Panggung Seni

Panggung Eksperimen ini adalah ruang paling sesuai bagi persembahan teater dalam panggung.  Bangunan ini bersambung dengan DECTAR dari belakang,di mana persembahan teater dan konsert mini dipentaskan.

Rancangan televisyen siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu diramkam dari Panggung Seni dari tahun 1992 hingga 1997.

Maklumat

Keluasan 60′ x 58′ (Ruang Lantai)
Kapasiti
  • Kerusi Teres (Tetap)        = 308
  • Kerusi (Mudah Alih)          = 300
  • Jumlah                           = 608
Kemudahan Asas 
  • Alat Perakam Suara
  • Alat Perakam
  • Sistem Suara
  • Mikrofon
  • Rostrum
  • Penghawa Dingin
  • Layar Skrin
  • Platform / Pentas Mudah Alih
  • Sistem Pencahayaan
Acara  Persidangan, Peperiksaan Akademik/Umum, Persembahan Kesenian/Rakaman, Perhimpunan Pelajar/Umum, Projek Persatuan – Kerjaya, Pertandingan/Majlis Anugerah

 

Permohonan Penggunaan

Panggung Seni dibuka untuk tempahan seperti berikut mengikut susunan kepentingan:

  1. Lembaga Pengurusan UKM
  2. Pelajar UKM
  3. Orang Awam

Permohonan untuk menggunakan Panggung Seni hendaklah dibuat atas persetujuan Terma & Syarat dengan mengisikan Borang Permohonan Penggunaan Ruang dan dihantar selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan kepada:

Ketua
Pusat Kebudayaan
Aras 4 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor

 

UKMCulture Connect


Galeri

[AFG_gallery]