Perkhidmatan

Pusat Kebudayaan UKM bersedia untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak mahasiswa dan halatuju universiti. Antara perkhidmatan yang kami sediakan termasuklah:

  1. Pengurusan aktiviti/persembahan kebudayaan dan kesenian di kampus dan undangan pihak-pihak luar dari pelbagai agensi.
  2. Kemudahan pinjaman peralatan (muzik, fizikal/teknikal, busana, tempahan ruang : Dewan, Panggung Seni, Studio-studio Latihan/Kelas).
  3. Khidmat nasihat pengurusan projek-projek kebudayaan dan kesenian.
  4. Pengurusan Bilik Sumber.
  5. Pengurusan Galeri Seni.
  6. Penganjuran projek-projek kebudayaan dan kesenian kampus.
  7. Kelas-kelas / kelab-kelab kebudayaan kesenian berdasarkan kepada kelompok-kelompok seni seperti di bawah :
    • Seni Muzik
    • Seni Gerak (Seni Tari & Seni Mempertahankan Diri)
    • Seni Lakon/Teater
    • Seni Tampak / Seni rupa
    • Pengurusan Seni
  8. Penerbitan bahan-bahan / buku-buku berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian.
  9. Penyelidikan dalam bidang kebudayaan dan kesenian.
  10. Pengendalian program ko-kurikulum kesenian (31 kursus) bagi pelajar UKM.
  11. Membantu pelaksanaan program/kursus-kursus dalam bidang kebudayaan dan kesenian di Fakulti/Pusat seperti Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan ATMA.