PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Bermula 8 Mac 2019, nama Tabung Derma Perpustustakaan UKM telah diganti namanya daripada Dana Endowmen Perpustakaan UKM.

Tabung Derma Perpustakaan UKM dahulunya dinamakan Dana Endowmen Perpustakaan UKM telah dilancarkan dengan rasminya pada 10 Julai 2003 oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd. Rashdan bin Hj. Baba, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pertukaran nama kepada Tabung Derma Perpustakaan UKM telah diluluskan oleh ahli Majlis Amanah Dana Endowmen Perpustakaan UKM pada 8 Mac 2019.

OBJEKTIF

⇒ Mewujudkan mekanisma untuk memastikan sumber kewangan yang stabil, konsisten dan berterusan bagi jangka masa panjang untuk memperoleh sumber-sumber ilmu dalam usaha memajukan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti.

⇒ Sumber kewangan untuk memperoleh koleksi-koleksi kepakaran/khas yang ditawar oleh
individu atau pihak-pihak tertentu.

⇒ Perolehan kemudahan dan peralatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persekitaran perpustakaan.

DASAR DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN

Kongsikan Halaman Ini: