Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA)

 Centre for Modelling and Data Analysis, Universiti Kebangsaan Malaysia

Activity

Perbincangan Pelaksanaan Kajian Secara Kerjasama Pintar Sebagai Sebahagian daripada Penilaian Merit Universiti Penyelidikan  

Perbincangan Pelaksanaan Kajian Secara Kerjasama Pintar sebagai sebahagian daripada penilaian merit universiti penyelidikan diadakan pada 1 Oktober 2020 di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya. Perbincangan yang dihadiri oleh wakil daripada DELTA, MAMPU dan KPT dipengerusikan oleh Dr. Mohd Zabri Bin Yusoff, TKSU (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia

Webinar Kajian Data Analitik Siri 1

Webinar Kajian Data Analitik Siri 1 telah diadakan pada 16 Oktober 2020 di pelantar microsoft teams. Bengkel ini dianjurkan oleh Program Statistik, Jabatan Sains Matematik dengan kerjasama Institut Sains Malaysia dan DELTA. Ceramah disampaikan oleh En. Jim Chong, CEO Cardas Research and Consulting Group

Bengkel Pemurnian Terma Kolaborasi Penyelidikan UKM-MAMPU

Bengkel Pemurnian Terma Kolaborasi Penyelidikan UKM-MAMPU telah diadakan pada 4 September 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Sains Matematik.Bengkel satu hari ini dihadiri oleh Pengerusi JSM Prof. Dr. Roslinda Mohd Nazar, ahli kluster Analitik Prestasi dan Inovasi serta pegawai daripada MAMPU.

Bengkel  Penyediaan Proposal Permohonan Geran PPRN

‘Bengkel Penyediaan Proposal Permohonan Geran PPRN telah diadakan pada 28 September 2020. Bengkel separuh hari ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azmin Sham Rambely

Bengkel  Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran TSIS Terengganu

‘Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan Geran TSIS Terengganu telah diadakan pada 7 Oktober 2020 di Bilik Mesyuarat, Jabatan Sains Matematik. Bengkel selama satu hari ini dihadiri oleh ahli penyelidik DELTA yang berminat.