PROGRAM BIJAK BELAJAR

Pada 25 September 2016, Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti telah menganjurkan Program Bijak Belajar di Dewan Seri Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini disertai  oleh 233 orang pelajar tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan Saujana Puchong. Bengkel yang berlangsung selama sehari ini bertujuan memberi pendedahan teknik menjawab soalan kertas UPSR dengan betul. Selain itu, program ini juga diadakan bagi membina wawasan diri pelajar serta memberi kesedaran yang progresif dan efektif dari segi pengurusan masa dalam kehidupan seharian.

 

Lampiran

 

img-20160929-wa0009  img-20160929-wa0007

img-20160929-wa0010

img-20160929-wa0001