Sesi Latihan Kohort 5- Penghayatan dan Penghargaan

UKM, BANGI. 21 JANUARI 2017- Sesi Ke-5 Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 telah diadakan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 232 orang sukarelawan telah hadir pada sesi latihan kali ini.  Pada sesi latihan ini, para sukarelawan diberikan latihan tentang Modul Kenegaraan, Petriotisme dan Isu-isu Semasa. Sesi ini telah dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD. Grand session pada kali ini menampilkan Dr. Ahmad Ali Seman yang telah membuat pelbagai perkongsian pengalaman dan ilmu. Lebih menarik lagi apabila Dr. Mahzan Awang selaku Ketua Modul 1 bagi sesi latihan ini telah merancang kejutan sambutan hari lahir Dr. Ali bersama sukarelawan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari. Turut hadir pada sesi ini adalah Prof. Madya Dr. Sayuti Abd. Ghani.

 

Lampiran

Pn. Zunaida ketika mengendalikan slot Pengenalan.

Sesi dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bacaan ikrar yang diketuai oleh En. Samni.

Nyanyian lagu Gemuruh sebagai pembakar semangat sukarelawan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Ali mengajar teknik senaman ketika Grand Session.

Kejutan sambutan Hari Lahir Dr. Ali

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Ali bersama sukarelawan yang turut menyambut hari lahir pada bulan Januari

Penyampaian hadiah kepada pemenang soalan kuiz.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Slot penghayatan dikahir sesi

Bergambar bersama para sukarelawan