Info Projek Naik Taraf Bilik Seminar

PROJEK SUMBANGAN NAIK TARAF BILIK SEMINAR, ARAS 2,
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN

• Bilik Seminar, Aras 2, PTSL ini telah lengkap dibangunkan pada tahun 1980 dan awalnya dikenali dengan nama Bilik Tayangan.
• Terdapat tiga buah Bilik Seminar dengan kapasiti yang berbeza iaitu:
o Bilik Seminar 1 – 50 orang
o Bilik Seminar 2 – 20 orang
o Bilik Seminar 3 – 30 orang
• Bilik-bilik seminar ini sudah terlalu uzur dengan peralatan yang tidak selari dengan peredaran semasa kerana telah digunakan selama hampir 39 tahun, Terdapat beberapa kerosakan pada peralatan dan ruang bilik yang perlu kepada naik taraf.
• Bilik seminar sering digunakan oleh warga UKM khususnya para akademik untuk mengadakan kuliah, persembahan projek pelajar, kerja kursus, taklimat, syarahan, seminar/bengkel dan lain-lain aktiviti pengajaran pembelajaran yang berkaitan.

SPESIFIKASI BILIK SEMINAR

Saiz Bilik Seminar adalah seperti berikut:
• Bilik Seminar 1 – 26 kaki persegi (panjang) x 32 kaki persegi (lebar) = 832 kaki persegi.
• Bilik Seminar 2 – 18 kaki persegi (panjang) x 20 kaki persegi (lebar) = 360 kaki persegi
• Bilik Seminar 3 – 18 kaki persegi (panjang) x 25 kaki persegi (lebar) = 450 kaki persegi

JUMLAH PENDANAAN NAIK TARAF BILIK SEMINAR

Jumlah keseluruhan sasaran pendanaan naik taraf Bilik Seminar adalah sebanyak RM 108,004.00. Berikut adalah pecahan jumlah pendanaan mengikut Bilik Seminar:
• Bilik Seminar 1 (50 orang) – RM 38,976.00
• Bilik Seminar 2 (20 orang) – RM 32,904.00
• Bilik Seminar 3 (30 orang) – RM 36,124.00

SASARAN PROJEK
• Tempoh sasaran projek siap dibangunkan adalah selama 1 tahun setengah tahun iaitu sehingga bulan Mei 2020.
• Cadangan perasmian projek pembangunan Anjung Qurani ini ialah sempena sambutan 50 tahun UKM pada bulan Mei 2020.

KAEDAH SUMBANGAN

1. Sumbangan Secara Tunai (Sekaligus)

• Lengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Membuat bayaran secara tunai / pindahan kredit / cek / wang pos / bank draft ke dalam akaun UKM atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia (CIMB – 98945110302000) di bawah Projek Naik Taraf Perabot/Peralatan Ruang 24 Jam atau;
• Membuat sumbangan tunai secara elektronik menggunakan Sistem Sumbangan Kepada UKM (Give2UKM) di alamat https://give2ukm.ukm.my/
• Memajukan bukti sumbangan kepada perpustakaan untuk tindakan selanjutnya. (Hubungi Puan Asmany Aza Ahmad, Ketua Unit Penjanaan Kewangan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi. Selangor Darul Ehsan. No telefon 03-89215023, No Faks 03-89256067 ; e-mel: asmany@ukm.edu.my;
• Resit rasmi atas sumbangan disediakan oleh Jabatan Bendahari;

2. Sumbangan Secara Potongan Gaji (kepada Warga UKM sahaja)

• Lengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan (secara atas talian) di alamat https://…………. Borang tersebut akan diterima oleh perpustakaan;
• Jabatan Bendahari UKM membuat potongan gaji berdasarkan jumlah sumbangan / jadual potongan gaji yang dipersetujui. (Contoh: Jika penyumbang bersetuju menyumbang RM4,800.00 ; dan penyumbang membuat potongan gaji selama 12 bulan, jumlah potongan gaji ialah RM400.00 sebulan).
• Penyata potongan gaji bulanan disediakan oleh Jabatan Bendahari.

MANFAAT KEPADA PENYUMBANG

• Sumbangan derma layak memohon pengecualian cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(8) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tarikh kuatkuasa: 27 November 1968 No. Warta Kerajaan: 994 Tarikh Warta Kerajaan; 30 Mac 1972.
• Keahlian Kehormat Perpustakaan UKM (bagi sumbangan tunai bernilai RM6,000 ke atas)
• Nama penyumbang / syarikat akan disenaraikan pada “plak”/perabot/peralatan (tertakluk kepada persetujuan penyumbang).
• Warga UKM boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan secara percuma (tertakluk kepada peraturan Perpustakaan UKM).
• Lain-lain manfaat yang bersesuaian

Kongsikan Halaman Ini: