Program Diskusi Buku

Program Diskusi Buku “Penyelidikan: Pendekatan dan Cabaran” telah dianjurkan secara bersama oleh Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti dengan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada 20 Oktober 2016. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) serta dihadiri oleh penulis buku iaitu Dato’ Dr. Qasim Ahmad dan ahli majlis diskusi iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, Dr. Mohd Mahzan Awang, Prof. Madya Dr. Roslina Abdul Wahid, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan serta pensyarah-pensyarah dari Universiti Malaya. Program ini turut dihadiri oleh 60 pelajar dari pelbagai institusi. Program ini diadakan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

 

Sekitar program…

img-20161022-wa0002 img-20161022-wa0014 img-20161022-wa0006-1 img-20161022-wa0008-1 img-20161022-wa0012img-20161022-wa0007-1 img-20161022-wa0004 img-20161022-wa0009