Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Dewan Canselor Tun Abdul Razak merupakan sebuah dewan utama yang tertua dan terbesar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibina pada 1971, di atas keluasan 3.5 hektar, ia mula digunakan untuk majlis konvokesyen sejak tahun 1973 lagi. Dewan ini juga digunakan untuk acara-acara rasmi universiti lain seperti peperiksaan akhir semester, majlis anugerah kakitangan, jamuan hari raya dan sambutan ambang merdeka.

Maklumat

Keluasan 105′ x 104.6′ (Ruang Lantai)
33′ x 78.7′ (Ruang Pentas)
Kapasiti
  • Kerusi Teres (Tetap) = 2100
  • Kerusi (Mudah Alih) = 1200
  • Jumlah = 3300
Kemudahan Asas 
  • Alat Perakam Suara
  • Alat Perakam
  • Sistem Suara
  • Mikrofon
  • Rostrum
  • Penghawa Dingin
  • Layar Skrin
  • Platform / Pentas Mudah Alih
  • Sistem Pencahayaan
Acara  Konvokesyen, Persidangan, Peperiksaan Akademik/Umum, Persembahan Kesenian/Rakaman, Perhimpunan Pelajar/Umum, Projek Persatuan – Kerjaya, Jamuan Tahunan, Pertandingan/Majlis Anugerah

 

Permohonan Penggunaan

DECTAR dibuka untuk tempahan seperti berikut mengikut susunan kepentingan:

  1. Lembaga Pengurusan UKM
  2. Pelajar UKM
  3. Orang Awam

Permohonan untuk menggunakan  DECTAR hendaklah dibuat atas persetujuan Terma & Syarat dengan mengisikan Borang Permohonan Penggunaan Ruang dan dihantar selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum tarikh penggunaan kepada:

Ketua
Pusat Kebudayaan
Aras 4 Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor