangkan gambar-gambar yang dipamerkan di mini galeri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mahzan merasmikan mini kempen "Say No to Extremism"

Dr. Mahzan merasmikan mini kempen “Say No to Extremism”

Penyampaian cenderahati daripada ketua kumpulan

Penyampaian cenderahati daripada ketua kumpulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bergambar bersama AJK program dan sebahagian peserta

Bergambar bersama AJK program dan sebahagian peserta

DR. Mahzan menunjukkan tanda sokongan kepada kempen ini

DR. Mahzan menunjukkan tanda sokongan kepada kempen ini