SESI LATIHAN SUKARELAWAN SUKAN SEA

UKM, BANGI. 28 DISEMBER 2016- Sesi latihan Sukarelawan Sukan SEA yang pertama telah diadakan di Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Zaaba.  Sesi latihan ini dihadiri oleh para Sukarelawan Sukan SEA yang akan bertugas pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur nanti. Sesi latihan ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan 1 yang bertempat di Kolej Keris Mas, diketuai oleh Dr.  Mohd Mahzan Awang, dan kumpulan 2 yang bertempat di Kolej Pendeta Zaaba, diketuai oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad. Latihan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini, memberi pendedahan kepada para sukarelawan tentang Patriotisme dan Kenegaraan. Kesemua Sesi Latihan Sukarelawan Sukan SEA 2017 ini berlangsung bermula malam tadi sehingga bulan Februari 2017.

 

 

Lampiran

 

Sesi latihan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Peserta di Kolej Pendeta Zaaba bersemangat menyanyi

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mahzan yang mengetuai sesi bagi Kumpulan 1

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq yang mengetuai sesi bagi Kumpulan 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perbincangan dalam kumpulan

Salah seorang pengajar bagi sesi latihan membantu sukarelawan memahami tugasan yang diberikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Mahzan berkongsi ilmu selepas tugasan “Lakonan Situasi” dijalankan

Sesi bergambar bersama para sukarelawan