SEMINAR ICERD 2016

Seminar International Conference on Education and Regional Development (ICERD) telah berjaya dianjurkan pada 31 Oktober 2016 di Universiti Pendidikan Indonesia. Seminar ini bertemakan “Pendidikan Silang Budaya untuk Pembangunan Wilayah yang Mampan”. Seminar ini telah dihadiri hampir 200 peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai institusi pengajian dari Malaysia dan Indonesia. Antara penceramah jemputan yang membuat pembentangan adalah Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Dekan Fakulti Pendidikan; Dr. Saleh Amat, Ketua Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dr. Zinaida Vadeeva, United Nation University Japan; Prof. Dr. Mohammad Ali, Universiti Pendidikan Indonesia; Assoc. Prof. Dr. Sayuti Ab Ghani, Universiti Malaya serta Dr. Dinn Wahyudin, M.A dari Universiti Pendidikan Indonesia. Program ini merupakan anjuran kali ke-3  kerjasama antara Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti serta Jabatan Pembangunan Kurikulum, Sekolah Pengajian Pascasiswazah, Universiti Pendidikan Indonesia. Seminar ini telah dirasmikan oleh Direktor Sekolah Pengajian Pengajian Pascasiswazah, Universiti Pendidikan Indonesia. Hasil daripada seminar ini telah berjaya menerbitkan prosiding yang melibatkan pelbagai artikel dari dua buah negara.

Lampiran

 

Barisan penceramah jemputan

Barisan penceramah jemputan

Prof. Dato' Dr. Norazah membuat pembentangan.

Prof. Dato’ Dr. Norazah membuat pembentangan.

Pelajar pascasiswazah yang turut serta

Pelajar pascasiswazah yang turut serta

Pertukaran cenderahati

Pertukaran cenderahati

 

 

 

 

Prof. Dato' Dr Norazah, Dr. Saleh dan Tan Sri.

Prof. Dato’ Dr Norazah, Dr. Saleh dan Tan Sri.

 

Antara peserta yang hadir

Antara peserta yang hadir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Barisan pelajar pascasiswazah.

Barisan pelajar pascasiswazah.

Wakil peserta dari PKPPK

Wakil peserta dari PKPPK