Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA)

 Centre for Modelling and Data Analysis, Universiti Kebangsaan Malaysia

Home

Dalam usaha untuk memartabatkan UKM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa, penyelidikan yang merentasi fakulti dan bersifat multidisiplin khususnya dalam bidang sains matematik perlu ditekankan. Pusat Pemodelan dan Analisis Data atau panggilan ringkasnya DELTA merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang bertindak sebagai sayap penyelidikan dan pengembangan serta perundingan bukan sahaja dalam bidang pemodelan dan analisis data tetapi juga bagi kepakaran-kepakaran lain yang wujud di bawah payung Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Ditubuhkan secara rasmi pada Julai 2008, DELTA akan menjadi tempat yang akan menggabungkan semua serta menyelaras kegiatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam 5 bidang tujahan yang telah dikenal pasti oleh PPSM iaitu

1. Kajian Fundamental
2. Matematik Komputasi
3. Pemodelan,Kewangan Kuantitatif
4. Pengukuran Kualiti dan Prestasi.