Program Pesakit Piawai

Logo SP

Pengenalan

Fakulti Perubatan UKM telah melancarkan Program Pesakit Piawai pada awal tahun 2007 untuk tujuan pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan. Pesakit-pesakit piawai berkenaan terlibat dalam pengajaran klinikal dan perkembangan kendiri dan profesionalisme. Dengan bantuan pesakit piawai para pelajar dilatih untuk mengambil riwayat pesakit, menjalankan pemeriksaan fizikal, dan berkomunikasi dengan pesakit piawai. Matlamat utama program ini adalah untuk melatih para pelajar untuk menjadi doktor atau paramedik yang lebih sensitif dan menghormati kehendak pesakit, berkebolehan, beretika, dan profesional.

Pesakit piawai atau SP (Standardized patient) adalah individu yang dilatih untuk membawa watak sebagai seorang pesakit sebenar. Beliau akan membawa sesuatu watak yang khusus dan konsisten dalam setiap senario lakonannya. Pesakit piawai ini penting dalam konteks pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan dan sains kesihatan. Penggunaan SP ini telah berleluasa di kebanyakkan fakulti perubatan di seluruh dunia. Ia memberi peluang kepada para pelajar perubatan dan sains kesihatan untuk berinteraksi dengan pesakit yang sebenar sepertimana tugas mereka kelak sebagai seorang pengamal perubatan dan kesihatan.

Latar Belakang

Program Pesakit Piawai yang dilancarkan pada awal tahun 2007 adalah untuk tujuan pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan dan sains kesihatan. Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah berjaya melatih pesakit piawai yang dapat digunakan dalam pengambilan riwayat pesakit, pemeriksaan fizikal dan meningkatkan mutu komunikasi mahasiswa/wi perubatan UKM.

Namun begitu, terdapat limitasi dalam penggunaan pesakit piawai di mana sesetengah tanda klinikal tidak dapat disimulasikan oleh “pelakon” pesakit piawai seperti bunyi jantung yang abnormal. Di sinilah “simulasi klinikal” berperanan dalam memperlengkapkan kekurangan daripada penggunaan pesakit piawai. Simulasi mekanikal ini terdiri daripada pesakit maya ataupun manikin. Melalui cara simulasi ini, para pelajar dapat didedahkan kepada situasi klinikal yang kritikal, dapat melatih kemahiran klinikal tanpa membahayakan nyawa pesakit, dan dapat melakukannya secara berulang kali.

Kaedah pengajaran ini dikenali sebagai Scenario-Based Learning (SBL). SBL atau pembelajaran berdasarkan senario ialah satu kaedah pengajaran di mana satu proses pembelajaran bermula dengan permasalahan soalan ataupun senario. Senario ini akan digunakan di dalam kaedah pengajaran berbentuk simulasi. Melalui kaedah pengajaran SBL, ianya akan memperlengkapkan kaedah pengajaran Problem-Based Learning (PBL) yang sedia ada.

Ahli Jawatankuasa

Carta Ahli Jawatankuasa Terkini

Polisi & Prosidur

Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan UKM mempunyai matlamat untuk memperlengkapkan pelajar perubatan dan sains kesihatan dengan kemahiran klinikal yang kompeten, kemahiran berkomunikasi dan juga bersifat profesional. Sesi yang dianjurkan oleh Program Pesakit Piawai memberikan pengalaman pembelajaran dengan menggunakan pesakit piawai. Komitmen dan dedikasi sebagai seorang pesakit piawai adalah amat dihargai dan akan dipastikan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam suasana kerja yang sihat dalam unit ini.

Objektif

  1. Membolehkan aktiviti pembelajaran Scenario-Based Learning (SBL) dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  2. Melalui peralatan yang ada ianya membolehkan perkongsian ilmu antara pensyarah, pelajar dan pesakit piawai melalui sesi pembelajaran yang akan dilaksanakan.
  3. Memberi peluang kepada pelajar perubatan dan sains kesihatan berhadapan dengan senario klinikal.
  4. Peluang untuk pelajar perubatan dan sains kesihatan untuk belajar tanpa membahayakan nyawa pesakit.
  5. Membantu pensyarah mengaplikasikan kaedah pengajaran terkini.

Siapa Pesakit Piawai

Seseorang Pesakit Piawai atau digelar SP (Standardised Patient), adalah individu yang telah dilatih untuk membawa watak sebagai seorang pesakit yang sebenar. Beliau akan membawa sesuatu watak yang khusus dan konsisten dalam setiap senario lakonannnya.Pesakit Piawai ini penting dalam konteks pembelajaran dan peperiksaan pelajar perubatan dan sains kesihatan.

Dengan menyertai program Pesakit Piawai ini, anda berpeluang untuk sama-sama membantu menyumbang tenaga dalam pengajaran dan mampu mempengaruhi kualiti pendidikan bidang perubatan dan sains kesihatan di Negara ini. Kerjaya ini mungkin akan memerlukan anda untuk melakonkan sesuatu watak berulangkali untuk beberapa kumpulan pelajar.

Penggunaan SP ini telah berleluasa di kebanyakkan fakulti perubatan di seluruh dunia. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari kemahiran interpersonal untuk berinteraksi dengan pesakit yang sebenar sebagaimana tugas mereka yang akan datang.

Peranan Pesakit

  1. Melaksanakan semua jenis pemeriksaan klinikal yang asas dan yang biasa dilakukan.
  2. Melaksanakan pemeriksaan fizikal yang dilakukan tidak mengakibatkan kemudaratan kepada anda.
  3. Maruah anda sebagai seorang Pesakit Piawai akan sentiasa dijaga sepanjang masa sebagaimana kebiasaanya ketika menerima rawatan.

Pemilihan Pesakit

Pemilihan Pesakit Piawai adalah berdasarkan kombinasi kriteria-kriteria berikut:

  1. Spesifikasi Demografi : senario, umur, jantina, etnik dan ciri fizikal.
  2. Keperluan kes (senario yang akan dilakonkan, tahap kesukaran, asas tentang senario).
  3. Watak dan tahap pengalaman senario yang akan dilakonkan.
  4. Tahap pengalaman dan kualiti dalam memberi maklumbalas (bertulis/lisan).
  5. Pengalaman yang lepas/pernah membawa senario yang dinyatakan.
  6. Tahap persembahan dan kebolehan untuk mengekalkan lakonan dalam senario/maklumbalas.
  7. Perkembangan dalam lakonan/kemahiran yang diperolehi.
  8. Kebolehan berkomunikasi yang baik atau bertutur lebih dari satu bahasa adalah satu kelebihan dan amat dialu-alukan.
  9. Anda bukanlah seorang pelajar dalam jurusan sains perubatan atau sains kesihatan

Syarat & Peraturan

  1. Anda harus menandatangani surat perjanjian untuk menyimpan rahsia.
  2. Anda perlu hadirkan diri dengan surat tawaran dan kad kedatangan untuk sesi berkenaan.
  3. Anda mesti menepati masa dan datang 30 minit sebelum sesi dimulakan.
  4. Pakaian mesti kemas, sopan, selesa, dan sesuai.
  5. Perlu menandatangani borang deklarasi yang anda tiada hubungan dengan pelajar-pelajar yang terlibat dalam sesi yang akan diadakan.
  6. Pesakit Piawai yang tidak aktif dalam tempuh satu (1) tahun dan menolak tawaran lakonan tiga (3) kali berturut-turut akan dikeluarkan dari senarai Pesakit Piawai. Sekiranya mereka mahu menjadi Pesakit Piawai lagi, mereka perlu isi borang ahli sekali lagi.
  7. Pesakit Piawai yang mengalami masalah disiplin akan dikeluarkan dari senarai Pesakit Piawai.

Bayaran

Ini merupakan pekerjaan sambilan dan masa bekerja adalah fleksibel. Anda akan dibayar minimum RM 15 (sejam) dan masa minimum lakonan/latihan adalah selama 4 jam sehari.

Anda dikehendaki menguruskan pelepasan kerja daripada pihak majikan anda kerana kami tidak akan memberi surat pelepasan kerja bagi peserta yang terlibat.

Gambar

 

Kelab Pesakit 

  1. AJK kelab
  2. Aktiviti kelab terkini
  3. Syarat dan peraturan kelab

Muat Turun 

  1. Buku Panduan Program Pesakit Piawai (BM)
  2. Buku Panduan Program Pesakit Piawai (BI)
  3. Brochure Program Pesakit Piawai
  4. Borang Permohonan Pesakit Piawai
  5. Iklan Pesakit Piawai

Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pn Azlina Idris
Jabatan Pendidikan Perubatan
Tingkat 13, Bangunan Pra-Klinikal
Pusat Perubatan UKM
56000 Cheras
Kuala Lumpur

No.Tel. : 03-9145 9446
No.Tel. : 019-6663549

Facebook : https://www.facebook.com/groups/123482927695205/