Info Projek Naik Taraf Perabot_Peralatan Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin

PROJEK SUMBANGAN NAIK TARAF PERABOT/PERALATAN
RUANG 24 JAM ABDUL AZIZ SHAIK MYDIN, ARAS 4
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN

• Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin adalah tambahan kepada Ruang 24 Jam sedia ada atas permintaan yang tinggi daripada pelanggan sesuai dengan gaya pembelajaran masa kini tanpa had waktu.
• Pengubahsuaian sebahagian Koleksi Rujukan Aras 4 telah dijadikan sebagai ruang 24 jam bermula pada 1 Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada 8 Mac 2018.
• Ruang ini digunakan sebagai ruang membaca terbuka yang selesa dilengkapi akses kepada internet melalui WiFi dan mempunyai citi-ciri keselamatan CCTV.
• Ruang ini digunakan untuk membuat aktiviti seperti pitching, pidato umum, persembahan projek pelajar dan kuliah terbuka, ruang untuk pertemuan dan perbincangan di kalangan pelajar serta pelanggan perpustakaan.
• Kapasiti Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin boleh memuatkan pelanggan seramai 115 orang. Jumlah pengunjung yang mengunjungi ruang ini adalah dianggarkan berjumlah 132,000 orang setahun.

REKA BENTUK, HIASAN DALAMAN DAN SPESIFIKASI

Kelengkapan perabot dan peralatan baharu adalah diperlukan bagi memastikan ruang yang baharu dinaiktaraf lebih kondusif. Kelengkapan perabot dan peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
• Kerusi belajar
• Meja karel bulat 6 seater
• Meja karel bulat 3 seater
• Meja karel segi empat
• Sofa single seater
• Coffee table
• Table top (4 seater)
• Bar stool
• Meja baca

BENTUK SUMBANGAN PERABOT/PERALATAN

• Sumbangan boleh dibuat berdasarkan item perabot yang ingin disumbangkan secara paker atau tanpa pakej seperti berikut:

i. Sumbangan perabot/peralatan secara pakej.

Bil Perkara Nilai Tajaan Per Set (RM) Jumlah Kuantiti Jumlah Nilai Tajaan (RM)
1 Meja karel bulat dan 6 kerusi belajar 3,874.00 1 3,874.00
2 Meja karel bulat dan 3 kerusi belajar 1,800.00 5 8,735.00
3 Meja karel segi empat dan kerusi belajar 730.00 4 5,304.00
4 2 sofa single seater 1,160.00 1 1,160.00
5 Coffee table dan 4 sofa single seater 2,725.00 1 2,725.00
6 Table top dan 4 bar stool 1,075.00 1 1,075.00
7 Meja baca dan 4 kerusi belajar 2,046.00 15 30,690.00
Jumlah Keseluruhan (RM) 53,563.00

ii. Sumbangan perabot/peralatan tanpa pakej:

Bil Perkara Unit Anggaran Harga Seunit (RM) Jumlah Nilai Tajaan (RM)
1 Kerusi belajar 97 199.00 19,303.00
2 Meja karel bulat 6 seater 1 2680.00 2680.00
3 Meja karel bulat 3 seater 5 1150.00 5750.00
4 Meja karel segi empat 4 530.00 2120.00
5 Sofa single seater 6 580.00 3,480.00
6 Coffee table 1 405.00 405.00
7 Table top (4 seater) 1 195.00 195.00
8 Bar stool 4 220.00 880.00
9 Meja baca 15 1,250.00 18,750.00
Jumlah Keseluruhan (RM) 53,563.00

SASARAN PROJEK
• Tempoh sasaran projek siap dibangunkan adalah selama 1 tahun setengah tahun iaitu sehingga bulan Mei 2020.
• Cadangan perasmian projek pembangunan Anjung Qurani ini ialah sempena sambutan 50 tahun UKM pada bulan Mei 2020.

KAEDAH SUMBANGAN

1. Sumbangan Secara Tunai (Sekaligus)

• Lengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Membuat bayaran secara tunai / pindahan kredit / cek / wang pos / bank draft ke dalam akaun UKM atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia (CIMB – 98945110302000) di bawah Projek Naik Taraf Perabot/Peralatan Ruang 24 Jam atau;
• Membuat sumbangan tunai secara elektronik menggunakan Sistem Sumbangan Kepada UKM (Give2UKM) di alamat https://give2ukm.ukm.my/

• Memajukan bukti sumbangan kepada perpustakaan untuk tindakan selanjutnya. (Hubungi Puan Asmany Aza Ahmad, Ketua Unit Penjanaan Kewangan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi. Selangor Darul Ehsan. No telefon 03-89215023, No Faks 03-89256067 ; e-mel: asmany@ukm.edu.my;
• Resit rasmi atas sumbangan disediakan oleh Jabatan Bendahari;

2. Sumbangan Secara Potongan Gaji (kepada Warga UKM sahaja)

• Lengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Jabatan Bendahari UKM membuat potongan gaji berdasarkan jumlah sumbangan / jadual potongan gaji yang dipersetujui. (Contoh: Jika penyumbang bersetuju menyumbang RM4,800.00 ; dan penyumbang membuat potongan gaji selama 12 bulan, jumlah potongan gaji ialah RM400.00 sebulan).
• Penyata potongan gaji bulanan disediakan oleh Jabatan Bendahari.

MANFAAT KEPADA PENYUMBANG

• Sumbangan derma layak memohon pengecualian cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(8) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tarikh kuatkuasa: 27 November 1968 No. Warta Kerajaan: 994 Tarikh Warta Kerajaan; 30 Mac 1972.
• Keahlian Kehormat Perpustakaan UKM (bagi sumbangan tunai bernilai RM6,000 ke atas)
• Nama penyumbang / syarikat akan disenaraikan pada “plak”/perabot/peralatan (tertakluk kepada persetujuan penyumbang).
• Warga UKM boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan secara percuma (tertakluk kepada peraturan Perpustakaan UKM).
• Lain-lain manfaat yang bersesuaian

Kongsikan Halaman Ini: