Info Projek

PROJEK TAJAAN PEMBELIAN BUKU ELEKTRONIK

PENGENALAN

  • Buku elektronik merupakan sumber rujukan yang penting kepada warga UKM. Sejak tahun 2012 hingga kini, lebih 800,000 muat turun teks penuh koleksi buku elektronik Perpustakaan UKM telah direkodkan.
  • Sehubungan itu, Projek Tajaan Buku Elektronik ini merupakan inisiatif Perpustakaan UKM yang menggunakan Peruntukan Dana Endowmen bernilai RM500,000.00 sebagai pendahuluan bagi pembelian buku elektronik yang ditaja oleh warga universiti mahupun pihak luar.
  • Buku elektronik yang dibeli oleh Perpustakaan UKM akan menjadi hak milik kekal Universiti (perpetual access).

 

SENARAI PENDEK BUKU ELEKTRONIK UNTUK DITAJA KOS PEMBELIANNYA OLEH PENYUMBANG

  • Bagi memudahkan penaja membuat pemilihan buku elektronik, Perpustakaan telah menyenarai pendek buku elektronik yang mengandungi judul; nama pengarang; nama penerbit; jumlah kekerapan penggunaan (bilangan kekerapan muat turun teks penuh di peringkat dunia dan kekerapan cubaan akses yang tidak berjaya di UKM); tahun penerbitan dan maklumat harga mengikut bidang.
  • Buku elektronik yang ditawarkan terdiri daripada 8 bidang perkara bersamaan 422 judul buku.

 

KAEDAH SUMBANGAN

1.SUMBANGAN TUNAI SECARA SEKALIGUS

  • Penaja memilih buku elektronik yang diminati. Rujuk senarai buku elektronik mengikut bidang yang disediakan (link);
  • Penaja melengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan dan dihantar kepada Perpustakaan;
  • Penaja membuat bayaran secara tunai / pindahan kredit ke dalam akaun UKM atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia (CIMB – 98945110301000 ) atau;
  • Penaja membuat sumbangan tunai secara elektronik menggunakan Sistem Sumbangan Kepada UKM (Give2UKM) di alamat https://give2ukm.ukm.my/
  • Penaja memajukan bukti sumbangan kepada Perpustakaan untuk tindakan selanjutnya. (Hubungi En Shamsudin Ibrahim, Ketua Unit Penjanaan Kewangan, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi. Selangor Darul Ehsan. No telefon 012-5444058 / 03-89215023, No Faks 03-89256067 ; e-mel: shamsudin.ibrahim@ukm.edu.my )
  • Resit rasmi atas sumbangan disediakan oleh Jabatan Bendahari;
  • Perpustakaan membuat proses pembelian buku elektronik;
  • Akses kepada buku elektronik dibuka kepada warga UKM selepas selesai proses pembelian.

2. SUMBANGAN SECARA POTONGAN GAJI

  • Penaja memilih buku elektronik yang diminati. Rujuk senarai buku elektronik mengikut bidang yang disediakan (link);
  • Penaja melengkapkan Borang Penyertaan/Sumbangan dan dihantar kepada Perpustakaan;
  • Jabatan Bendahari UKM membuat potongan gaji berdasarkan anggaran kos pembelian buku elektronik serta jumlah / jadual potongan gaji yang dipersetujui. (Contoh : Jika kos pembelian buku elektronik ialah RM1,200.00 ; dan penyumbang membuat potongan gaji selama 12 bulan, jumlah potongan gaji ialah RM100.00 sebulan).
  • Penyata potongan gaji bulanan disediakan oleh Jabatan Bendahari.
  • Perpustakaan membuat proses pembelian buku elektronik.
  • Akses kepada buku elektronik dibuka kepada warga UKM selepas selesai proses pembelian.

 

MANFAAT YANG DITERIMA OLEH PENAJA

  • Sumbangan derma dikecualikan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 No. Ruj. LHDN01/35/42/51/179-6, 1412 Tarikh kuatkuasa : 27 November 1968 No. Warta Kerajaan : 994 Tarikh Warta Kerajaan; 30 Mac 1972.
  • Nama penyumbang direkodkan dalam Katalog Awam Dalam Talian (OPAC) Perpustakaan. (OPAC Perpustakaan UKM boleh diakses secara percuma / terbuka dari seluruh dunia)
  • Data penggunaan buku elektronik dilaporkan kepada penyumbang.
  • Lain-lain manfaat berdasarkan Dasar Dana Endowmen Perpustakaan UKM.
Kongsikan Halaman Ini: