Bengkel Penyelidikan Silang Budaya
Date: 09/09/2016 | Photo by: webmaster@pusat kepelbagaian pelajar | Back to Index
BENGKEL PENYELIDIKAN SILANG BUDAYA UKM-UPI Tarikh : 1 Ogos 2016 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti, Fakulti Pendidikan (Bangunan Tunas Permata LATAR BELAKANG Bengkel penyelidikan silang budaya UKM-UPI ini diadakan pada 1 Ogos 2016. Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar (PPKP). Bengkel ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari. Peserta-peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad, ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, Dr. Mohd Mahzan Awang, Timbalan ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, Prof. Dr. Dadang Supardan dari UPI serta alumni-alumni dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan UPI Indonesia. Secara keseluruhan bengkel ini dihadiri oleh 18 orang peserta. Bengkel ini juga dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Bin Rahman. Penceramah bengkel ini ialah Prof. Dr. Dadang Supardan dari Universitas Indonesia.