Info

Pusat Kebudayaan Universiti

SEJARAH

Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1971 seiring dengan penubuhan UKM. Bermula dengan nama Unit Kebudayaan, ia mula ditubuhkan dengan hanya sebuah kumpulan penari teridiri daripada tiga orang.

Ia terus berkembang dari segi bilangan kakitangan, pertambahan kelas kokurikulum kesenian sehinggalah kepada kepelbagaian bidang yang diceburi. Pada tahun 2000 peranan Unit Kebudayaan dilihat sangat penting dan telah dinaiktaraf menjadi Pusat Kebudayaan dan menjadi tunjang kepada program kokurikulum kesenian di UKM. Kini ia sudah menjadi sebuah pusat perkembangan dan kemajuan kebudayaan dan kesenian untuk pelajar-pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kakitangan Pusat Kebudayaan kini telah mencecah 62 orang dengan pernubuhan Kumpulan Orkestra UKM dan penambahan di bahagian pentadbiran bagi mengukuhkan lagi organisasi dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif.

MISI & VISI

  • Membangunkan sahsiah dan jatidiri pelajar melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus.
  • Menyemarakkan dan merakyatkan seni dan budaya kampus.
  • Mengekalkan warisan negara melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus.
  • Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus.

DASAR

  • Mengusahakan penjanaan kepekaan mahasiswa terhadap lingkungan budaya sehingga mereka akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan baru, terutama untuk kepentingan profesion mereka.
  • Memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk memperluaskan pandangan mereka tentang masalah kemanusiaan atau budaya.

MATLAMAT

Melahirkan pencinta-pencinta seni yang berhemah tinggi, melahirkan pelajar-pelajar seni yang lebih bermutu dan kreatif. Melahirkan pencinta, penggubah dan karyawan yang dapat memperkayakan khazanah budaya bangsa.

PERKHIDMATAN

AKTIVITI

Merancang, menyelaras dan menganjur aktiviti kebudayaan dan kesenian selain  menawarkan kursus serta bengkel yang dapat menggalak dan menanam minat terhadap kesenian dan kebudayaan kampus.

RUANG

Menyelaras penggunaan ruang persembahan seperti Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dan Panggung Seni, serta studio-studio latihan dan rakaman bagi pelbagai acara dan majlis.

PERALATAN

Menyediakan peralatan dan keperluan acara yang meliputi peralatan muzik, penata audio, penata cahaya dan peralatan prop persembahan termasuk kostum kebudayaan dan kesenian.

KHIDMAT NASIHAT

Menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan pengurusan majlis kepada semua kelab/persatuan, kolej kediaman, fakulti dan institut UKM dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

LOKASI

Pusat Kebudayaan
Aras 3 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: 03-89215342
Fax: 03-89258810
Email: pkebudayaan@ukm.my

Masa berurusan pejabat pentadbiran Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak dibuka pada lima hari waktu bekerja setiap minggu pada masa berikut:

Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg & 2.15ptg – 5.30 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh & 2.45 ptg – 5.30 ptg
Sabtu & Ahad : Tutup

 

Namun Pusat Kebudayaan tetap akan beroperasi seperti biasa di luar waktu pejabat termasuk Sabtu dan Ahad bagi menjayakan seseuatu acara atau majlis.