Program Komuniti Gaya Hidup Sihat

UKM, BANGI. 16 NOVEMBER 2016 – Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM telah menganjurkan program Komuniti Gaya Hidup Sihat. Program yang disertai oleh 20 mahasiswa UKM ini bertujuan untuk menggalakkan para mahasiswi untuk terlibat aktif dalam aktiviti riadhah dan menjaga pemakanan kearah gaya hidup yang lebih sihat. Program yang diketuai oleh Saudari Nursyafiqah binti Mazelan telah diadakan di perkarangan sukan UKM Bangi ini telah mencapai objektifnya apabila kesemua peserta program ini memberikan respon positif. Antara tenaga kerja yang menjayakan program ini adalah  Sheryll Goh Li Mei, Farizah Abd Razak, Mohd Naim Helmi Mohd Zahari, Priscilla Hui Tze Sun, Nur Faizah Binti Abrar Ahmad dan Wan Hamidah binti Wan Sukri. Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti UKM Dr. Mohd Mahzan Awang dalam teks ucapan beliau melahirkan rasa bangga di atas semangat dan sambutan para mahasiswi dalam program ini. Beliau berharap program sebegini sering diadakan secara sukarela terutama dalam pengisian masa senggang. “Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang memberi komitmen padu kepada usaha ini”, kata Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti UKM, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad.

Lampiran

Wakil mahasiswa yang menyertai program ini

Wakil mahasiswa yang menyertai program ini

Sesi pendaftaran pelajar

Sesi pendaftaran pelajar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Regangan badan sebelum permainan dimulakan

Regangan badan sebelum permainan dimulakan

 

img-20161116-wa0015

Pelajar mengikut step yang diberi

 

 

 

 

 

 

 

 

Taklimat diberikan sebelum permainan bermula

Taklimat diberikan sebelum permainan bermula

Pelajar memulakan aktiviti

Pelajar memulakan aktiviti

 

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti yang sedang berjalan

Aktiviti yang sedang berjalan

dsc_0090