Latar Belakang

Sejarah

Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1971 seiring dengan penubuhan UKM. Bermula dengan nama Unit Kebudayaan, ia mula ditubuhkan dengan hanya sebuah kumpulan penari teridiri daripada tiga orang.

Ia terus berkembang dari segi bilangan kakitangan, pertambahan kelas kokurikulum kesenian sehinggalah kepada kepelbagaian bidang yang diceburi. Pada tahun 2000 peranan Unit Kebudayaan dilihat sangat penting dan telah dinaiktaraf menjadi Pusat Kebudayaan dan menjadi tunjang kepada program kokurikulum kesenian di UKM. Kini ia sudah menjadi sebuah pusat perkembangan dan kemajuan kebudayaan dan kesenian untuk pelajar-pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kakitangan Pusat Kebudayaan kini telah mencecah 62 orang dengan pernubuhan Kumpulan Orkestra UKM dan penambahan di bahagian pentadbiran bagi mengukuhkan lagi organisasi dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif.

 

Dasar Pusat Kebudayaan

• Mengusahakan penjanaan kepekaan mahasiswa terhadap lingkungan budaya sehingga mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan baru, terutama untuk kepentingan profesion mereka.

• Memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk memperluaskan pandangan mereka tentang masalah kemanusiaan atau budaya.

 

Matlamat Akhir

Melahirkan pencinta-pencinta seni yang berhemah tinggi, melahirkan pelajar-pelajar seni yang lebih bermutu dan kreatif. Melahirkan pencinta, penggubah dan karyawan yang dapat memperkayakan khazanah budaya bangsa.

UKMCulture Connect


Galeri

[AFG_gallery]