Kemaskini terakhir :31/12/2010(Isnin)
[Buletin Semasa]

 


   

Pelajar Tahun 1, Kursus Kokurikulum [atas]

Semua Pelajar Tahun I Sesi pengambilan 2010-2011 akan didaftarkan secara automatik bagi kod baru iaitu HHHC9118 – Kokurikulum, taklimat berkaitan pelaksanaan kokurikulum berkredit berasaskan kontrak pembelajaran ini akan diadakan seperti maklumat berikut;

Kampus KL & Cheras
Tarikh: 7 Januari 2011
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Serbaguna, KTSN

Kampus Bangi
Tarikh: 8 Januari 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dectar, UKM

Pelajar Tahun 1 diwajibkan Hadir

(epelajar/bul/bil.29122010-20)


Slide for Intellectual Property Briefing to Student [atas]

ALL STUDENTS especially Graduate Students, please pay attention to "UKM Student Intellectual Property Policy (Supplementary)".

Centre of Graduate Management has organized a post-graduate briefing on 23rd December 2010.
For those who want to know the details, please sila click to get the briefing presentation slide and also the document which have to sign and send it to Centre of Graduate Management (PPS).

Any enquiries, please refer to Centre for Collaborative Innovation at 03-89214115.

Click for other attachments.
Non-Disclosure Agreement
UKM Student Deed of Assignment

(epelajar/bul/bil.29122010-20)


Slaid Taklimat Harta Intelek Kepada Pelajar [atas]

SEMUA PELAJAR terutama pelajar lepasan ijazah diminta mengambil perhatian mengenai "Dasar Harta Intelek Pelajar UKM (Tambahan)".

Pusat Pengurusan Siswazah telah mengadakan satu sesi taklimat pascasiswazah pada 23hb Disember 2010.
Kepada pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, sila klik untuk mendapatkan slaid semasa taklimat mengenai dasar tersebut dan dokumen yang perlu ditandatangan untuk dihantar ke Pusat Pengurusan Siswazah ( PPS).

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pusat Inovasi Kolaboratif di talian 03-8921 4115.

Sila klik untuk lain-lain lampiran.
Borang Perjanjian Kerahsian Pelajar
Surat Ikatan Serah Hak Pelajar

(epelajar/bul/bil.29122010-19)


List of Supervisors for Industrial Training 2010/2011 only for BBA (International Students) [atas]

Click for list of student.

For those who name not appear in the list please contact Ms.Siti Azawiyah at 03-89215365

(epelajar/bul/bil.28122010-18)


Pemberitahuan Gangguan Capaian Ke Server Tapak Web Terpusat UKM [atas]

Adalah dengan ini di maklumkan bahawa server Tapak Web Terpusat UKM (pkukmweb) masih mengalami gangguan capaian di sebabkan kerja-kerja menaiktaraf server tempoh hari.
Perkhidmatan muatnaik (upload) ke semua website UKM yang berada di sever Tapak Web Terpusat UKM ditutup sehingga diberitahu kelak.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

(epelajar/bul/bil.27122010-17)


Iklan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.24122010-16)


UKM Student Intellectual Property Policy (Supplementary) [atas]

ALL STUDENTS especially Graduate Students, please pay attention to "UKM Student Intellectual Property Policy (Supplementary)".

Centre of Graduate Management has distributed the book to the Graduate Students during student registration days on 20th-21st December 2010.

For those who have not yet received, please click to get the Policy.

Any enquiries, please refer to Centre for Collaborative Innovation at 03-89214115.

(epelajar/bul/bil.23122010-15)


Dasar Harta Intelek Pelajar UKM (Tambahan) [atas]

SEMUA PELAJAR terutama pelajar lepasan ijazah diminta mengambil perhatian mengenai "Dasar Harta Intelek Pelajar UKM (Tambahan)".

Pusat Pengurusan Siswazah telah mengedar buku mengenai Dasar tersebut kepada pelajar Siswazah semasa pendaftaran pelajar pada 20 -21 Disember 2011.

Kepada pelajar yang belum menerimanya, sila klik untuk mendapatkan Dasar tersebut.

Sebarang pertanyaan, sila rujuk Pusat Inovasi Kolaboratif di talian 03-8921 4115.

(epelajar/bul/bil.23122010-14)


Majlis Syarahan Alumni UKM Siri Ke-4 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Perhubungan Alumni, UKM akan menganjurkan Majlis Syarahan Alumni UKM Siri Ke-4 seperti berikut :

Tarikh: 29 Disember 2010 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Senat, UKM

Syarahan Alumni yang bertajuk "Alumni dan Cabaran serta Pengalaman dalam Dunia Perniagaan" akan disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Nadzir Hj. Sheikh Fazir, Pengarah Urusan, Fadason Group of Companies.
Pejabat Perhubungan Alumni, UKM dengan segala hormatnya menjemput dan sangat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan bagi menyerikan majlis ini.

Semua dijemput hadir.

Sila klik untuk poster.

(epelajar/bul/bil.23122010-13)


Pangkalan Data Percubaan - SAGE Reference Online [atas]

SAGE Reference Online merupakan pilihan yang baik untuk meningkatkan akses kepada kandungan rujukan. Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses.

(epelajar/bul/bil.20122010-12)


Bayaran Pinjaman/Biasiswa Tajaan PTPTN dan JPA Semester 2 Sesi 2010/2011 [atas]

Berdasarkan keputusan mesyuarat yang telah diadakan antara pihak Unit Kewangan Pelajar bersama-sama PTPTN dan JPA pada 16/11/2010 telah bersetuju bahawa bayaran pinjaman/biasiswa tajaan PTPTN dan JPA bagi Semester 2 2010/2011 akan dibayar antara 23/12/2010 hingga 25/12/2010 melalui BIMB.
Para pelajar boleh membuat semakan baki hutang pengajian dalam tempoh 7 hari selepas menerima baki pinjaman/biasiswa. Para pelajar boleh membuat bayaran sendiri baki hutang tersebut melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sila klik jadual kerja proses pembayaran pinjaman/biasiswa tersebut.

(epelajar/bul/bil.20122010-11)


Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UKM semester 2 Sesi 2010/2011 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar semester 2 sesi 2010/2011 asnaf fakir dan miskin boleh memohon bantuan Tabung Amanah Zakat UKM dari 20 Disember 2010 sehingga 8 April 2011.

Sila klik untuk keterangan lanjut.

(epelajar/bul/bil.20122010-10)


Penyelenggaraan suis utama UKM 2011 [atas]

Adalah dimaklumkan, pihak vendor rangkaian UKM akan melakukan penyelenggaraan di beberapa suis utama UKM. Proses ini akan dilakukan pada 1 Januari 2011 (Sabtu) hingga 2 Januari 2011(Ahad) antara suis utama yang terlibat seperti berikut :

Date

Location

Time

Day 1
1/1/2011 Saturday

Pusat Teknologi Maklumat

8.00 am till 10.00 am

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

10.00 am till 12.00 pm

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

1.00 pm till 3.00 pm

Pusat Sains Matematik

3.00 pm till 5.00 pm

Day 2
2/1/2011 Sunday

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

8.00 am till 10.00 am

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

10.00 am till 12.00 pm

Pentadbiran

1.00 pm till 3.00 pm

Kolej Rahim Kajai

3.00 pm till 5.00 pm

Sehubungan dengan itu, capaian rangkaian akan terganggu sehingga kerja-kerja tersebut selesai.Sekiranya terdapat masalah capaian setelah proses penyelenggaraan selesai boleh hubungi kami.Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian 6134/6137.

(epelajar/bul/bil.16122010-09)


Pengumuman Pelajar Tahun 1 Sesi 20102011 [atas]

Perhatian kepada semua pelajar tahun 1 sesi 2010/2011 anda diwajibkan untuk menjalankan ujian MEQI di Website http://www.ukmholdings.ukm.my/meqi/ bermula pada 17 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010. sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En Shahrizan Shahruddin (0389214707) atau emailkan sebarang pertanyaan anda ke mss@ukm.my.

Sila klik untuk keterangan lanjut..

(epelajar/bul/bil.16122010-08)


Bayaran Pinjaman/Biasiswa Tajaan PTPTN dan JPA Semester 2 Sesi 2010/2011 [atas]

Berdasarkan keputusan mesyuarat yang telah diadakan antara pihak Unit Kewangan Pelajar bersama-sama PTPTN dan JPA pada 16/11/2010 telah bersetuju bahawa bayaran pinjaman/biasiswa tajaan PTPTN dan JPA bagi Semester 22010/2011 akan dibayar antara 23/12/2010 hingga 25/12/2010 melalui BIMB.
Para pelajar boleh membuat semakan baki hutang pengajian dalam tempoh 7 hari selepas menerima baki pinjaman/biasiswa. Para pelajar boleh membuat bayaran sendiri baki hutang tersebut melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sila klik untuk jadual kerja proses pembayaran pinjaman/biasiswa tersebut.

(epelajar/bul/bil.15122010-07)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(epelajar/bul/bil.08122010-06)


Tawaran Biasiswa Kerajaan Brunei Darulssalam Sesi Akademik 2011/2012[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.08122010-05)


Pemenang Cabutan Bertuah Soal Selidik Kepuasan Pelanggan[atas]

Pemenang MP4:
1 . A134440 - Muhamad Khuzaifah bin Ismail (FTSM)

Pemenang Portable Hard Disk:
1. P57243 - Nur 'Aimi Farhana binti Mohammad Zawawi (FST)
2. A119374 - Muhamad Ali bin Saidin (FPend)
3. A117274 - Tan Chor Yeh (FKAB)

**Untuk mengambil hadiah, sila hubungi Cik Zai Azira (03-89216156) sebelum 31 Disember 2010.Bawa kad matrik anda sebagai bukti pengenalan diri.

(epelajar/bul/bil.03122010-04)


Semester 1 Of The 2010-2011 Academic Session Examination Results[atas]

Click for more information.

(epelajar/bul/bil.03122010-03)


Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.03122010-02)


PENGAMBILAN BUKU AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA[atas]

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang belum mengambil Buku Amanah Saham 1 Malaysia.Sila datang ke Unit Kebajikan Pelajar JPPel, Bangunan PUSANIKA dengan kadar segera dan membawa 1 salinan Kad Pengenalan untuk tindakan selanjutnya.

Kerjasama daripada pelajar amatlah diharapkan.

Sila klik untuk senarai nama.

(epelajar/bul/bil.01122010-01)


Senarai Nama Penyelia untuk Pelajar Latihan Industri FEP 2010/2011[atas]

Makluman Senarai Nama Penyelia untuk pelajar Latihan Industri FEP 2010/2011 Program Ekonomi dan Program Pentadbiran Perniagaan bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, FEP Sahaja.

Sila klik untuk Senarai Nama.

Kepada pelajar Latihan Industri FEP 2010/2011 yang tiada nama dalam senarai yang dipaparkan mohon maklumkan kepada cik Siti Azawiyah di Ext: 03-89215365.

(epelajar/bul/bil.30112010-52)


Tawaran Bantuan Khas[atas]

Adalah dimaklumkan tawaran adalah dipelawa kepada pelajar pra siswazah yang tidak mempunyai tajaan untuk memohon bantuan khas bagi menjelaskan yuran pengajian semester 2 sesi 2010/2011.

Sila dapatkan borang serta syarat-syarat permohonan dilaman web Jabatan Bendahari Bahagian Kewangan Pelajar segera. Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember, 2010.

Sila hubungi tel: samb 4545, 3180, 4211

(epelajar/bul/bil.26112010-51)


Distribution of Entrance Card and Examination Timetable for Semester I of the 2010-2011 Academic Session[atas]

Click for more information.

(epelajar/bul/bil.26112010-50)


Penangguhan Program U-Set Oleh Pihak Khazanah Nasional Berhad[atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat TNC HEJIM telah menerima makluman penangguhan Program U-SET (Undergraduate Self Empowerment Transformation) atau sebelum ini dikenali sebagai GEMS-UNI (Graduate Employability Management Scheme) daripada pihak Khazanah Nasional Berhad.

Penangguhan ini adalah susulan daripada perbincangan Khazanah Nasional Berhad dengan Jabatan Perdana Menteri, yang mana pihak Khazanah telah diminta untuk membentangkan kajian keberkesanan Dan impak program GEMS yang telah dijalankan sepanjang 2009/2010 ke kabinet pada suku pertama 2011.Daripada kajian keberkesanan tersebut, pihak Khazanah juga perlu melakukan semakan Dan penambahan kepada modul-modul program sebelum sesi seterusnya dimulakan.

Sehubungan itu diharap agar para pelajar yang terlibat dapat mengambil perhatian berkenaan makluman penangguhan ini.

Sekiranya terdapat maklumat terkini berkenaan program ini, Pejabat Hubungan Industri akan memaklumkan kepada para pelajar dari semasa ke semasa.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

(epelajar/bul/bil.23112010-49/em>)


Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan Dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester I Sesi Akademik 2010-2011[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.23112010-48)


SKIM ZAMALAH LESTARI dan SKIM ZAMALAH DATIN MIRIAM MOHD. YUSOFF[atas]

Insitut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dengan ini ingin memperlawa kepada semua yang berkelayakan untuk memohon Skim Zamalah LESTARI dan Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff bagi pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Sila klik dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut tentang skim zamalah ini:

MAKLUMAT SKIM ZAMALAH LESTARI
MAKLUMAT SKIM ZAMALAH DATIN MIRIAM MOHD. YUSOFF

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nurul Safaniza Che Ani ( 03-89214158)

(epelajar/bul/bil.18112010-46)


Misi Bantuan Bencana Banjir Di Utara Malaysia[atas]

Sila klik Poster untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.15112010-45)


Graduate Employability and Marketability Competencies : Issues and Challenges in UKM[atas]

Sila Klik untuk melakukan soal selidik tersebut.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

(epelajar/bul/bil.11112010-44)


HULU LANGAT ADVENTURE RACE[atas]

Penyertaan Program: 'HULU LANGAT ADVENTURE RACE'
Tarikh:21 November 2010 7.00 am - 4.00 pm
Lokasi: Hutan Lipur Gunung Nuang dan Kawasan Sekitar Daerah Hulu Langat, Selangor

Anjuran Persatuan Kembara Negara (PKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Kembara Outdoor Centre (KOC)

Pusat Sukan UKM wakil seretariat 'HULU LANGAT ADVENTURE RACE'

**Untuk penyertaan boleh menghubungi terus:
Ahmad Fakri Abu Samah (019-2500062) Mohd Afnal Rosli ( 012-2022644) Ahmad Reduan Rozali (017-3582359) / (019-2500022) Mohd Rafi Kori (012-3715412) atau
Pusat Sukan UKM Azran Salehudin (019-3834001)

(epelajar/bul/bil.11102010-43)


HULU LANGAT ADVENTURE RACE[atas]

Penyertaan Program: 'HULU LANGAT ADVENTURE RACE'
Tarikh:21 November 2010 7.00 am - 4.00 pm
Lokasi: Hutan Lipur Gunung Nuang dan Kawasan Sekitar Daerah Hulu Langat, Selangor

Anjuran Persatuan Kembara Negara (PKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Kembara Outdoor Centre (KOC)

Pusat Sukan UKM wakil seretariat 'HULU LANGAT ADVENTURE RACE'

**Untuk penyertaan boleh menghubungi terus:
Ahmad Fakri Abu Samah (019-2500062) Mohd Afnal Rosli ( 012-2022644) Ahmad Reduan Rozali (017-3582359) / (019-2500022) Mohd Rafi Kori (012-3715412) atau
Pusat Sukan UKM Azran Salehudin (019-3834001)

(epelajar/bul/bil.11102010-43)


Program Larian Amal[atas]

'Run For a Ray of Hope'
Tarikh: 14 Nov 2010 (Ahad)
Masa: 7.00 am - 12.30 pm
Tempat: Pusanika
Yuran: Percuma Untuk Pelajar UKM ( Rujuk Lampiran )
Borang penyertaan


Anjuran bersama Pusat Sukan dan Pelajar Perubatan (AMSA) HUKM

Pelbagai aktiviti lain turut dimeriahkan Seperti pemeriksaan kesihatan percuma & ceramah kesihatan. Maklumat lanjut boleh hubungi AZRAN SALEHUDIN 019-3834001 atau layari http://runforarayofhope.blogspot.com/

(epelajar/bul/bil.11102010-42)


19th International Marketing Award - L'ORÉAL BRANDSTORM 2011[atas]

L'Oreal kini melancarkan 19th International Marketing Award, L?ORÉAL BRANDSTORM 2011.L?ORÉAL BRANDSTORM 2011 adalah pertandingan di antara pelajar yang dianjurkan oleh L'Oreal International. Tujuan pertandingan adalah untuk membolehkan para pelajar mempertandingkan strategi pemasaran terhebat dan juga kempen komunikasi bagi barangan L'Oreal.

Sila klik untuk maklumat lanjut atau layari http://brandstorm.loreal.com

Bagi yang berminat, sila daftarkan Nama, Fakulti, Tahun Pengajian Dan Nombor Telefon di rawlins@ukm.my atau wahidah@ukm.my

(epelajar/bul/bil.08112010-41)


Temuduga Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Bagi Sesi Kedua tahun 2010[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut

(epelajar/bul/bil.29102010-40)


Penggunaan Aplikasi HRMIS di UKM[atas]

Adalah dimaklumkan, penggunaan aplikasi HRMIS perlu melalui perkhidmatan rangkaian UKM. Penggunaan ini terpakai kepada pengguna rangkaian di UKM Bangi, Kampus Kuala Lumpur (KKL) dan Pusat Perubatan UKM (PPUKM).

Pengguna perlu menetapkan konfigurasi di pc seperti berikut:
1. Tetapkan alamat IP primary DNS Server sebagai 202.185.48.7 di Local Area Connection.
2. Ubah secara manual fail hosts pada c:\windows\system32\drivers\etc\hosts dengan memasukkan maklumat dibawah :

10.21.153.9     reporting.eghrmis.gov.my
10.21.153.170  reporting.eghrmis.gov.my
10.21.152.5     www.eghrmis.gov.my
10.21.153.30   supdoc.eghrmis.gov.my
10.21.153.3     hrmis7.eghrmis.gov.my

Sebarang masalah berkaitan capaian ke HRMIS boleh hubungi kami di talian (03) 8921 6134 / 6140.

Untuk maklumat lanjut mengenai HRMIS layari di http://www.eghrmis.gov.my/

(epelajar/bul/bil.28102010-39)


Iklan Kekosongan Jawatan GRA[atas]

Dimaklumkan bahawa seorang GRA diperlukan untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD (penyelidikan). Tajuk penyelidikan ialah "Sejarah Perkembangan Pakaian & Tekstil (eksesori dan cara berpakaian serta pengaruh) di Alam Melayu.Pemohon hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pakaian dan Tekstil.

Pemohon dalam bidang yang berkaitan dengan Sejarah dan juga Sains Sosial layak memohon. Gaji untuk GRA ialah antara Rm1600- Rm1800 sebulan. Gaji, yuran serta penyelidikan akan ditanggung menggunakan peruntukan Geran Penyelidikan Science Fund. Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar CV, Sijil dan maklumat berkaitan serta gambar ke alamat berikut:

Prof.Madya Dr.Haziyah Hussin
Institut Alam & Tamadun Melayu
UKM 43600 Bangi, Selangor.
Tel: 03-8921 3550

(epelajar/bul/bil.25102010-38)


Pangkalan Data Percubaan - udltheses.com[atas]

Pangkalan data perpustakaan digital ‘udltheses.com’ merupakan pangkalan data teks penuh tesis dan disertasi yang dibangunkan dan diuruskan oleh Universe Digital Library. Dalam tempoh percubaan ini, pengguna boleh mengakses sejumlah 106 buah tesis dan disertasi. Sila gunakan Explorer 8, Safari atau Mozilla Firefox untuk akses di halaman udltheses.com

Maklumat lanjut, sila klik Pangkalan Data Percubaan.

(epelajar/bul/bil.25102010-37)


Education in Australia Exhibition[atas]

Adalah dimaklumkan bahawa IDP Global Leader in Student Placement Services akan mengadakan ‘Education in Australia Exhibition’ pada 23 hingga 27 Oktober 2010

Maklumat lanjut boleh dilayari di www.malaysia.idp.com. Semua warga UKM yang berminat dijemput hadir.

Sila klik untuk poster.

(epelajar/bul/bil.25102010-36)


Application To Sit For Examination And Draft Of The Examination Timetable For Sem. I Of The 2010-2011 Academic Session[atas]

Click for more information.

(epelajar/bul/bil.21102010-35)


Pindaan tarikh perayaan Semester 1 Sesi Akademik 2010-2011[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.21102010-34)


Pertandingan Penulisan Esei Penjelmaan 1Malaysia[atas]

Sukacita dimaklumkan, Institut Kajian Etnik, (KITA) UKM dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan Balai Seni Lukis Negata kini menganjurkan satu pertandingan esei bertemakan :

i. Sejarah Sosial dan Politik
ii. Artikulasi Kehidupan
iii. Nilai Masyarakat Berbilang Kaum
iv. Harapan Masa Depan

Semua para pelajar prasiswazah dan pasca siswazah dijemput menyertai pertandingan ini. Hadiah berupa wang tunai dan sijil ditawarkan kepada para pemenang. Tarikh tutup penyertaan : 30 Oktober 2010

Untuk keterangan lanjut, layari laman sosial facebook 'Penjelmaan 1Malaysia' atau boleh hubungi 03-89214641 / email : penjelmaan1malaysia@gmail.com

Sila klik untuk melihat poster.

(epelajar/bul/bil.18102010-33)


Pindaan Tarikh Peperiksaan Akhir Semester I Sesi Akademik 2010-2011 Sempena Cuti Tambahan Hari Deepavali[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.18102010-32)


Jemputan Menghadiri Pameran Bersempena "Persidangan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan Saintifik Islam Ke 5 (5th ICMHESR)[atas]

Kepada semua warga UKM dijemput untuk menghadiri Pameran Bersempena "Persidangan Menteri-menteri Pengajian Tinggi Dan Penyelidikan Saintifik Islam Ke 5 (5th ICMHESR) seperti berikut :

Tarikh: 19-20 Oktober 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Anjuran: Malaysia-ISESCO
Tema : "Enculturation of Quality in Academia, Research and Innovation Towards Prosperty of Ummah"

Semua dijemput hadir.

(epelajar/bul/bil.15102010-31)


RISISITA 3 - Hari Apresiasi Puisi Cinta 3 (Pertandingan Mencipta dan Mendeklamasi Puisi Pelajar Antarabangsa)[atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum akan menganjurkan acara RISISITA buat kali ke-3. Pertandingan mencipta dan mendeklamasi puisi ini menampilkan para peserta yang terdiri daripada pelajar nusantara dan pelajar antarabangsa.Berikut adalah maklumat mengenai acara ini:

Tarikh: 21 Oktober 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Panggung Seni, UKM
Pakaian: Kebangsaaan / Batik

Semua warga UKM dijemput hadir.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Azlan (Tel: 012-2635017) atau Puan Zuraini (Tel: 012-4151675).

(epelajar/bul/bil.15102010-30)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan ICT[atas]

Untuk membantu meningkatkan mutu perkhidmatan ICT di UKM, pihak universiti memerlukan bantuan saudara/i untuk mengisi soal selidik kepuasan pelanggan ini. Kerjasama saudara/i membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila klik ini untuk mengisi soal selidik.

(epelajar/bul/bil.15102010-29)


Pemenang Cabutan Bertuah Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari[atas]

Sila klik untuk sanarai nama pemenang.

(epelajar/bul/bil.15102010-28)


Pemenang Cabutan Bertuah Hari Bertemu Pelanggan Sempena Kempen Membayar Yuran[atas]

Sila klik untuk sanarai nama pemenang.

(epelajar/bul/bil.13102010-27)


Program Transformasi Siswi Anjuran Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia[atas]

Program Transformasi Siswi Anjuran Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia

Kami mengalu-alukan kedatangan siswi-siswi UKM untuk turut serta dalam Program transformasi siswi Anjuran Perwakilan Agama Hindu

Tarikh: 16 Oktober 2010(Sabtu)
Tempat: Dewan Anuwar Mahmud (DAM), Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Perincian program:
1) Ceramah - Women-one step further to lead
2) Ceramah - Know your rights
3) Bengkel - Breast cancer- NO 1 KILLER

(epelajar/bul/bil.13102010-26)


Pemenang Cabutan Bertuah Kajian e-Pembelajaran di IPT Malaysia[atas]

Dimaklumkan bahawa KPT dengan kerjasama MEIPTA telah menjalankan kajian "Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran" di IPT Malaysia. Berikut adalah nama pemenang bagi cabutan bertuah untuk kategori pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua responden yang telah mengisi borang soal selidik tersebut.

(epelajar/bul/bil.13102010-25)


Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari[atas]

Tarikh: 14 Oktober 2010 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Aras 5, Bangunan Pusanika

SEMUA DIJEMPUT HADIR

(epelajar/bul/bil.13102010-24)


Erasmus Mundus Action 2 (EMA2) Scholarships[atas]

Dimaklumkan bahawa University of Deusto, Spain membuka peluang kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk memohon Erasmus Mundus Action 2 (EMA2) Scholarships. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://www.emasiaregional.eu.

Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pejabat Hubungan Antarabangsa di talian 03-8921 4797 / 5057 atau mel-e kepada mike@ukm.my.

(epelajar/bul/bil.13102010-23)


Pangkalan Data Percubaan - Emerald Backfiles & eBooks dan Books24x7[atas]

Emerald Backfiles & eBooks - Akses kepada jurnal kebelakangan dan buku-e daripada Emerald Business, Management and Economics eBook Series Collection & Emerald Social Sciences eBook Series Collection.

Books24x7 - menawarkan akses kepada teks penuh daripada ribuan buku meliputi:
- OfficeEssentials Collection ,
- ITPro Collection (9,400+ judul)
- BusinessPro Collection (6,500+ judul)

Maklumat lanjut, sila klik Pangkalan Data Percubaan.

(epelajar/bul/bil.13102010-22)


Mencipta Rekod Persembahan 1000 Gitar Bagi ‘Malaysia Guinness Book Of Records’ Sempena Festival Malaysia Inovatif 2010[atas]

Dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama pelbagai kementerian, Kerajaan Negeri dan rakan inovatif akan menganjurkan FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010 pada 24-26 November 2010 bertempat di Stadium Bukit Jalil yang akan disempurnakan Majlis Penutup oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

UKM dipertanggungjawabkan menyelaras Persembahan Gitar Teramai di Malaysia yang akan melibatkan 1000 pemain gitar bagi mencipta rekod dan akan dicatatkan dalam Malaysia Guinness Book of Records pada 24-25 November 2010. Sehubungan dengan itu, UKM mengalu-alukan penyertaan daripada kakitangan dan pelajar UKM yang mempunyai kemahiran dan pengalaman bermain gitar untuk turut sama menjayakan program ini.

Para peserta yang terlibat akan mendapat sijil dan nama mereka akan tercatat di dalam Malaysia Guinness Book of Records. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Puan Noor Faliza Hanim Binti Roslan(Pusat Kebudayaan,UKM) di talian 4739/0172366521 atau menghantar nama, no.telefon, alamat/organisasi ke email; falizahanim@yahoo.com.

Marilah bersama-sama menjayakan program ini!!!

(epelajar/bul/bil.13102010-21)


Taklimat biasiswa dari Flinders University, Australia[atas]

Untuk makluman Tuan/ Puan, UKM akan menerima kunjungan daripada Mr. Ian Sebastian, International Office, Flinders University, Australia pada 21 Oktober 2010 (Khamis). Kunjungan tersebut diadakan untuk memberi penerangan terutamanya kepada pelajar pra-siswazah yang berminat untuk menyambung pelajaran di Flinders University, Australia. Pihak Flinders University, Australia juga ada menawarkan 2 biasiswa yang bernilai AU$5000 untuk pelajar UKM yang berminat.

Taklimat tersebut akan berlangsung seperti butiran berikut:
Tarikh: 21 Oktober 2010 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PHA, Aras 2, Bagunan Canselori, UKM, Bangi

Untuk mengesahkan kehadiran sila hubungi Pejabat Hubungan Antarabangsa di talian +603-8921 4357 atau oir@ukm.my.

(epelajar/bul/bil.11102010-20)


Pengesahan Kolej Bagi Semester II Sesi 2010/2011[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.08102010-19)


Penyerahan S/Tawaran dan Dokumen Perjanjian Biasiswa JPA Sesi 2010/2011 Di UKMKL dan PPUKM[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.08102010-18)


Taklimat Program Pengajian yang ditawarkan di Graduate Institute of International and Development Studies, Geneva [atas]

Dimaklumkan bahawa Graduate Institute of International and Development Studies, Geneva akan mengadakan satu sesi taklimat mengenai program-program pengajian dan biasiswa yang ditawarkan oleh Graduate Institute of International and Development Studies, Geneva. Taklimat tersebut akan disampaikan oleh Dr. Dominic Eggel.

Warga UKM yang berminat dijemput hadir dalam sesi penerangan dan dialog yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 12 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PHA, Aras 2, Bangunan Canselori, UKM Bangi

Sukacita kiranya pihak Tuan/ Puan dapat memaklumkan kehadiran Tuan/ Puan kepada Pejabat Hubungan Antarabangsa disambungan 4704 / 4187 atau oir@ukm.my selewat-lewatnya 11 Oktober 2010 (Isnin) jam 4.30 petang.

(epelajar/bul/bil.08102010-17)


Maklumat AGM Kelab Pengguna [atas]

Semua pelajar UKM yang berminat menyertai Kelab Pengguna dijemputi menyertai Mesyuarat Agung Pertama yang dijadualkan pada:

Tarikh: 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: DK 1 FEP

(epelajar/bul/bil.07102010-16)


Taklimat Tahun Akhir Pelajar Biasiswa JPA di UKM[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.07102010-15)


UKM-Exchange Application to Nanyang Technological University, Singapore[atas]

Nanyang Technological University, Singapura menawarkan biasiswa bagi sesiap yang berminat untuk mengikuti "TF-NTU LEaRN Programme" yang ke 4.

Program ini ditawarkan untuk pelajar sarjana muda yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang. Program berlangsung selama 1 semester (24 January – 20 May 2011).

Untuk maklumat lanjut klik atau layari https://venus.wis.ntu.edu.sg/NG_APP/Pages/Login.aspx

Pelajar yang berminat bolehlah menghantar nama dan resume anda ke Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM atau mel-e kepada mike@ukm.my sebelum 11 Oktober 2010.

(epelajar/bul/bil.07102010-14)


Tawaran Biasiswa JPA Sesi 2010/2011 Bagi Pelajar UKMKL dan PPUKM[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.06102010-13)


Perjumpaan Perlajar HHE2011 (Kampus Lestari)[atas]

Kepada pelajar HHHE2011 yang mengikuti landasan Alam Sekitar dan memilih projek Kampus Lestari (L7-P01-PPP) satu perjumpaan akan diadakan pada :

Tarikh : 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : DK3F202, FSSK

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Rohaiza di talian 03-89214671 atau terus ke Pejabat Am,Pusat Perkembangan Pelajar.

Semua diwajibkan hadir.

(epelajar/bul/bil.06102010-12)


Sesi Penyemakan Dan Penghantaran Dokumen Perjanjian Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sesi 2010/2011 UKM Kampus Bangi [atas]

Sukacita dimaklumkan Sesi Penyemakan dan Penghantaran Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Jabatan Perkhidmatan Awam Sesi 2010/2011 bagi pelajar UKM Kampus Bangi akan di adakan pada:

Tarikh : 18hb Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Paras 2, Bangunan Pusanika, JPPel

Sehubungan dengan itu pelajar hendaklah melengkapkan semua dokumen untuk mengelak sebarang kesulitan. Kerjasama pelajar amat di alu-alukan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

(epelajar/bul/bil.05102010-09)


Manifestasi Seni Tari Antarabangsa UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel mempelawa semua warga UKM untuk hadir ke Manifestasi Seni Antarabangsa UKM 2010 yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Bertempat : Panggung Seni, UKM

Saksikan persembahan menarik khususnya Seni Tari Malaysia (Melayu, Cina, India dan Portugis), Thailand, Indonesia, Arab, Cuba, Amerika dan Amerika Latin.

Masuk Percuma! Kehadiran semua warga UKM amat dialu-alukan.

(epelajar/bul/bil.05102010-08)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.

(epelajar/bul/bil.05102010-07)


Cabutan Bertuah Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.05102010-06)


Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM [atas]

Perpustakaan UKM akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan UKM 2010 pada tarikh tersebut:

5 Oktober 2010 - Perpustakaan Tun Seri Lanang, Perpustakaan PPUKM & Perpustakaan Dr Abdul Latiff
6 Oktober 2010 - Perpustakaan ATMA & Perpustakaan Undang-undang

Hadiah menarik untuk pelanggan yang bertanya & untuk pemenang kuiz.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.04102010-05)


Permohonan Sumitomo Global Foundation Scholarship Program [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh permohonan bagi biasiswa tersebut di atas adalah kini dibuka. Tarikh akhir untuk para pelajar mengemukakan semua dokumen yang diperlukan ke Pejabat Hubungan Industri adalah pada 22 Oktober 2010.

Biasiswa ini adalah terbuka kepada semua pelajar (tanpa mengira tahun pengajian) di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Dan Fakulti Undang-Undang. Kouta yang diberikan kepada UKM adalah seramai 4 orang penerima yang mana sekiranya berjaya akan menerima sejumlah USD1500 setiap seorang.

Sehubungan itu, dimohon kerjasama dari semua untuk menyebarkan maklumat ini kepada pelajar-pelajar yang layak terutama :
1) pelajar yang memiliki kecemerlangan akademik serta kurikulum;
2) pelajar yang menghadapi masalah kewangan dalam pengajian/ keluarga yang besar

Bersama ini disertakan borang permohonan bagi merka yang berminat. Untuk maklumat lanjut sila lihat poster atau hubungi Pejabat Hubungan Industri (En. Haiqal : 03-8921 4656)

(epelajar/bul/bil.01102010-04)


Pengedaran Kad masuk Peperiksaan Dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Semester I Sesi Akademik 2010-2011 [atas]

Sila klik Pekeliling berikut;

1. PEKELILING AKADEMIK BIL. 22/2010;
    Versi BM
    Versi BI

(epelajar/bul/bil.01102010-03)


Publisher Workshop & Product Demo [atas]

Sempena Hari Bersama Pelanggan PTSL, pihak Perpustakaan dengan kerjasama pihak pembekal akan mengadakan Bengkel 'Insider's Guides to Getting Published in Management and Social Science' dan Demo CABI Environmental Impact pada 5 Oktober 2010 (Selasa).

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.01102010-02)


Pertandingan Pidato Bestari 2010 [atas]

Pertandingan Pidato Bestari 2010 anjuran Bahagian Akademik dan Inovasi, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Antarabangsa Ibu Zain akan diadakan pada :

Pada: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan Persidangan CRIM, UKM
Masa: 8.30pagi - 2.00ptg (Kategori Bahasa Inggeris - IPT)
         8.00malam - 11.30malam (Kategori Bahasa Melayu - Terbuka)

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Adlyizan (013-3578307) atau Roozalena (013-2578934)

(epelajar/bul/bil.01102010-01)


Taklimat Kerjaya Pramugara/Pramugari Penerbangan oleh Akademi AviAir [atas]

Adalah dimaklumkan Akademi AviAir akan mengadakan taklimat kerjaya untuk peluang kerjaya di industri penerbangan.Taklimat tersebut akan dijalankan pada:

Pada: 1 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat: Auditorium Siswa, Pusanika, UKM
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang

Bagi pelajar tahun akhir dari FEP, FTSM dan FKAB yang berminat, sila daftar segera dengan memberi maklumat seperti yang diperlukan (NAMA, NO. MATRIK, PROGRAM, FAKULTI, NO. H/PHONE) ke wahidah@ukm.my sebelum 30 September 2010.

Jika tidak sempat untuk mendaftar, boleh terus hadir ke Auditorium Siswa pada hari tersebut atau hubungi Pejabat Hubungan Industri ( Pn. Wahidah 03-8921 4604 ) untuk maklumat lanjut.

Sila klik untuk melihat poster.

(epelajar/bul/bil.30092010-28)


Jemputan Plugged Workshop [atas]

Adalah dimaklumkan Talent Edge Solutions Sdn Berhad akan mengadakan satu bengkel untuk membantu meluaskan lagi kebolehpasaran pelajar UKM dan menerangkan kehendak industri masa kini. Program tersebut akan dijalankan pada:

Pada: 1 Oktober 2010 (Jumaat)
Tempat: Auditorium Siswa, Pusanika, UKM
Masa: 3.00 petang – 5.00 petang

Bagi pelajar tahun akhir dari FEP, FTSM dan FKAB yang berminat, sila daftar segera dengan memberi maklumat seperti yang diperlukan (NAMA, NO. MATRIK, PROGRAM, FAKULTI, NO. H/PHONE) ke wahidah@ukm.my sebelum 30 September 2010.

Jika tidak sempat untuk mendaftar, boleh terus hadir ke Auditorium Siswa pada hari tersebut atau hubungi Pejabat Hubungan Industri ( Pn. Wahidah 03-8921 4604 ) untuk maklumat lanjut.

Sila klik untuk melihat poster.

(epelajar/bul/bil.30092010-27)


Pertandingan Kabadi Peringkat Kebangsaan (IPTA/IPTS) Anjuran Perwakilan Agama Hindu Universiti Kebangsaan Malaysia [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk turut serta dalam Pertandingan Kabadi Peringkat Kebangsaan (IPTA/IPTS) Anjuran Perwakilan Agama Hindu seperti butiran berikut :

Pada: 9 - 10 Oktober 2010 ( Sabtu & Ahad )
Tempat: Padang Pavillion, Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Semua dijemput hadir.

(epelajar/bul/bil.30092010-26)


Gangguan Capaian Rangkaian Luar UKM [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Capaian Rangkaian Luar UKM sedang mengalami gangguan bermula 27 September 2010 (Isnin) 2.00 petang. Masalah gangguan masih dalam siasatan.Sehubungan dengan itu, capaian internet ke luar akan terganggu sehingga masalah tersebut selesai.Sebarang masalah berkaitan capaian dalaman boleh hubungi kami.Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian 6134/6137.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

(epelajar/bul/bil.28092010-25)


Temuduga Pinjaman Pelajaran YPJ [atas]

Sukacita dimaklumkan temuduga Pinjaman Pelajaran YPJ Sesi 2 Tahun 2010 akan diadakan bagi memilih calon-calon yang layak. Temuduga akan di adakan pada:

Tarikh : 6hb Oktober 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tghari
Tempat : Bilik Gerakan, JPPel

Sehubungan dengan itu pelajar yang terlibat hendaklah berpakaian kemas dan sijil-sijil Akademik perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.(senarai nama boleh disemak di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

(epelajar/bul/bil.28092010-24)


Jemputan untuk Pelajar Tahun 1 & Tahun 2 : Sime Darby Campus Engagement Programme-Skills Enhancement Programme [atas]

Adalah dimaklumkan Sime Darby Berhad menjemput pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk menyertai "Sime Darby Campus Engagement Programme 2010- Skills Enhancement Programme" yang akan diadakan pada :

Tarikh : 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 3 Menara SAAS, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

Bagi pelajar tahun 1 dan 2 yang berminat untuk menghadiri program ini, sila daftar segera dengan memberi maklumat seperti yang diperlukan (NAMA, NO. MATRIK, TAHUN PENGAJIAN, PROGRAM, FAKULTI, NO. H/PHONE) ke wahidah@ukm.my sebelum 29 September 2010. Pendaftaran terhad kepada 40 pelajar sahaja. Pengangkutan akan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat jadual yang diberikan atau hubungi Pejabat Hubungan Industri (Pn. Wahidah : 03-8921 4604)

(epelajar/bul/bil.27092010-23)


Program Kecemerlangan Pendidikan Bersama Pelajar Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Ambilan 2007/2008 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan satu Program Kecemerlangan Pendidikan bersama pelajar-pelajar Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama KPM bagi pelajar ambilan 2007/2008 pada:

Tarikh : 9hb Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Auditorium Siswa, Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Sehubungan dengan itu kehadiran pelajar adalah WAJIB. Pelajar yang terlibat dikehendaki berpakaian formal.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

(epelajar/bul/bil.27092010-22)


Laman Web Pasaran Pekerjaan Untuk Graduan Dan Pelajar [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.24092010-18)


Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Semester I Sesi 2010/2011 UKM Kampus Kuala Lumpur Dan PPUKM (Kelompok II Dan III) [atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2010/2011 (Kelompok ll dan lll) pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM, pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 29 dan 30 September 2010 (Rabu dan Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Ruang Legar, DKl, UKM Kampus Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

(epelajar/bul/bil.21092010-17)


Kursus Pra Perkahwinan II/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kursus Pra Perkahwinan II/2010 anjuran Pusat Islam UKM bersama Kolej Ibrahim Yaakub akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 - 26 September 2010
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat :DK.101 (Kompleks Tun Abdullah Mohamad Salleh)

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Pusat Islam sebelum 24 September 2010. Terbuka kepada warga UKM sahaja. Yuran penyertaan adalah:

Pelajar - RM40.00
Kakitangan - RM60.00

(epelajar/bul/bil.21092010-16)


Pesta Juadah Antarabangsa 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Umum (PPU) akan mengadakan Pesta Juadah Antarabangsa seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Lobi dan pekarangan PPU

Semua pelajar dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut sila klik brosur Muka Depan dan Muka Belakang

(epelajar/bul/bil.21092010-15)


Gangguan capaian WIFI UKMJARING Kolej Burhanuddin Helmi [atas]

Adalah dimaklumkan penggunaan wifi-Jaring di Blok 10H,10D,10K,10A,10G dan Blok 11B (Kolej Burhanuddin Helmi) tergendala buat sementara waktu bermula 20 September 2010 (Isnin) disebabkan masalah kabel fiber.
Sehubungan dengan itu, penyambungan semula perkhidmatan wifi Jaring di kolej tersebut akan dimulakan setelah kerja-kerja pemulihan selesai.

Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, Harap Maklum.

(epelajar/bul/bil.20092010-14)


Minggu Menderma Darah[atas]

Tarikh : 28 - 30 September 2010
Masa : 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Dataran 3F.201, FSSK
Tema : Titisan untuk Harapan Ajuran : Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88 B dan 88H Cabang UKM

Semua dijemput untuk menderma darah


(epelajar/bul/bil.20092010-13)


Penutupan Sistem Perpustakaan[atas]

Dimaklumkan bahawa Sistem Perpustakaan Bersepadu (Virtua dan GEMILANG) akan ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf mulai 20 September 2010 (Isnin) hingga 21 September 2010 (Selasa). Kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan akses kepada Katalog Awam Dalam Talian Perpustakaan (GEMILANG), Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan Bahan melalui mesin layan diri. Gangguan ini akan melibatkan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi dan semua Perpustakaan Cabang lain (termasuk Kampus Cheras dan Kuala Lumpur). Pihak Perpustakaan memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal dihadapi sepanjang kerja-kerja naik taraf tersebut.


(epelajar/bul/bil.20092010-12)


Perlanjutan Tempoh Pengesahan Permohonan Masuk Peperiksaan Dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010-2011[atas]

Dimaklumkan bahawa tempoh pengesahan permohonan masuk peperiksaan Semester I Sesi Akademik 2010-2011 dilanjutkan sehingga 22 September 2010. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pelajar prasiswazah untuk membuat pengesahan melalui http://www.ukm.my/smpweb.


(epelajar/bul/bil.17092010-11)


Program Perjumpaan Dan Dialog Di Antara Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Pelajar-Pelajar IPTA Di Bawah Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)[atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan sesi perjumpaan dan dialog bersama pelajar-pelajar dan kakitangan yang sedang melanjutkan pengajian di bawah tajaan KPT.Perjumpaan adalah bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit seperti tempoh penajaan, pembayaran yuran dan elaun serta sebarang pertanyaan berkenaan dengan penajaan pengajian. Maklumat perjumpaan adalah pada:

Tarikh : 28hb September 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran Pelajar)
Tempat : Bilik Senat, Tingkat 5, Bangunan Canselori

Program penajaan yang terlibat adalah seperti berikut:
  - Bantuan Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)
  - Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)
  - Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.14092010-10)


Munchy's Management Trainee Program 2010/2011[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.07092010-09)


Ujian Kemahiran Bahasa Korea[atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Kemahiran Bahasa Korea (Test of Proficiency in Korean: TOPIK) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 12 September 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK
Penaja : Ministry of Education, Korea , Embassy of the Republic of Korea in Malaysia
Penganjur: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK

Maklumat lanjut sila hubungi : Encik. Rou Seung Yoan @ Abd.Al-Rahim (Pensyarah Bahasa Korea ) 03-89216556


(epelajar/bul/bil.07092010-08)


eGenting Programming Competition 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.06092010-07)


Program Perjumpaan & Dialog Di Antara Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Pelajar-Pelajar IPTA Di Bawah Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) [atas]

DAdalah dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan sesi perjumpaan dan dialog bersama pelajar-pelajar dan kakitangan yang sedang melanjutkan pengajian di bawah tajaan KPT. Perjumpaan adalah bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit seperti tempoh penajaan, pembayaran yuran dan elaun serta sebarang pertanyaan berkenaan dengan penajaan pengajian. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2010
Masa : 8.30 pagi(Pendaftaran pelajar)
Tempat : Bilik Senat, Tingkat 5, Bangunan Canselori

Program penajaan yang terlibat adalah seperti berikut:
1)Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
2)Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
3)Bantuan Khas Tenaga Akademik IPTA (BKTA)
4)Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
5)Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)
6)Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (OKU) 7)Bajet Mini 2009
8)Skim Latihan dan Pembangunan Pentadbir IPTA (SLPP)
9)Program Matrikulasi


(epelajar/bul/bil.06092010-06)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.03092010-05)


Pertandingan Pembangunan Aplikasi Web Oss 36 Jam :"The Longest Oss Programming Event" [atas]

MAMPU akan menganjurkan Pertandingan Pembangunan Aplikasi Web OSS 36 jam sempena MYGOSSCON(Malaysian Goverment Open Source Software) 2010 .Pertandingan terbuka kepada seluruh kakitangan dan pelajar UKM yang berminat. Pertandingan ini telah didaftarkan dengan The Malaysia Book Of Records untuk mencatat rekod sebagai "The Longest OSS Programming Event". Pemenang dan finalis akan diberi sijil penyertaan dan hadiah wang tunai sehingga sebanyak RM10,000 yang akan disampaikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri semasa Persidangan MyGOSSCON 2010 pada 2 November 2010.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 6 September 2010.

Borang pertandingan boleh dimuat turun dari laman web di http://mygosscon.oscc.org.my/2010/36webdev.

Untuk maklumat lanjut , sila layari : http://mygosscon.oscc.org.my/


(epelajar/bul/bil.02092010-04)


Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Semester I Sesi 2010/2011 UKM Kampus Kuala Lumpur Dan PPUKM (Kelompok II Dan III) [atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 (Kelompok ll dan lll) pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM, pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 29 dan 30 September 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Tingkat l Blok E (TIBE) UKM KL

Sehubungan dengan itupelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.01092010-03)


Sepetang Deklamasi Puisi Ramadhan UKM 2010 [atas]

Bersempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak, sukacitanya Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM akan menganjurkan Sepetang Deklamasi Puisi Ramadhan UKM 2010 bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan ini yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 1 September 2010 (Rabu)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Anjung Seni,DECTAR UKM

Kepada masyarakat kampus yg berminat, dengan segala hormatnya dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.01092010-02)


Peluang terakhir memenangi 10 MP4 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup untuk mengisi soalselidik penyelidikan bertajuk "Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia" dilanjutkan sehingga 15 September 2010.

Sehubungan itu, semua pelajar UKM dijemput untuk mengisi borang soalselidik secara online di http://www.surveymonkey.com/s/YNS9H6N dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk MP4.


(epelajar/bul/bil.01092010-01)


Sime Darby Campus Engagement Programme [atas]

Adalah dimaklumkan Sime Darby Berhad akan mengadakan Sime Darby Campus Engagement Programme untuk membantu meluaskan lagi kebolehpasaran pelajar UKM dan menerangkan peluang kerjaya yang ditawarkan.

Program tersebut akan dijalankan pada:
Tarikh : 25 September 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, Pusanika, UKM
Bagi pelajar tahun akhir yang berminat dan memenuhi kriteria yang diberi, sila daftar segera dengan memberi maklumat seperti yang diperlukan ke wahidah@ukm.my sebelum 13 September 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat poster dan jadual yang diberikan atau hubungi Pejabat Hubungan Industri ( Pn. Wahidah ext : 4604)


(epelajar/bul/bil.26082010-39)


Pangkalan Data Percubaan - Environmental Impact [atas]

Environmental Impact merupakan pangkalan data mengenai perubahan iklim dan pengaruh / kerosakan manusia kepada persekitaran seperti pencemaran, penggundulan hutan, dan kehilangan habitat.

Maklumat lanjut, sila klik Pangkalan Data Percubaan


(epelajar/bul/bil.26082010-38)


Penajaan 30 orang pelajar oleh MyREN untuk Persidangan NETAPPS 2010 [atas]

Bersempena persidangan NETAPPS 2010 yang akan diadakan pada 22 - 23 September 2010 di Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Setar, Kedah Darul Aman, MYREN (Malaysian Research and Education Networks) akan menaja 30 pelajar universiti tempatan.

Kepada yang berminat , sila isi borang dan hantarkan ke secretariat@internetworks.my selewat-lewatnya 29 Ogos 2010. Penyertaan yang berjaya akan dimaklumkan pada 8 September 2010. Laman web rasmi : http://www.internetworks.my/netapps2010/index.htm.

Sila klik untuk borang.


(epelajar/bul/bil.25082010-37)


Majlis Sambutan Ambang Merdeka UKM - KARISMA JASA 2010 [atas]

Program : Majlis Sambutan Ambang Merdeka UKM - KARISMA JASA 2010
Tarikh : 30 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 9.30 malam
Tempat : DECTAR UKM

Semua dijemput hadir.

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.25082010-36)


Kursus Pra Perkahwinan II/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Kursus Pra Perkahwinan II/2010 anjuran Pusat Islam UKM bersama Kolej Ibrahim Yaakub akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25-26 September 2010
Masa : 8.00pagi - 5.00petang
Tempat : DK43.101 (Kompleks Tun Abdullah Mohamad Salleh)

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Pusat Islam sebelum 24 September 2010. Terbuka kepada warga UKM sahaja. Yuran penyertaan adalah:
Pelajar - RM40.00
Kakitangan - RM60.00


(epelajar/bul/bil.23082010-35)


Pertandingan mYprize anjuran YTL Communications [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan anjuran YTL Communications ini sedang berlangsung bagi mencari idea, aplikasi dan peralatan terbaik yang mengetengahkan manfaat rangkaian 4G YTL Communications.

Pertandingan ini terbuka kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas dan terbahagi kepada 3 kategori:

1. Idea - idea berdasarkan penggunaan inovatif rangkaian 4G YTL.
2. Aplikasi (Application) - penghasilan aplikasi perisian berdasarkan penggunaan inovatif rangkaian 4G YTL.
3. Peralatan (Device) - penghasilan peralatan (hardware) berdasarkan penggunaan inovatif rangkaian 4G YTL.
Hadiah keseluruhan adalah berjumlah USD1,000,000. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 September 2010.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.myprize.my.


(epelajar/bul/bil.23082010-33)


Gangguan Capaian WIFI UKMJARING di Kolej Keris Mas, Kolej Ibu Zain dan Kolej Rahim Kajai [atas]

Adalah dimaklumkan penggunaan wifi-Jaring di Kolej Keris Mas, Kolej Ibu Zain dan Kolej Rahim Kajai tergendala buat sementara waktu kerana terdapat masalah teknikal. Penyambungan semula perkhidmatan wifi Jaring di kolej tersebut akan dimulakan setelah kerja-kerja pemulihan selesai.


(epelajar/bul/bil.19082010-32)


Gangguan Capaian Rangkaian UKM [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Capaian Rangkaian UKM akan tergendala bermula pada 19 Ogos 2010 (Khamis) 2.00 petang hingga 5.00 petang disebabkan penyelenggaraan naiktaraf talian internet oleh ISP TELEKOM(M).Sehubungan dengan itu, capaian internet ke luar dan dalam UKM akan tergendala sehingga kerja-kerja tersebut selesai.Sekiranya terdapat masalah capaian rangkaian selepas tempoh tersebut, harap dapat maklumkan atau hubungi kami Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian 6134/6137.


(epelajar/bul/bil.19082010-32)


i-SELL (Interactive Strategies for Successful English Language Learning) [atas]

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Tim. Pengarah (e-Pembelajaran), PPA telah membangunkan program belajar-cara-belajar bahasa Inggeris secara online untuk penuntut IPT Malaysia. Program tersebut yang dikenali sebagai i-SELL (Interactive Strategies for Successful English Language Learning) boleh diakses secara percuma di http://www.i-sell.com.my

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Dep. Director (e-Learning), PPA has developed an online learning-to-learn English for IHL students in Malaysia. The program known as i-SELL (Interactive Strategies for Successful English Language Learning) can be access for free at http://www.i-sell.com.my


(epelajar/bul/bil.19082010-27)


OSK Challenge [atas]

Semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dijemput hadir ke The OSK Investment Challenge Workshop yang akan diadakan pada:

Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.18082010-26)


Kempen Libresse 'Find Your Perfect Fit' [atas]

‘Libresse’ sedang membantu wanita muda untuk mencari ‘perfect fit’, atau dikenali juga sebagai padanan sempurna dalam hidup Dan kerjaya mereka. Carian padanan sempurna meliputi permainan mental yang menyeronokkan, yang akan tiba di kampus anda dalam ‘Tour Truck platform’.

Kepada pelajar Dan staff wanita yang berminat untuk mendapat penjelasan lebih lanjut Dan "gift pack" dari ‘Libresse’ sila hadir ke :

Tarikh : 18-19 Ogos 2010
Masa : 10.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta di hadapan FEP (berhampiran Taman Paku-Pakis)

Faedah :

1)Percuma ‘Promotional Gift Pack’- untuk semua pelajar dan juga staf.
2)Percuma penanda buku personaliti- penanda buku ini akan diberikan secara percuma berdasarkan skor dalam permainan ‘Career Personality’
3)Percuma muat turun nada dering berdasarkan lagu terbaru Yuna untuk Libresse.

Tiada yuran dikenakan untuk menyertai kempen ini. Sila datang beramai-ramai


(epelajar/bul/bil.18082010-25)


Majlis Bersahur Bersama Rakyat [atas]

Tarikh: 19 Ogos 2010 (Khamis) / bersamaan 9 Ramadhan 1431H
Masa: Sila rujuk atur cara di bawah
Tempat: Masjid UKM, Bangi

Atur Cara:
18 Ogos 2010
7.26 malam - Berbuka Puasa
7.50 malam - Solat Maghrib
9.00 malam - Solat Isya
Solat Terawih
10.00 malam- Jamuan
10.20 malam- Pendaftran dan Taklimat Peserta/Pelajar
10.50 malam- Tadarus Al-Quran
11.15 malam- Rehat

19 Ogos 2010
3.30 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan
4.00 pagi - Ketibaan Pemimpin
4.15 pagi - Majlis Qiamullail
Solat Sunat Tahajjud
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
Tazkirah
5.10 pagi - Majlis Bersahur
5.53 pagi - Solat Subuh
6.20 pagi - Bersurai

Keterangan lanjut sila hubungi Tel: 03-8921 5540/5085.


(epelajar/bul/bil.17082010-24)


Permohonan Zakat Yang Telah Diluluskan Dari Tempoh 22 Mac 2010 1 Sehingga 31 Mei 2010 (Latihan Industri) [atas]

Berikut adalah senarai penerima bantuan zakat latihan industri dari tarikh 1 sehingga 31 Mei 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i) Sila buka Lampiran yang disediakan
ii) Tekan butang "CTRL + F"
iii) Masukkan Nombor Kad Matrik
iv) Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM


(epelajar/bul/bil.17082010-23)


Permohonan Zakat Yang Telah Diluluskan Dari Tempoh 1 Sehingga 30 April 2010 (Permohonan Sem 3 2009/2010) [atas]

Berikut adalah senarai penerima bantuan zakat Semester 3 2009/2010 dari tarikh 1 sehingga 30 April 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i) Sila buka Lampiran yang disediakan
ii) Tekan butang "CTRL + F"
iii) Masukkan Nombor Kad Matrik
iv) Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM


(epelajar/bul/bil.17082010-22)


Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Semester I Sesi 2010/2011 UKM Kampus Bangi (Kelompok Ke II Dan Ke III) [atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2010/2011 (Kelompok Ke ll) pelajar UKM Kampus Bangi, pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 20,21 dan 22 Ogos 2010 (Jumaat,Sabtu ,Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel, Bangunan Pusanika,UKM, Bangi

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.17082010-21)


Application To Sit For Examination And The Draft of The Examination Timetable For Semester I of The 2010-2011 Academic Session [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.17082010-20)


Permohonan Masuk Peperiksaan dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester 1 Sesi Akademik 2010/2011 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.13082010-19)


Ketidakboleh Capaian Rangkaian di FUU,FKAB,FST dan FTSM [atas]

Adalah dimaklumkan terdapat gangguan capaian rangkaian yang disebabkan pemasangan dan pengujian "Surge Protection" untuk Sistem Keselamatan Bersepadu oleh pihak JPP di suis-suis utama UKM. Kerja-kerja pemasangan ini akan dilakukan pada :

Tarikh: 14 Ogos 2010 (Sabtu) hingga 15 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi sehingga 5.00 petang

Suis-suis utama berikut tidak akan beroperasi di sepanjang kerja-kerja pemasangan tersebut.Antara lokasi suis utama yang terlibat ialah:

1 - Fakulti Undang-Undang (FUU)
2 - Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB)
3 - Fakulti Sains Teknologi (FST)
4 - Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM)

Sebarang perubahan atau makluman akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami.


(epelajar/bul/bil.13082010-18)


Pangkalan Data Percubaan PTSL [atas]

Perpustakaan menyediakan akses percubaan kepada beberapa pangkalan data seperti;

1. Universe Digital Library-Thesis
2. XPL Publishing
3. Sellier
4. ICE Virtual Library Percubaan sehingga akhir Ogos 2010.

Maklumat lanjut, sila klik Pangkalan Data Percubaan


(epelajar/bul/bil.12082010-16)


Pengumuman Unit Kebajikan Pelajar [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.10082010-15)


Makluman Kursus Berkredit Kokurikulum, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM [atas]

Berikut adalah jadual aktiviti yang telah dirancang pada tarikh 14 Ogos 2010 (Bangi) dan 21 Ogos 2010 (Kampus KL dan Ceras).

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.10082010-14)


Program Pemantapan Kendiri Bagi Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan program Pemantapan Kendiri bagi pelajar tajaan JPA pada:

Tarikh : 13hb Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel, Bangunan Pusanika,UKM, Bangi

Pelajar-pelajar yang tersenarai nama dikehendaki mengambil UJIAN KHAS BIASISWA PERSEKUTUAN (UKBP) secara online melalui url www.interactive.jpa.gov.my/ukbp. Ujian hendaklah dibuat sendiri oleh para pelajar pada bila-bila masa mulai 9 Ogos 2010 sehingga 12 Ogos 2010.

Pelajar yang tersenarai nama di bawah di WAJIBKAN HADIR. Kedatangan pelajar akan di catat.(senarai nama boleh disemak di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-83164424 (Nurul Huda)03-83164435 (Nor Hazani)03-89215316 dan 03-88853380 (En.Fharzuq Hasan) Pegawai JPA atau Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.10082010-13)


Makluman Bayaran Yuran Pelajar Tajaan MARA Semester 1 Sesi 2010/2011 [atas]

Sukacita bersama-sama ini dilampirkan surat dari Ibu Pejabat MARA berkenaan dengan pembayaran yuran pelajar tajaan bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 yang jelas maksudnya. Pihak MARA juga telah mengedarkan surat kepada setiap pelajar tajaannya melalui pejabat Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari untuk diserahkan kepada para pelajar. Sehubungan dengan itu para pelajar diminta untuk ke pejabat ini untuk mengambil sendiri surat yang telah dikeluarkan oleh MARA dengan kadar segera.

Sila klik lampiran untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.10082010-12)


Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Peringkat UKM 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah sesi pembentangan oleh New Straits Times kepada pelajar-pelajar UKM yang meminati bidang penulisan akan diadakan sepertimana berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2010(Isnin)
Masa : 4.00 hingga 5.00 petang
Tempat : 3F-301, FSSK

Kepada pelajar-pelajar yang meminati bidang penulisan dan juga bagi yang ingin meningkatkan kemahiran menulis di dalam Bahasa Inggeris, semua adalah dijemput hadir ke sesi tersebut.


(epelajar/bul/bil.06082010-11)


Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Peringkat UKM 2010 [atas]

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat UKM yang dipengerusikan oleh YBhg.Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) telah bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut di atas sempena Majlis Penutup Pesta Konvokesyen Ke-38 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dataran Gemilang UKM

Bersama-sama ini dilampirkan atur cara majlis untuk makluman dan perhatian


(epelajar/bul/bil.06082010-10)


Peluang memenangi 10 MP4 hanya dengan mengisi soalselidik kajian e-pembelajaran [atas]

Sukacita dimaklumkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) yang diketuai oleh Prof.Dr. Mohamed Amin Embi sedang menjalankan penyelidikan bertajuk "Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia".Sehubungan itu, semua pelajar UKM dijemput untuk mengisi borang soalselidik secara online di http://www.surveymonkey.com/s/YNS9H6N sebelum 30 Ogos 2010 dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk MP4.

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.06082010-09)


Iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Kedua Tahun 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) akan membuka permohonan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor bagi Sesi Kedua Tahun 2010 mulai 2 Ogos 2010 (Isnin).

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian;

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma di IPTA/IPTS -Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan

Cara memohon:
Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi di Kaunter:

Bahagian Pengurusan Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 1 Oktober 2010 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.05082010-08)


Tatacara Pengambilan Skrol di Atas Pentas [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.05082010-07)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.04082010-06)


Program Kebudayaan Sempena Pesta Konvokesyen UKM Ke-38 [atas]

Dimaklumkan bahawa Sekretariat Pesta Konvokesyen dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Urusetia Artisukma akan menganjurkan Program Kebudayaan Sempena Pesta Konvokesyen UKM ke-38 bertempat di Tapak Pesta (Dataran Gemilang). Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut di lampiran:-

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.04082010-05)


Flute Night [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.04082010-04)


Malaysian Goverment Open Source Software (MYGOSSCON) 2010 [atas]

Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU) akan menganjurkan Malaysian Government Open Source Software Conference(MyGOSSCON 2010) pada 2 - 3 November 2010 di Putrajaya International Convention Centre(PICC). Persidangan tersebut akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin , Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1) PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI WEB OSS 36 JAM

OSCC MAMPU akan menganjurkan Pertandingan Pembangunan Aplikasi Web OSS 36 jam sempena MYGOSSCON(Malaysian Goverment Open Source Software) 2010 . Pertandingan terbuka kepada seluruh kakitangan dan pelajar UKM yang berminat. Hadiah menarik menanti anda . Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 September 2010.
Sila klik syarat-syarat pertandingan dan borang pendaftaran.

2) SUKARELAWAN SEMPENA MYGOSSCON 2010

Penyertaan seluruh kakitangan dan pelajar UKM amat dialu-alukan.
Sila klik borang pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut , sila layari : http://mygosscon.oscc.org.my/


(epelajar/bul/bil.04082010-03)


Penyerahan Buku Pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia Bagi Pelajar Tahun 2 2010/2011 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan senarai nama pelajar untuk mengambil Buku Pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia tersebut pada:

Tarikh : 9 dan 10 Ogos 2010
Tempat : Bilik Gerakan HEP, Bangunan Pusanika
Masa : 8.30 pagi

Sehubungan dengan itu pelajar yang masih belum mengambil Buku Pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia sila semak nama (bagi pelajar yang telah isi borang AS1M) dan maklumkan No. Rujukan dan page semasa mengambil Buku Pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia. Bagi pelajar yang tidak mengisi borang, sila mengisi borang dan serta 1 salinan kad pengenalan.

Sebarang pertanyaan sila datang ke Unit Kebajikan Pelajar, JPPel


(epelajar/bul/bil.04082010-02)


Perjumpaan Atlet Baru UKM [atas]

Satu perjumpaan atlet tahun satu yang pernah mewakili negeri dan kebangsaan atau mana-mana atlet yang telah menerima SMS daripada Pusat Sukan UKM akan diadakan pada :-

Tarikh : 4 Ogos 2010 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Senat, Tingkat 5 Bangunan Canselori
Masa : 5.00 Petang

Kerjasama anda untuk menghadiri perjumpaan ini amatlah dihargai dan sebarang pertanyaan boleh menhubungi 03- 89214839/4454/0136249464.


(epelajar/bul/bil.29072010-55)


Malware Analysis Talk by F-Secure & Half day Lab Session with F-Secure [atas]

Activity 1: Malware Analysis Talk by F-Secure
Venue: Dewan Persembahan Multimedia, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Date: 5th August 2010 (Thursday)
Time: 9.00 am -10.00 am.
Speaker: Mr. Jose Cequena
All UKM students are invited.

Activity 2: Half day Lab Session with F-Secure
Place: Lab 4, Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Date: 5th August 2010 (Thursday)
Time: 10.00 am-01.00pm.
Demonstrator: Mr. Chia Wing Fei
Participants: Limited to 35 seats only (Computer science students are encouraged to attend) *Please contact Dr. Zarina Shukur (zs@ftsm.ukm.my) for booking a seat.

ABSTRACT FOR LAB SESSION F-Secure will share about the state of today's threat landscape, how the underground economy works and how infected the internet is today. Next, they will introduce what is reverse code engineering, why we do it and the legal aspects of it. This will include several examples which F-Secure will use to give a short tutorial on how reverse code engineering is being done with. Participants will get their chance to get their hands dirty working with the tools we use reversing the non-malicious samples which we provide.


(epelajar/bul/bil.29072010-54)


Borang Tempahan Penginapan Cenderamata Graduan [atas]

Borang tempahan penginapan dan borang tempahan cenderamata graduan kini boleh dimuat turun.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi, Tasneem Ahmad Sallehan (019-4131037).


(epelajar/bul/bil.29072010-53)


UGRAD-Scope International [atas]

UGRAD-Scope International adalah program berbentuk latihan di mana para peserta akan menjalani kuliah selama 14 minggu Dan on-the-job training. Sepanjang tempoh tersebut para peserta akan ditempatkan di bahagian-bahagian pemasaran di dalam Scope International. Setelah selesai menjalani tempoh latihan, para peserta akan dinilai oleh Scope International dan akan berpeluang untuk diserap bekerja secara tetap (70%) di Scope International atau lain-lain syarikat yang bernaung di bawah Standard Chartered.

Untuk maklumat lanjut dan cara permohonan sila lihat brosur. Terima kasih.


(epelajar/bul/bil.29072010-52)


IMREC Employability Programme [atas]

Iskandar Malaysia UTM Research Center (IMREC) in collaboration with Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has come up with a program called IMREC Employability Program. This programme is to equip graduates with the skills and experiences needed to enhance their employment opportunities. Participants will develop skills based on modules designed by UTM expertise. You will be given opportunities to work with renowned government-linked companies and private corporations. There is currently one intake available August 2010.

You are invited to attend a screening assessment day. Details are as follow.

Johor Bahru
Date : 26 July 2010 to 30 July 2010 Time : 10:00 AM - 4.00 PM Venue : Iskandar Malaysia UTM Research Centre (IMREC) Block 6-35, Danga Bay Jln Skudai, 80200 Johor Bahru

Kuala Lumpur
Date : 30 July 2010 Time : 10:00 AM - 12.00 PM Venue : Pejabat Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Level 9, Menara PERKESO 281, Jalan Ampang Kuala Lumpur

Click poster and Invitation for further info. Thank you.


(epelajar/bul/bil.27072010-51)


Sunway Managerial Advancement for Recruited Talents(SMART) [atas]

The SMART Programme is a structured 2-year Development Programme designed by Sunway. The programme will develop a balance of functional excellence and skills to enable you to effectively lead the Sunway Group in the future. If you are :-

* Below 25 years of age
* Has excellent academic qualifications
* Demonstrated active involvement and leadership quality in extra-curricular activities

Then you are eligible to apply. Browse the poster and the handout to find out more about the programme.


(epelajar/bul/bil.27072010-50)


Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan banci penduduk di kolej-kolej kediaman UKM mulai 27 Julai 2010 hingga 5 Ogos 2010. Semua pelajar dan penghuni kolej kediaman diminta memberikan kerjasama semasa bancian dijalankan.

Maklumat lanjut sila hubungi Unit Perumahan Pelajar di talian 89213092/semua pejabat pengurusan kolej.


(epelajar/bul/bil.23072010-49)


Malam Mesra AIESEC [atas]

"Dimaklumkan bahawa Persatuan AIESEC akan menganjurkan satu Malam Mesra AIESEC (AIESEC Night) pada butiran berikut:

Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu) Masa : 7.30pm-10.00pm Tempat : DKG 111F, FST Malam mesra AIESEC ini merupakan program besar yang pertama dianjurkan oleh Persatuan AIESEC dalam sesi 2010/2011. Tujuan program ini adalah untuk memberikan dedahan yang lebih lanjut tentang AIESEC kepada pelajar-pelajar UKM. Di samping dengan serba sedikit pengenalan AIESEC, Alumni serta pihak AIESEC Malaysia turut akan berkongsi pengalaman dengan hadirin sekalian.

Bagi mereka yang berminat tentang AIESEC, bolehlah melayari www.aiesec.my untuk maklumat yang selanjutnya.Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Malam Mesra AIESEC, sila emel kepada info.ukm@aiesec.my.


(epelajar/bul/bil.23072010-48)


Gangguan Capaian Rangkaian UKM [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Capaian Rangkaian UKM akan tergendala bermula pada 24 Julai 2010 (Sabtu) 6.00 petang hingga 26 Julai 2010 (Isnin) 8.00 pagi disebabkan gangguan bekalan elektrik keseluruhan kampus UKM Bangi oleh pihak JPP.Sehubungan dengan itu, capaian internet ke luar dan dalam UKM akan tergendala sehingga bekalan elektrik pulih seperti sediakala.Sekiranya terdapat masalah capaian rangkaian selepas tempoh tersebut, harap dapat maklumkan atau hubungi kami Bahagian Pengurusan Rangkaian di talian 6134/6137.


(epelajar/bul/bil.23072010-47)


Publishing Journal Articles... An Insider Speaks. Come Find Out The Secrets To Getting Your Papers Published From An Insider [atas]

Perpustakaan UKM dengan kerjasama The Royal Society of Chemistry Publishing akan mengadakan bengkel :

Tajuk : Publishing Journal Articles... An Insider Speaks. Come Find Out The Secrets To Getting Your Papers Published From An Insider
Tarikh: 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 hingga 4.00 petang
Tempat : siber@ptsl, Aras 4 Perpustakaan Tun Seri Lanang

Sila klik untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


(epelajar/bul/bil.23072010-46)


Penutupan Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 25 Julai 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada 25 Julai 2010 (Ahad) kerana bekalan elektrik di kampus UKM Bangi terganggu. Mohon maaf atas segala kesulitan.


(epelajar/bul/bil.22072010-45)


Tabung Kebajikan Pelajar [atas]

Untuk makluman pelajar-pelajar kampus ukm bangi, ukm kuala lumpur dan ppukm bahawa penggunaan borang tabung kebajikan pelajar, jppel yang kuatkuasa pada 01 januari 2009 tidak boleh digunapakai lagi.sehubungan dengan itu, penggunaan borang permohonan tabung kebajikan pelajar (tkp) yang berkuatkuasa pada 01 februari 2010 adalah digunapakai mulai 20 julai 2010 boleh didapati di pejabat am, unit kebajikan pelajar, jppel atau di kolej-kolej atau di fakulti-fakulti masing-masing.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi talian tel: 03-89214367/03-89214368/03-89213573 fax: 03-89214451


(epelajar/bul/bil.22072010-44)


International Students Festival 2010 [atas]

Program: International Students Festival 2010
Anjuran: Pusat Pengajian Siswazah, UKM
Tempat: Dewan Dataran Gemilang, UKM
Tarikh: 27 dan 28 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi - 3.30 ptg (bagi kedua-dua hari)

Acara:
Selasa, 27 Julai 2010
1- Upacara perasmian
2- Pameran Antarabangsa (10 buah negara terlibat)
3- Festival Makanan Antarabangsa (10 buah negara terlibat)
Masuk: percuma, terbuka kepada semua pelajar dan warga UKM

Rabu, 28 Julai 2010
Sukan: Futsal (antara pelajar postgrades sahaja)

Sila klik untuk melihat poster.


(epelajar/bul/bil.22072010-43)


Group Hospital And Surgical Insurance’s Briefing For International Students [atas]

Click for more information..


(epelajar/bul/bil.22072010-42)


Yuran Penginapan Pelajar Tajaan KPT Bajet Mini 2009 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Lampiran 1
Lampiran 2


(epelajar/bul/bil.22072010-41)


Tempahan Pakej Bingkai Graduan Konvokesyen 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.20072010-40)


Sukan Sakan D’Konvo Pesta Konvokesyen Ke-38 UKM [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk turut serta dalam Sukan Sakan D’Konvo anjuran sekretariat Sukan dan Rekreasi Pesta Konvokesyen ke-38 dengan kerjasama sekretariat Teknikal,sekretariat Tugas-tugas khas dan Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh :24 - 25 Julai 2010 ( Sabtu & Ahad)
Masa :8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat :Padang dan Kompleks Sukan Universiti Kebangsaaan Malaysia

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.20072010-39)


MALAYSIA BOOK OF RECORD (MBR)-"First Live Internet Broadcast of Longest Non-Stop Cooking Event" Anjuran Anjuran Sekretariat Pesta Konvokesyen KE-38 UKM [atas]

Program memasak 24 jam tanpa henti ini mengalu-alukan penyertaan daripada masyarakat amnya, dan mahasiswa khususnya. Layari laman sesawang www.trymasak.my/mbr/ untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan. Atau hubungi Siti Norazila Ramli (Eksekutif program) di 03-89213490/3240(Tel), 03-89213240(Fax), 019-4526898(H/P).

Kami mengalu-alukan kehadiran mahasiswa UKM bagi memeriahkan lagi program MALAYSIA BOO OF RECORD (MBR)-24 jam memasak tanpa henti anjuran sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 dengan kerjasama Geoflex Sdn Bhd pada;

Tarikh :07 - 08 OGOS 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa :10.00 pagi (Sabtu) - 10.30 pagi (Ahad)
Tempat :Anjung Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.20072010-38)


Festival Gamelan Malaysia UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dengan kerjasama Urusetia Artisukma akan menganjurkan Festival Gamelan Malaysia UKM 2010 pada butiran seperti berikut:-

Tarikh :31 Julai 2010(Sabtu)
Masa :8.30 Malam
Tempat :Panggung Seni, UKM

Festival kali ini akan memperlihatkan persembahan-persembahan menarik daripada kumpulan-kumpulan gamelan dalam 2 segmen iaitu lagu dasar dan lagu kreatif/kontemporari.

Semua warga UKM dijemput hadir. Masuk adalah percuma!


(epelajar/bul/bil.20072010-37)


Pertukaran Treksuit Pelajar Tahun 1 Sesi 2010/2011 [atas]

Kepada pelajar yang telah menerima pakaian sukan (treksuit) semasa pendaftaran pelajar baru 4 Julai 2010 yang lalu, sekiranya saiz yang diterima tidak sesuai, saudara/i boleh hadir dan mengisi borang pertukaran saiz di Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Perkhidmatan Pelajar pada 20 - 21 Julai 2010 bertempat di Bangunan Pusanika. Borang pertukaran boleh didapati di Kaunter Pusat Sukan dan mengembalikannya di kaunter yang sama.

Sila klik untuk borang pertukaran


(epelajar/bul/bil.20072010-36)


Penyerahan Buku Akaun Amanah Saham 1 Malaysia Kepada Pelajar Tahun 1 Sesi 2009/2010 Bagi Kampus UKM Bangi, UKMKL Dan PPUKM [atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar Tahun 1 Sesi 2009/2010 yang telah membuka Akaun Amanah Saham 1 Malaysia (ASIM) diminta datang pada:

UKM Kampus Bangi
Tarikh: 26 dan 27 Julai 2010 (Isnin dan Selasa)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Bilik Temuduga,Unit Kebajikan Pelajar, JPPel,Pusanika, UKM.

UKM Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM
Tarikh: 4 dan 5 Ogos 2010 (Rabu dan Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE), UKMKL

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.20072010-35)


Kajian Pengesanan Graduan UKM 2010 [atas]

Perhatian kepada semua graduan yang akan berkonvokesyen pada tahun 2010, anda diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2010 (KPG) secara on-line melalui laman web http://graduat.mohe.gov.my selewat-lewatnya pada 30 Julai 2010. Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah. Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumniukm. Sebarang pertanyaan berkaitan KPG dan SMA, saudara/i boleh menghubungi Pejabat Perhubungan Alumni, UKM (En. Mohd Fauzi : 03-8921 4699 dan Pn. Norliza :03-8921 4702).


(epelajar/bul/bil.19072010-34)


Program Kami Prihatin [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Kami Prihatin akan diadakan.Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.19072010-33)


Information on International Students Association [atas]

Dimaklumkan bahawa Sesi Temuduga Peserta Persembahan Pentas Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-31 akan diadakan seperti berikut:

Sila klik url nya: http://pkukmweb.ukm.my/~pps/pps/International%20Graduate%20Students%20Portal.htm

Tujuan ia dihebahkan supaya pelajar antarabangsa undergraduate & postgraduate tahu yang mereka ada persatuan pelajar untuk disertai mengikut negara.


(epelajar/bul/bil.19072010-32)


Sesi Temuduga Peserta Persembahan Pentas Pesta Tanglung UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Sesi Temuduga Peserta Persembahan Pentas Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-31 akan diadakan seperti berikut:

1.Teater Sharing & Sesi Temuduga Penari
Tarikh : 26hb JULAI 2010
Masa : 6.30pm
Tempat : Dataran Dewan Kuliah 3B-301, FSSK

2.Sesi Temuduga Pelakon
Tarikh : 2hb OGOS 2010
Masa : 7.00pm
Tempat : Dataran Dewan Kuliah 3B-301, FSSK

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ng Swee Fern 017-6601197


(epelajar/bul/bil.19072010-31)


Seminar Peningkatan Kebolehpasaran Melalui Aktiviti Keterlibatan Masyarakat Dan Industri 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Industri - HEJIM dengan kerjasama persatuan AIESEC akan menganjurkan program tersebut seperti berikut:

Program :
Seminar Peningkatan Kebolehpasaran Melalui Aktiviti Keterlibatan Masyarakat Dan Industri 2010

Tarikh : 20 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Senat, Canselori
Perasmi : Encik Hj. Ahmad Zakie b. Hj. Ahmad Sharif
              CEO FA Securities Sdn Bhd


(epelajar/bul/bil.19072010-30)


Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Semester 1 sesi 2010/2011 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar UKM yang mengikuti Semester 1 sesi 2010/2011 boleh memohon bantuan zakat dari Tabung Amanah Zakat UKM dari 4 Julai 2010 sehingga 25 Oktober 2010.

Sila klik lampiran untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.19072010-29)


Bicara IT Sempena Hari Bersama Pelanggan PTM [atas]

PTM menyediakan 2 slot Bicara IT sempena Hari Bersama Pelanggan. Bicara IT akan dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama Blok A, Kampus Kuala Lumpur.

Maklumat berkenaan bicara IT tersebut seperti berikut :

IT Talk I

Nama Syarikat: CELCOM Mobile Sdn. Bhd.
Tajuk IT Talk: Email on Mobile
Masa: 20 Julai 2010 (10.30 am – 11.30 am)
Sinopsis: "Apakah yang dimaksudkan dengan email on mobile. Perbezaan BlackBerry and email mobile yang lain. Perbezaan BlackBerry BIS/BES. Focus kepada peralatan BlackBerry, ciri-ciri dan kelebihan blackberry berbanding dengan smartphone yang lain."

IT Talk II

Nama Syarikat: Microsoft Malaysia
Tajuk IT Talk: Windows 7
Masa: 20 Julai 2010 (11.30 am – 12.30 pm)
Sinopsis: " Kelebihan dan ciri-ciri Windows 7 "

Pendaftaran terbuka kepada semua warga UKM di http://www.ukm.my/ittalk.


(epelajar/bul/bil.16072010-28)


Pangkalan Data Percubaan PTSL - Springer Materials dan IET Inspec Direct [atas]

Pangkalan Data Percubaan PTSL - Springer Materials dan IET Inspec Direct Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses *Springer Materials* - sumber untuk mendapatkan data fizik dan kimia dan *IET Inspec Direct - *pangkalan data bibliografi dalam bidang kejuruteraan dan sains.

Percubaan Tamat : 31Ogos 2010


(epelajar/bul/bil.16072010-27)


Jadual Pertemuan/Taklimat/Kuliah kursus Berkredit Kokurikulum,Pusat Perkembangan Pelajar [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.16072010-26)


Taklimat Kursus Kokurikulum Berkredit, PPP [atas]

Dimaklumkan bahawa satu sesi taklimat untuk pelajar-pelajar Thn. 2 yang tinggal di luar Kolej Kediaman dan telah mendaftar kursus HHHE2011 set 30, 31, 32, 33, 34 akan diadakan seperti maklumat berikut;

Tarikh: 17 Julai 2010 (Sabtu)
Masa:i)9 pagi hingga 10 pagi > Set 30, 31
        ii)10 pagi hingga 11 pagi > Set 32, 33 dan 34
Tempat: Auditorium Siswa, Bgn. Pusanika
Taklimat Oleh: Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa Pengarah,Pusat Perkembangan Pelajar, UKM

Kehadiran adalah wajib.


(epelajar/bul/bil.15072010-25)


International Inter-Varsity Cricket Invitational [atas]

Kejohanan Kriket Undangan Universiti Antarabangsa 2010 Anjuran : Pusat Sukan, UKM dengan Kerjasama Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Tarikh: 29 Julai Hingga 5 Ogos 2010

Tempat: UKM Oval, Bayuemas Oval, Kinrara Oval Format

Permainan: 50 Oval

Penyertaan
1)Universiti Kebangsaan Malaysia
2)National University Of Singapore
3)University Of Colombo, Sri Lanka
4)The University Of Western, Australia
5)Christ University, India

Semua warga UKM dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan ini


(epelajar/bul/bil.14072010-24)


Makluman Para Graduan 2010 [atas]

Semua para graduan perlu melakukan Kajian Pengesanan Graduan melalui sistem yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/) . Pihak Universiti melalui Pusat Teknologi Maklumat akan menyalurkan data para graduan tahun 2010 kepada pihak kementerian.

Walaubagaimnapun masih terdapat rekod pelajar yang belum lagi dihantar kerana pelajar-pelajar tersebut baru mendapat status Konvo / Tamat Pengajian. Proses ini akan dilakukan dalam masa terdekat memandangkan proses kemaskini rekod tersebut sedang dilakukan.

Sekiranya anda memasuki Sistem Pengesanan Graduan dan mesej menunjukkan ‘Rekod anda tidak wujud’ , maka anda boleh mencuba semula selepas 27 Julai 2010.


(epelajar/bul/bil.14072010-23)


Ceramah Kerjaya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.13072010-22)


Makluman Bahagian Keselamatan [atas]

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar baru Sem 1 Sesi 20102011, pengambilan kad matrik akan diadakan;

Tarikh: 14 & 15 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Aras 4, Bangunan Pusanika


(epelajar/bul/bil.13072010-21)


Makluman Pusat Kembangan Pendidikan [atas]

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENDUDUKI UJIAN MUET PERTENGAHAN TAHUN 2010, SILA DAPATKAN SLIP KEPUTUSAN ANDA DI PUSAT KEMBANGAN PENDIDIKAN, BANGUNAN WAWASAN UKM.


(epelajar/bul/bil.13072010-20)


Pertandingan Deklamasi Puisi Anti-Rasuah UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Sekretariat Pencegahan Rasuah UKM dengan kerjasama Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Puisi Anti-Rasuah UKM 2010 pada butiran seperti berikut:-

Tarikh: 27 Julai 2010(Selasa)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni

Program yang julung kali diadakan ini akan memperlihatkan persaingan antara pemuisi-pemuisi muda dari kolej-kolej kediaman UKM dalam menonjolkan bakat bagi merebut hadiah utama yang disediakan selain menjadi medan mendidik mahasiswa mengenai integriti dan anti-rasuah. Segala keterangan lanjut boleh menghubungi penyelaras program, Puan Noor Faliza Hanim Binti Roslan di talian 017-2366521@89214739.

Semua warga UKM dijemput hadir.Masuk adalah percuma!


(epelajar/bul/bil.13072010-19)


Perpindahan Unit Zakat Ke One Stop Centre Bangunan Pusanika UKM [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa perpindahan operasi dan pejabat Unit Zakat UKM dari Aras 4 Kolej Keris Mas ke One Stop Centre Bangunan Pusanika UKM beroperasi dari 8 Julai 2010.


(epelajar/bul/bil.12072010-18)


Senarai Pelajar Yang dihentikan Bayaran PTPTN Sem 1 2010/2011 [atas]

Sila lihat senarai nama pelajar yang dikenakan penahanan bayaran oleh PTPTN bagi Semester 1 2010/2011. Pelajar-pelajar ini diminta untuk membuat pembayaran yuran sendiri ke Jabatan Bendahari melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan. Kelewatan pembayaran yuran akan menyebabkan pelajar tidak dibenarkan membuat pendaftaran semester dan keputusan peperiksaan akan ditahan.

Sila klik untuk senarai pelajar.


(epelajar/bul/bil.12072010-17)


Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan Ptptn Bagi Semester I Sesi 2010/2011 UKM Kampus Kuala Lumpur & PPUKM (Kelompok I)[atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2010/2011 (Kelompok l) pelajar UKM Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM , pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 28, dan 29 Julai 2010 (Rabu dan Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE) UKM Kuala Lumpur )

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.09072010-16)


Penghantaran Dan Penyemakan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan Ptptn Bagi Semester I Sesi 2010/2011 UKM Kampus Bangi (Kelompok I) [atas]

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2010/2011 (Kelompok l) pelajar UKM Kampus Bangi , pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:

Tarikh : 23, 24 dan 25 Julai 2010 (Jumaat,Sabtu,Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, JPPel (Bangunan Pusanika)

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.09072010-15)


Semakan Sidang Konvokesyen ke-38 [atas]

Adalah dimaklumkan Semua graduan boleh membuat semakan sidang konvokesyen ke-38 melalui laman web konvo www.ukm.my/konvo.


(epelajar/bul/bil.09072010-14)


Makluman dari BPR'10 - Penyelenggaraan Rangkaian di FTSM [atas]

" Penyelenggaraan Rangkaian di FTSM "

Adalah dimaklumkan pihak Bahagian Pengurusan Rangkaian (BPR) PTM akan melakukan proses pemasangan UPS di dua suis utama FTSM. Proses ini akan melibatkan gangguan capaian rangkaian di seluruh kawasan FTSM di sepanjang tempoh tersebut. Kerja-kerja penyelenggaraan akan dilakukan seperti berikut :

Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tghari.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih di atas kerjasama semua.


(epelajar/bul/bil.09072010-13)


Makluman dari BPR'10 - Naik taraf Rangkaian Fasa Kedua FSSK [atas]

"Naik taraf Rangkaian Fasa Kedua FSSK "

Adalah dimaklumkan pihak Bahagian Pengurusan Rangkaian (BPR) PTM akan melakukan proses naiktaraf rangkaian fasa kedua di FSSK. Terdapat kemungkinan gangguan capaian rangkaian di seluruh kawasan FSSK di sepanjang tempoh tersebut. Kerja-kerja naiktaraf akan dilakukan seperti berikut :

Tarikh : 8 Julai 2010
Masa : 10.00 pagi - 2.00 Petang.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih di atas kerjasama semua.


(epelajar/bul/bil.07072010-12)


Bengkel dan Persembahan Orkestra Universiti-Universiti ASEAN 2010 [atas]

Melangkah setapak lagi bagi menjalin hubungan seni di peringkat antarabangsa, Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar akan menganjurkan Bengkel Orkestra Universiti-Universiti ASEAN pada 12 hingga 17 Julai 2010 di Panggung Seni UKM. Bengkel yang dibimbing oleh tokoh muzik tersohor, Dato' Johari Salleh melibatkan peserta daripada beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Semua warga UKM dijemput ke Persembahan Orkestra sempena bengkel tersebut seperti butiran berikut;

Tarikh : 17 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : DECTAR, UKM.

Semua Warga UKM dijemput hadir. Masuk Percuma!


(epelajar/bul/bil.07072010-11)


Karnival Konvo ICT III Anjuran Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 UKM [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk turut serta dalam Karnival Konvo ICT III anjuran sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38;

Tarikh : 13 Julai hingga 16 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia
Perasmi: YB Tuan Hj Fadillah B. Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Aktiviti

1) E-J inforace (Pertandingan mencari maklumat berdasarkan jurnal elektronik)
) Robotik Intervension (Pameran robotik oleh pelajar sekolah dan universiti)
3) ICT Talk (Ceramah IT dari Karsperky dan Pusat Teknologi Maklumat, UKM)
4) Lelong ICT (Lelongan barangan IT)
5) Lucky Draw (Hadiah bernilai RM5000 daripada pihak penaja iaitu UnicornEvent)

Untuk pertanyaan, hubungi; Eksekutif Teknologi dan Dokumentasi : Abdul Afiq Abdul Rahim (013-5937916)


(epelajar/bul/bil.07072010-10)


Pengedaran Slip Keputusan Peperiksaan Semester III Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.06072010-09)


Bengkel Kaedah "STUDY SMART" [atas]

Program Fisioterapi telah memanggil seorang penceramah Mr. Jeyaraman Seenivasagam MSP, M.Ed (Training & Developement) dari Success Edge untuk memberi 2 jam bengkel kepada pelajar.

Di dalam bengkel ini pelajar akan belajar bagaimana kaedah "STUDY SMART", mengingat dgn cepat dan dapat menjimatkan masa dan tenaga (maklumat lengkap seperti di dalam fliers).

Tarikh: 14 julai 2010 (Jumaat)
Masa: 3:00 pm - 5:00 pm
Tempat: Program Fisioterapi, FSKB, UKM, Jalan Raja Muda abdul Aziz, 50300 KL

Memohon untuk membuat hebahan kepada semua kakitangan akademik dan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan semasa sesi mentoran untuk kakitangan akademik.


(epelajar/bul/bil.06072010-07)


Iklan Tawaran Biasiswa Schaefer Systems International Sdn Bhd Sesi 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan iklan Biasiswa Schaefer System International Sdn Bhd yang menawarkan Biasiswa kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang berminat dan berkelayakan.Kursus yang ditawarkan untuk Biasiswa ialah:

Kejuruteraan (Struktur ,Awam, Mechanical and Industrial)

Pemohon hendaklah tulis sendiri (tiada borang) atau e-mail ke alamat berikut: subash@schaefer.com.my - telefon 012-7075848

Tarikh tutup permohonan 31 Julai 2010

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.06072010-06)


Sistem Kajian Pengesanan Graduan [atas]

Bagi graduan UKM, sistem ini hanya akan dibuka bermula pada 7 Julai 2010 seperti mana yang dipaparkan pada ruangan laman web kami http://graduat.mohe.gov.my/kpgv5/ pada ruangan INFORMASI.

Untuk maklumat lanjut bagi tarikh konvokesyen dan tarikh akses sistem mengikut institusi, sila KLIK DI SINI.


(epelajar/bul/bil.06072010-05)


Bengkel ISI Thomson Reuters : Do Better Research and Write Better Theses [atas]

"Bengkel ISI Thomson Reuters : Do Better Research and Write Better Theses".Pihak Perpustakaan dengan kerjasama ISI Thomson Reuters akan mengadakan Bengkel 'Do Better Research and Write Better Theses' pada 8 Julai 2010 (Khamis).

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.05072010-04)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.02072010-03)


Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan bagi Kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa [atas]

Penyertaan warga UKM sangat dialu-alukan.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.01072010-02)


Majlis Kesyukuran Sempena Minggu Mesra Pelajar 2010/2011 [atas]

Tarikh: 8 Julai 2010 (Khamis)
Masa: 6.45 petang
Tempat: Masjid UKM

Semua dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.01072010-01)


Logo Terkini UKM [atas]

Merujuk kepada Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 15/2010 bertarikh 22 Jun 2010 yang bersetuju meluluskan cadangan perubahan size Tulisan Bahasa Inggeris "The National University of Malaysia" pada rekabentuk logo UKM berkuatkuasa 22 Jun 2010.
Sehubungan dengan itu, mohon warga UKM mengambil perhatian terhadap perkara ini terutamanya dalam urusan surat-menyurat, penerbitan dan penyediaan dokumen lain.

Logo Terkini UKM boleh dimuat turun sila klik atau boleh juga dicapai pada muka hadapan, laman web utama UKM, seterusnya sila lihat pada butang muat turun "logo UKM" http://www.ukm.my.


(epelajar/bul/bil.30062010-34)


Soal Selidik Perkhidmatan Kafeteria UKM KKL Kampus Kuala Lumpur [atas]

Pihak UKM sentiasa peka dalam memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kafeteria di Kampus Kuala Lumpur memuaskan pelanggan semua.
Sehubungan dengan itu, soal selidik diatas boleh dicapai dari URL http://www.medic.ukm.my/kafe/ dan dibuka dari 1 Julai - 20 Julai 2010 kepada warga UKM KKL & KTSN (kakitangan & pelajar) untuk melengkapkan borang penilaian ini bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kafeteria yang terdapat di UKM Kampus KL untuk kebaikan bersama .


(epelajar/bul/bil.30062010-33)


Iklan Tawaran Sony Scholarship Sesi 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan Sony EMCS (M) Sdn Bhd menawarkan Biasiswa kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan.
Kursus yang ditawarkan untuk Biasiswa ialah:
i)Kejuruteraan (Elektrikal, Elektronik)
ii)Fak.Ekonomi & Perniagaan (Perakaunan)
iii)Fak.Teknologi dan Sains Maklumat

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel.

Tarikh tutup permohonan 26 Julai 2010

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.30062010-32)


Iklan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Julai 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini disertakan iklan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Julai 2010 untuk pelajar Anak Negeri Pahang yang berminat dan berkelayakan.
Pelajar yang berminat borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web YP di alamat www.yp.org.my.

Tarikh tutup permohonan 05 Julai 2010

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.29062010-31)


Biasiswa Khas Kepemimpinan Cemerlang Mahasiswa Yayasan Pendidikan Cheras [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menawarkan Biasiswa Khas Kepemimpinan Cemerlang Mahasiswa kepada pelajar yang berminat dan memenuhi kriteria seperti berikut.Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menawarkan Biasiswa Khas Kepemimpinan Cemerlang Mahasiswa kepada pelajar yang berminat dan memenuhi kriteria seperti berikut.

i) Aktif dalam persatuan Universiti
ii) Mempunyai ciri-ciri kepemimpinan dinamik dan efektif
iii)Keputusan Semester/CGPA sekurang-kurangnya 3.30 keatas
iv) Mesti mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya Dua Semester di Universiti
v)Mempunyai alamat tempat tinggal di Lembah Klang sahaja. (Kuala Lumpur dan Selangor)

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel.Tarikh tutup permohonan pada 29 June 2010.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.29062010-30)


Permohonan Zakat Yang Telah Diluluskan Dari Tempoh 22 Mac 2010 Sehingga 30 April 2010 [atas]

Berikut adalah senarai penerima bantuan zakat dari tarikh 22 Mac 2010 sehingga 30 April 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i) Sila buka Lampiran yang disediakan
ii) Tekan butang "CTRL + F"
iii)Masukkan Nombor Kad Matrik
iv) Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM


(epelajar/bul/bil.29062010-29)


KEN FOUNDATION - TAWARAN BIASISWA 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan Ken Foundation sebuah organisasi yang menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak dan berkelayakan. Pelajar yang berminat boleh memohon terus melalui laman web www.kenholdings.com.my Kursus yang ditawarkan:

i)Fakulti Kejuruteraan
ii)Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
iii)Fakulti Undang-Undang

Tarikh tutup permohonan 30 Jun 2010

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.29062010-28)


Jadual Pembayaran PTPTN Sem 1 2010/2011 (Kelompok 1) [atas]

Dilampirkan jadual proses pembayaran pinjaman PTPTN untuk Semester 1 2010/2011 untuk makluman pelajar. Para pelajar diingatkan supaya membaca dan meneliti jadual pembayaran PTPTN ini. Segala caj yuran yang didaftarkan selepas tarikh proses pembayaran pinjaman hendaklah dibayar sendiri oleh pelajar melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.29062010-27)


Faktor Impak Jurnal terkini [atas]

Journal Citation Reports (JCR) merupakan sebuah pangkalan data terbitan ISI Thomson Reuters telah menyenaraikan faktor impak terkini (Faktor Impak 2009) dan boleh diakses mulai 18 Jun 2010. JCR dilanggan oleh Perpustakaan UKM dan boleh diakses melalui Portal e-Jurnal . Sehingga kini, 7 buah jurnal Malaysia berjaya memperolehi faktor impak seperti berikut;

i)2009 JCR Science Edition
ii)2009 JCR Social Science Edition


(epelajar/bul/bil.29062010-26)


Pangkalan Data Percubaan - BioMed Central [atas]

Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses jurnal-jurnal dari pangkalan data BioMed Central


(epelajar/bul/bil.29062010-25)


Penamatan Perkhidmatan Rangkaian Tanpa Wayar (WIFI) Pelajar UKM di Kolej Tun Hussein Onn & Kolej Dato' Onn Berkuatkuasa Mulai 1 Julai 2010 [atas]

Adalah dimaklumkan perkhidmatan WiFi (pelajar-ukm) di Kolej Tun Hussein Onn dan Kolej Dato’ Onn yang disediakan dan diselenggara oleh Pusat Teknologi Maklumat akan ditamatkan mulai 1 Julai 2010.

Ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Pengurusan Pusat Teknologi Maklumat Bil.1 bertarikh 29-31 Mac dan 1 April 2010.Perkhidmatan UKM-Jaring WiFi masih berjalan seperti biasa. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian: 03-8921 6134 / 6137 / 6138


(epelajar/bul/bil.23062010-24)


JetP (Jurnal Elektronik Teks Penuh) [atas]

Perpustakaan UKM melalui projek KIK KLIK telah membangunkan pangkalan data JetP(Jurnal Elektronik Teks Penuh).

JetP menyediakan akses kepada senarai jurnal elektronik teks penuh yang dilanggan oleh Perpustakaan UKM daripada Elsevier ScienceDirect, Emerald, Wiley Blackwell, EBSCOHost, ProQuest, IEEE, Springer dan lain-lain. Maklumat Faktor Impak juga disediakan bagi jurnal-jurnal yang diindeks oleh ISI Web of Science dan ISI Journal Citation Reports. JetP telah menggantikan pangkalan data AtoZ yang telah dibatalkan langganannya mulai 31 Mei 2010.


(epelajar/bul/bil.16062010-23)


Sukan Sakan D’konvo Pesta Konvokesyen Ke-38 UKM [atas]

Kami mengalu-alukan semua pelajar UKM untuk mengambil bahagian dalam Sukan Sakan D’Konvo anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi Pesta Konvokesyen ke-38 dengan kerjasama Sekretariat Teknikal,Sekretariat Tugas-tugas Khas dan Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tarikh: 24 Julai 2010(Sabtu)-25 Julai 2010(Ahad)
Tempat: Padang dan Kompleks Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa: 8.00 pagi hingga 6.30 petang

Individu untuk dihubungi
: Dilah(Bola Keranjang)012-6051579
: Zaki(Futsal)013-3066202
: Syimah(Bola Jaring)012-4817154
: Ain (Tarik Tali) 013-5920181

Tarikh tutup penyertaan : 16 Julai 2010
Hadiah berjumlah RM11 000 menanti pemenang.


(epelajar/bul/bil.16062010-22)


PEMBERITAHUAN GANGGUAN CAPAIAN SPIN [atas]

“Notis Pemberitahuan Gangguan Capaian ke Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif (SPIN).
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Interaktif (SPIN) tidak boleh dicapai bermula pada 28 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010 bagi tujuan penyelenggaraan. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.”


(epelajar/bul/bil.14062010-20)


Internship Program Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan Iklan daripada CANON OPTO (MALAYSIA) SDN BHD kepada pelajar-pelajar yang telah tamat pengajian dalam semua bidang.Sehubungan dengan itu pelajar yang berminat dan berkelayakan bolehlah menghantar:

 - Resume berserta gambar
 - Sijil-sijil Akademik

Semua permohonan hendaklah dihantar terus kepada alamat yang tercatat di bawah:
CANON OPTO (MALAYSIA) SDN BHD
Jalan Selisek, Seksyen 26
40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan adalah 30 Jun 2010.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.11062010-17)


Program Debat Piala Universiti Anjuran Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk turut serta dalam program Debat Piala Universiti anjuran sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38;

Tarikh: 18 Jun 2010(Jumaat) - 20 Jun 2010(Ahad)
Tempat: Bilik Gerak Minda Fakulti Pendidikan dan Dewan Kuliah Kompleks Tun Abdullah Mohammad Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia
Masa:
Jumaat : 9.30 pagi - 10.30 malam
Sabtu : 8.00 pagi - 10.30 malam
Ahad : 8.00 pagi - 5.30 petang


(epelajar/bul/bil.11062010-17)


Tawaran Biasiswa Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan Iklan Biasiswa dari Canon untuk pelajar Tahun 1 Sesi 2010/2011 dan pelajar Tahun 3 Sesi 2010/2011 yang berminat dan berkelayakan dalam bidang:

 - Kejuruteraan (Elektrikal, Elektronik,Mekanikal,Mekatronik & Kimia)
 - Teknologi Maklumat
 - Kewangan dan Perakaunan

Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel

Semua permohonan hendaklah dihantar terus kepada alamat yang tercatat di bawah:

CANON OPTO (MALAYSIA) SDN BHD
Jalan Selisek, Seksyen 26
40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup permohonan adalah 19 Julai 2010.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.11062010-16)


Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa pelajar yang ingin menyemak keputusan peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 perlu melakukannya secara online menerusi SMPWeb mulai 4 Jun 2010 - 5 Julai 2010. Pelajar perlu mengemukakan maklumat berikut kepada Bahagian Pengurusan Akademik (BPA):

1. Borang yang dicetak daripada SMPWeb
2. Resit bayaran (RM 25.00) bagi setiap kursus

Permohonan yang lengkap perlu diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya pada 5 Julai 2010. Permohonan yang tidak lengkap dan dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.


(epelajar/bul/bil.10062010-14)


Undian Rekabentuk Billboard UKM [atas]

Universiti Kebangsaan Malaysia akan memasang billboard di Lebuhraya Utara-Selatan. Sebagai persediaan, sebanyak 18 rekabentuk telah dikemukakan oleh 7 pereka terdiri daripada 5 tema. Dua buah panel telah menyenarai pendek 4 rekabentuk terdiri daripada 3 tema berikut. Warga UKM (kakitangan dan pelajar) adalah dijemput untuk membuang undi bagi memilih rekabentuk yang dirasakan paling sesuai dan berpotensi untuk digunakan oleh UKM. Terima kasih.

Tarikh tutup undian adalah pada 18 Jun 2010 (Jumaat) . Sila klik untuk membuang undi.


(epelajar/bul/bil.10062010-14)


Semakan Maklumat Menggunakan Perkhidmatan Gerbang SMS UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa pihak universiti telah menyediakan perkhidmatan utk membuat semakan keputusan peperiksaan/kemasukan/yuran/pembekal dengan menggunakan perkhidmatan gerbang SMS. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh didapati dengan menaip UKM MENU dan hantar kepada 15888 atau sila layari http://sms.ukm.my.


(epelajar/bul/bil.10062010-13)


Majlis Malam Mesra UKM-Media 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Majlis Malam Mesra UKM-Media 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10 Jun 2010 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur


(epelajar/bul/bil.09062010-11)


INSEP 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.08062010-10)


Program Penempatan Pekerjaan (3P) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.07062010-06)


Makluman dari BPR'10 - Naik taraf Rangkaian Utama Metro-E [atas]

"Naik taraf Rangkaian Utama Metro-E"

Adalah dimaklumkan rangkaian Metro-E akan mengalami gangguan disebabkan kerja-kerja naik taraf rangkaian oleh pihak Telekom Malaysia pada :

Tarikh : 11 Jun 2010
Masa : 12.00 Malam - 4.00 Pagi.
Kawasan yang terlibat :
Hubungan antara UKM Bangi ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM),
Hubungan antara UKM Bangi ke Kampus Kuala Lumpur (KKL)
dan UKM Bangi ke Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).


(epelajar/bul/bil.07062010-05)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM[atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.03062010-04)


Kawasan Liputan Capaian WiFi UKMJARING [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa liputan perkhidmatan WIFI UKMJARING hanya boleh dicapai di seluruh kawasan kolej-kolej kediaman UKM dan di Pejabat Am Fakulti sahaja.Harap maklum


(epelajar/bul/bil.01062010-03)


Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan Bagi Kursus Peringkat Ph.D, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda Dan Diploma Tempatan Bagi Sesi Pengajian 2010/2011 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan Iklan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan untuk dihebahkan kepada semua pelajar-pelajar anak Negeri Sembilan di UKM yang berminat dan berkelayakan. Borang permohonan boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui laman web www.yns.gov.my.

Semua permohonan hendaklah dihantar terus kepada alamat yang tercatat di bawah:

Pengarah
Bahagian Pendidikan
Tkt 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan Jalan Yam Tuan 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2010.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.01062010-02)


SAS Data Mining Competition 2010[atas]

Click for more information


(epelajar/bul/bil.01062010-01)


Permohonan Zakat Yang Telah Diluluskan Dari Tempoh 20 Februari 2010 Sehingga 19 Mac 2010 [atas]

Berikut adalah senarai penerima bantuan zakat dari tarikh 20 Februari sehingga 19 Mac 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i)Sila buka Lampiran yang disediakan
ii)Tekan butang "CTRL + F"
iii)Masukkan Nombor Kad Matrik
iv)Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM.


(epelajar/bul/bil.31052010-19)


Permohonan Zakat Yang Tidak Diluluskan bagi Bulan Januari 2010 [atas]

Berikut adalah senarai permohonan pelajar yang tidak diluluskan bagi bulan Januari 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i)Sila buka Lampiran yang disediakan
ii)Tekan butang "CTRL + F"
iii)Masukkan Nombor Kad Matrik
iv)Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM.


(epelajar/bul/bil.31052010-18)


Keputusan Peperiksaan Semester II Sesi Akademik 2009-2010[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.27052010-17)


Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak Sesi Akademik Tahun 2010/2011 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan Iklan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di IPTA bagi Sesi pengajian 2010/2011, keutamaan merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (on-line) melalui laman web seperti berikut:
i)http://spans.escholarship.emoss.com.my
ii)http://www.psc.sarawak.gov.my
iii)http://www.sarawak.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah 9 Julai 2010 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.26052010-16)


Program Hari Masyarakat Sihat [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk turut serta dalam program Hari Masyarakat Sihat anjuran sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM);

Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor
Masa: 7.30 pagi- 12.30 tengahari

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.25052010-15)


Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan Dan Jadual Waktu Peperiksaan(KMJP) Semester III Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.25052010-14)


Pendaftaran Sukarelawan Sukan UKM [atas]

Sila klik pautan untuk maklumat lanjut.
1.Iklan
2.Borang


(epelajar/bul/bil.21052010-12)


Makluman Bayaran Biasiswa Pelajar Tajaan KPM Bagi Sem 1 (Sesi 2010/2011)[atas]

Dilampirkan maklumat berkenaan pembayaran biasiswa Tajaan KPM bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk makluman pelajar. Bagi pelajar ambilan 2008/2009 yang akan mendapat biasiswa terus ke akaun hendaklah membuat bayaran yuran pengajian & penginapan melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.19052010-11)


Jadual Bayaran Biasiswa JPA bagi Semester I Sesi 2010/2011 [atas]

Dilampirkan jadual bayaran biasiswa tajaan JPA bagi Semester 1 Sesi 2010/2011 untuk makluman para pelajar (selain dari kursus Perubatan & Pergigian). Bayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar. Bayaran bagi pelajar kursus Perubatan & Pergigian telah pun dikreditkan pada 16 & 17 April 2010.Sehubungan itu para pelajar diingatkan agar membuat bayaran yuran pengajian & penginapan sendiri melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.18052010-10)


Siaran Langsung TNC (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi) di Astro Awani (501) jam 11.00 malam hari ini [atas]

Semua warga UKM dialu-alukan untuk menyaksikan siaran secara langsung TNC Prof. Dr. Rahmah Mohamed akan muncul di Astro Awani (saluran 501) dalam sudut pandang sempena ulang tahun ke-40 UKM pada jam 11.00 malam hari ini (18 Mei 2010, Selasa). Selamat menonton.


(epelajar/bul/bil.18052010-09)


Siaran Langsung Naib Canselor UKM di Astro Awani (501) jam 8.15 malam hari ini [atas]

Semua warga UKM dialu-alukan untuk menyaksikan siaran secara langsung Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin akan muncul di Astro Awani (saluran 501) dalam sudut pandang sempena ulang tahun ke-40 UKM pada jam 8.15 malam hari ini(18 Mei 2010, Selasa). Selamat menonton


(epelajar/bul/bil.18052010-08)


Pendaftaran Sebagai Penonton Slot Khas Program RTM : Di Luar Lingkungan di TV1 [atas]

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM satu slot khas program RTM : Di Luar Lingkungan akan disiarkan secara langsung pada 24 Mei 2010 (Isnin), jam 10.00 malam di TV 1.

Pihak RTM memohon mendapatkan 80 orang yang terdiri daripada para pelajar, kakitangan dan alumni UKM untuk hadir bersama sebagai penonton di dalam slot khas program berkenaan. Para penonton juga akan dibenarkan berinteraksi di dalam program berkenaan.

Dipohon kepada semua pihak yang berminat menyaksikan program berkenaan secara langsung dapat mendaftarkan nama kepada pihak Pusat Komunikasi Korporat (Puan Fairuz) di talian 8921 4142; e-mel : yuszeq@ukm.my selewat-lewatnya pada 20 Mei 2010 (Khamis). Bas akan disediakan di hadapan Canselori jam 8.00 malam.


(epelajar/bul/bil.18052010-07)


Gangguan Capaian WIFI UKMJARING di Kolej Dato Onn (A) [atas]

Adalah dimaklumkan penggunaan wifi-Jaring di Kolej Dato Onn tergendala buat sementara waktu kerana terdapat masalah teknikal. Penyambungan semula perkhidmatan wifi Jaring di kolej tersebut akan dimulakan setelah kerja-kerja pemulihan selesai.

Sekian harap maklum


(epelajar/bul/bil.14052010-06)


Temuduga Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Bagi Sesi Pertama Tahun 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan senarai nama pelajar Universiti ini yang berjaya untuk menghadiri Sesi Temuduga Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor pada:

Tarikh : 17hb Mei 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Ballroom, Dewan Jubli Perak Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam

Sila bawa bersama dokumen-dokumen asal semasa menghadiri Sesi temuduga serta berpakaian kemas dan sopan. (berlampir)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

Lampiran 1 : Senarai nama pelajar yang terpilih


(epelajar/bul/bil.14052010-05)


Permohonan Masuk Peperiksaan Dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan III Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.07052010-04)


Pertandingan Microsoft 2007 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.06052010-03)


Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Semester 3 sesi 2009/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar UKM yang mengikuti Semester 3 sesi 2009/2010 boleh memohon bantuan zakat dari Tabung Amanah Zakat UKM dari 3 Mei 2010 sehingga 11 Jun 2010.

Sila klik lampiran untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.06052010-02)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM[atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.04052010-01)


Seminar UKM Harvard "Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series" [atas]

Satu siri Siri Seminar UKM Harvard "Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series" akan diadakan seperti butiran berikut :

Tajuk : Toward a Dialogical Civilization
Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM
Oleh : Prof. Tu Weiming, Professor of Chinese History and Philosophy, Harvard University

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat Hubungan Antarabangsa di talian +603-8921 4357/ 4187 / 5057 atau oir@ukm.my.

Semua dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.30042010-30)


Bengkel Kesenian UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM akan menganjurkan Bengkel Kesenian UKM 2010 bermula 1 Mei hingga 2 Mei 2010. Terdapat tiga (3) bengkel seni yang akan dijalankan serentak pada bulan Mei ini iaitu Bengkel Seni Foto (di Putrajaya dan FTSM), Bengkel Seni Muzik Malaysia (di DECTAR) dan Bengkel Seni Tari (di ASWARA). Peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan UKM. Sesiapa yang berminat menyertai boleh menghubungi urusetia di talian 8921 5240 atau emel pkebudayaan@ukm.my.


(epelajar/bul/bil.28042010-29)


Khidmat Seni Masyarakat UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM dengan kerjasama Sekolah Menengah Convent Kajang akan menganjurkan program Khidmat Seni Masyarakat pada 30 April hingga 2 Mei 2010 di Sekolah Menengah Convent Kajang. Tujuan program tersebut adalah untuk menyemai minat dan memperkembangkan seni dan budaya warisan bangsa kepada para pelajar di peringkat sekolah. Peserta program terdiri daripada pelajar ARTISUKMA UKM dan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Maklumat lanjut sila hubungi urusetia di talian 8921 5343 atau emel pkebudayaan@ukm.my.


(epelajar/bul/bil.28042010-28)


Bridging The Gap Employability Programme [atas]

Click for more information.
i.Requirements
ii.CX Company Profile


(epelajar/bul/bil.27042010-27)


Pengambilan Pembantu Penyelidik LESTARI UKM [atas]

Semua (warga UKM & luar UKM) diperlawa untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Penyelidik di LESTARI berdasarkan syarat berikut:
1. Boleh memulakan perkhidmatan pada Jun 2010.
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial 3. Berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Geografi, Sains Politik dan bidang berkaitan dengannya.

Sila hantarkan resume/CV kepada dinn6358@gmail.com (en. Shaharudin Idrus). Tarikh tutup adalah 14 Mei 2010


(epelajar/bul/bil.27042010-26)


Edaran Buku Graduan 2010 kepada Pelajar Tahun Akhir UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa terdapat 100 naskah Buku Graduan 2010 untuk edaran kepada semua mahasiswa/i tahun akhir UKM. Sila dapatkan naskah tersebut dengan kadar segera di Pejabat Hubungan Industri, Aras 5, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas.


(epelajar/bul/bil.23042010-25)


Capaian WIFI UKMJARING di Kolej Rahim Kajai (F) [atas]

Adalah dimaklumkan penggunaan WIFI UKMJARING di Blok K17A,K17B,K17C,K17D,K17E dan K17F Kolej Rahim Kajai (F) telah berfungsi seperti biasa.


(epelajar/bul/bil.23042010-24)


Yayasan Wah Seong Anugerah Biasiswa Ijazah 2010 [atas]

Dear final year students at UKM,

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan iklan dari Yayasan Wah Seong Corporation Berhad sebuah kumpulan yang terunggul dalam perkhidmatan minyak dan gas. Biasiswa dalam semua bidang pelajaran ditawarkan kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan serta yang cemerlang dalam akademik dan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan.
Borang permohonan rasmi dan maklumat penting boleh layari laman web Wah Seong www.wahseong.com.

(TARIKH TUTUP : 28 APRIL 2010)

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.21042010-22)


Penawaran Tabung Pinjaman Pendidikan Angkasa (TAPAK) Bagi Sesi Akademik 2010 [atas]

Dear final year students at UKM,

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan iklan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK) bagi menyediakan kemudahan pinjaman bolehubah bagi anggota, anak anggota, kakitangan koperasi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel atau maklumat lanjut boleh melayari laman web ANGKASA iaitu www.angkasa.coop.Tarikh tutup permohonan TAPAK adalah pada 16 Julai 2010.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi Puan Sazlinah Hassan di talian 03-78008186 (TAPAK) dan 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.21042010-21)


Ogilvy Fellowship Programme 2010 [atas]

Dear final year students at UKM,

Ogilvy Malaysia is looking for bright young stars to join the Ogilvy Fellowship Programme 2010.
By joining us, you'll get the chance to build an exciting career in the communications industry comprising Advertising, PR, Direct and Digital Marketing.
This programme is open to final year students from any field of study. Applications are open till 30 June 2010. If selected, interviews and Assessment Days will be held in July and August.

To apply, log on to www.ogilvyfellowship-asia.com


(epelajar/bul/bil.21042010-20)


Samling Group Scholarship [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.21042010-19)


Pertandingan Menulis Puisi Anti-Rasuah UKM 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.21042010-18)


Pangkalan Data Percubaan PTSL – NetLibrary (e-Books) [atas]

Netlibrary (e-Books) merupakan pangkalan data langganan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Akses kepada 2476 judul buku versi elektronik dalam pelbagai bidang. Sila klik Pangkalan Data Percubaanuntuk akses.


(epelajar/bul/bil.21042010-17)


Senarai Pelajar Yang Terlibat Bagi Pelaksanaan Instrumen Malaysian Soft Skills Scale (My3s) Di Universiti Kebangsaan Malaysia [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.19042010-13)


Makluman Iklan/Tawaran Biassiswa Kepada Pelajar Melalui E-Pelajar [atas]

Pihak Unit Kebajikan Pelajar akan menyalurkan maklumat seperti berikut kepada pelajar melalui channel e-pelajar

1.Iklan tawaran biasiswa / pinjaman dari semua penaja yang telah menghantar iklan tawaran

2.Makluman semasa kepada pelajar mengenai aktiviti / kegiatan di Unit Kebajikan Pelajar Pelajar dinasihatkan membuka lawan web. e-pelajar untuk mendapatkan makluman dari Unit ini dari masa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 - Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM).


(epelajar/bul/bil.14042010-12)


McKinsey KL's Youth Leadership Academy 2010 [atas]

"Running for its second year now, Young Leadership Academy (YLA) is dedicated to nurturing and building the capabilities of future young leaders of Malaysia. As a participant, students will have the opportunity to improve their leadership skills and form mentoring relationships with young professionals and senior business leaders, as well as our own office colleagues. Last year, we had 20 bright and ambitious student leaders from the best institutions all around Malaysia, including UKM, participating in the programme.

This programme is open to high performing undergraduates of all years and will be run via 3 one-day workshops spanning the months of July, August and September. Applications should be submitted via our applications portal (www.mckinsey.com.my/YLA) and interested students will need to apply before May 7th, 2010. It is free of charge and (within limits) travel expenses to and from the program will be reimbursed for those who reside outside the Klang Valley."

We are looking for students with a strong combination of both academic and extra-curricular performance in any year of study .For more information, kindly visit our YLA website at www.mckinsey.com.my/YLA or refer the brochure and poster. Thank you.


(epelajar/bul/bil.14042010-10)


Larangan Menyatakan Sokongan, Simpati Atau Bangkangan Terhadap Parti Politik [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.14042010-9)


Edaran Reader's Digest keluaran April 2010 secara percuma [atas]

Terdapat 400 naskah Reader’s Digest keluaran April 2010 dengan fokus “Top Careers” akan diedarkan secara PERCUMA. Kepada yang berminat, sila hadir ke Pejabat Hubungan Industri, Aras 5, Kompleks Pentadbiran Kolej Keris Mas pada waktu pejabat untuk mendapatkannya.


(epelajar/bul/bil.07042010-8)


Yayasan Proton Scholarship Award Fy2010/2011 [atas]

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan IKLAN BIASISWA daripada PROTON Holding Berhad untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan.Borang permohonan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar, JPPel, Bangunan Pusanika. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2010.Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke:

YAYASAN PROTON,
GROUP HUMAN RESOURCE
PROTON HOLDING BERHAD
HICOM Industrial Estate
Jalan Puchong-Shah Alam
Seksyen 26
40000 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

www.proton.com

Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi di talian 03-89215316 Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)


(epelajar/bul/bil.07042010-7)


Pemakluman Slip Masuk Ujian MUET [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.06042010-6)


Penempatan Tempat Tinggal bagi Pelajar-Pelajar Semester III dan Luar Semester (Semester 6) Sesi 2009/2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.06042010-5)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.06042010-4)


Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Latihan Industri sesi 2009/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar UKM yang mengikuti Latihan Industri sesi 2009/2010 boleh memohon bantuan zakat dari Tabung Amanah Zakat UKM dari 1 April 2010 sehingga 3 Mei 2010.

Sila klik lampiran untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.06042010-3)


Penutupan Semakan Online Keputusan Peperiksaan Bagi Pelajar Fakulti Pengajian Islam [atas]

Adalah di maklumkan bahawa semakan secara online keputusan peperiksaan bagi pelajar Tahap Prasiswazah dari Fakulti Pengajian Islam ditutup buat sementara waktu. Semakan boleh di buat semula apabila di maklumkan


(epelajar/bul/bil.05042010-2)


Taklimat Program Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development (IMGLAD) di UKM [atas]

Dimaklumkan bahawa Iskandar Malaysia Graduate Leadership Assessment and Development (IMGLAD) kini menawarkan peluang kepada graduan UKM untuk menyertai Program IMGLAD. Program ini adalah terbuka kepada semua pelajar.

Melalui program ini, pelajar akan menjalani 3-month training Dan akan menjalani 6-month internship sebelum ditempatkan untuk kerjaya tetap kemudiannya, berdasarkan penilaian akhir oleh syarikat dan urusetia.

Sehubungan itu, bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam berkenaan perjalanan program dan tawaran ini, pihak urusetia IMGLAD akan mengadakan satu sesi taklimat di UKM seperti ketetapan berikut :

Taikh : 6 April 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat: DK43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh

Pelajar yang berminat, sila daftarkan nama, no matrik, fakulti serta no telefon ke ukmphi@gmail.com dengan kadar segera.


(epelajar/bul/bil.02042010-1)


Kejohanan Sukan MASUM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia akan menyertai Kejohanan Sukan MASUM 2010 yang akan di berlangsung pada Bulan Mei 2010. Sehubungan dengan itu satu perjumpaan atlet-atlet UKM bersama Ketua Pusat Sukan UKM akan diadakan seperti butiran berikut:

Taikh : 31 Mac 2010 ( Rabu )
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Dewan Gemilang UKM

Sukan yang akan dan telah menyertai kejohanan MASUM 2010 adalah seperti berikut:
- Bola Tampar Lelaki
- Karatedo
- Taekwondo
- Golf
- Bola Keranjang Lelaki
- Catur
- Bola Sepak
- Kriket
- Silat Olahraga
- Boling Padang
- Olahraga
- Tenpin Boling
- Bola Jaring
- Ping Pong

Kerjasama dan kehadiran atlet-atlet UKM ke majlis perjumpaan bersama Ketua Pusat Sukan ini amatlah dialu-alukan bagi merialisasikan impian pasukan UKM untuk terus maju dan berjaya dalam Kejohana Sukan MASUM 2010 dan kejohanan-kejohanan yang mendatang. Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut sila hubungi Pn. Umi Kalsom Hot ( 012-3506522), En. Mohd Hafizi Hamzah ( 013-3557469), Pn. Nana (019-2902861) dan Pusat Sukan UKM di talian 03-89214454,4192.


(epelajar/bul/bil.31032010-40)


Festival Seni UKM 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.31032010-39)


Majlis Anugerah Sukan Kali Ke 20 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.31032010-38)


Seminar Hubungan Etnik [atas]

Dimaklumkan satu Seminar Hubungan Etnik bagi pelajar akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti di bawah:

Tajuk : Mengurus Kepelbagaian dan Cabaran dalam Isu-isu Hubungan Etnik
Masa : 2 April 2010 ( Jumaat )
Tempat : Dewan Anuar Mahmud
Masa : 5.00 - 7.00 ptg
Penceramah: Dr Sarjit S. Gill, A.M.P
     Ketua Jabatan
     Dept. of Social & Development Sciences
     Faculty of Human Ecology, UPM

Kehadiran diwajibkan bagi pelajar yang mengambil kursus ZZZT1043 Hubungan Etnik. Sebarang pertanyaan sila majukan kepada Dr Fazilah Idris PENYELARAS ZZZT1043 HUBUNGAN ETNIK


(epelajar/bul/bil.29032010-37)


Majlis Pelancaran Logo Dan Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Tertinggi Pesta Konvokesyen Ke-38 [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM untuk menghadiri Majlis Pelancaran Logo dan Watikah Perlantikan Majlis Pengurusan Tertinggi Pesta Konvokesyen Ke-38 pada;

Masa : 2 April 2010 ( Jumaat )
Tempat : Aras 4 Foyer Pusanika
Masa : 3.00 - 5.00 ptg
Anjuran : Sekretariat Pesta Konvokesyen Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM)


(epelajar/bul/bil.29032010-36)


4th National Level Internship Challenge-Recruitment Drive [atas]

Adalah dimaklumkan JobMarket Malaysia akan menganjurkan “4th National Level Internship Challenge-Recruitment Drive” dan menjemput pelajar yang berminat untuk mewakili universiti. Program ini terbuka kepada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2. Pelajar yang berminat untuk menyertai program ini sila mendaftar dengan memberi nama, nombor matriks, fakulti, dan nombor telefon ke ukmphi@gmail.com dalam kadar segera. Setiap pendaftaran memerlukan seorang ketua dan tiga ahli kumpulan ( 4 orang dalam satu kumpulan ). Pendaftaran akan ditutup pada 30 Mac 2010 (Selasa) jam 5:00 petang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Hubungan Industri, En. Haiqal 03-8921 4656 atau Pn. Wahidah 03-8921 4604. Sila lihat poster dan borang penyertaan untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.26032010-35)


'Panduan Membayar Yuran Pelajar' / 'Tuition Fees Payment Guidelines' [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.25032010-34)


Makluman dari BPR'10 - Jadual Menaiktaraf Rangkaian UKM Fasa ke-2 [atas]

Makluman kepada semua pengguna rangkaian UKM. Disertakan jadual menaiktaraf rangkaian UKM :

Tarikh : 30 Mac 2010
Kawasan terlibat: Paras 3 dan Paras 4 Bangunan PPSM

Tarikh : 31 Mac 2010
Kawasan terlibat : Paras 0, paras 1 dan paras 2 Bangunan PPSM

Sepanjang proses ini , capaian rangkaian dalaman dan internet kemungkinan akan mengalami gangguan. Sebarang perubahan atau makluman akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami.Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui emel ke rangkaian@ptm.ukm.my.


(epelajar/bul/bil.24032010-33)


Inter College Arts Festival 2010 [atas]

Tajuk : Inter College Arts Festival 2010 (ICAF 10)
Tarikh : 25th to 28th of March 2010
Tempat : Panggung Seni UKM.

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.24032010-32)


Sesi Temuduga KWSP [atas]

Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengadakan sesi temuduga untuk Pelajar tahun akhir FEP pada tarikh seperti di bawah :-

Tarikh : 31 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Temuduga, Unit Kebajikan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Pusanika

Para pelajar tahun akhir FEP yang berminat untuk menyertai sesi temuduga ini sila mendaftar dengan memberi Nama, No. matrik dan No.telefon ke ukmphi@gmail.com dalam kadar segera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Hubungi Industri, En. Haiqal di talian 03-89214656 atau Pn. Wahidah di 03-89214604.

Sila klik poster untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.22032010-31)


2010 International Essay Contest for Young People [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut


(epelajar/bul/bil.22032010-30)


Pameran Warisan Negara Dalam Seni Lakaran(National Heritage in Sketches) [atas]

Tarikh : 1 April sehingga 30 April 2010
Masa : 9.30 pagi sehingga 5 petang
Tempat : Foyer Aras 2, Bangunan Canselori, UKM.
Anjuran : Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi di bawah Projek UKM-GUP-TKS-07-12-101), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dengan kerjasama Muzium Warisan Akademik.

Semua dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.19032010-29)


MPKJ FUN RACE 2010 [atas]

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara akan menganjurkan MPKj Fun Race 2010 yang merupakan pertandingan berpasukan berkonsepkan "explore race". Pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori IPTA/IPTS, Kategori Kakitangan MPKj dan MPP. Sehubungan ini, pihak penganjur ingin menjemput kakitangan dan pelajar UKM untuk menyertai pertandingan ini dalam Kategori Terbuka(kakitangan)/IPTA(pelajar).

Tarikh: 4 April 2010 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi - 2.00 petang
(peserta perlu bersiap sedia 30 minit sebelum pertandingan bermula)
Tempat: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Bersama ini, dilampirkan maklumat lanjut dan borang penyertaan pertandingan ini. Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada UKM. Kepada sesiapa yang berminat, dimohon mencetak dan melengkapkan seterusnya menyerahkan borang penyertaan pertandingan terus kepada pihak MPKj (Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Tingkat 6A, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. U.P.: En. Shahril) dan membuat pembayaran yuran penyertaan di sana.


(epelajar/bul/bil.19032010-28)


Majlis Penghargaan FEStKUM 2009 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel akan menganjurkan Majlis Penghargaan FEStKUM 2009 pada 20 Mac 2010, jam 3.00 petang bertempat di Grand Ballroom, Hotel Equatorial Bangi.

Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan ARTISUKMA UKM sebagai Johan Keseluruhan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2009 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan RTM telah berlangsung dengan jayanya pada 9 -13 Disember 2009, di empat buah venue iaitu UKM, UPM, UiTM dan UM.

Terdapat lapan (8) acara yang dipertandingkan dalam FEStKUM 2009 iaitu Zapin, Tarian Klasik India (kategori Individu dan Kumpulan), Tarian Tradisional Cina, Nyanyian Irama Malaysia, Muzik Akustik, Pantun, Dikit Barat dan Boria.Bagi Kategori Utama UKM memenangi 3 pingat emas iaitu Tarian Klasik India (individu), Pantun dan Dikir Barat, 1 pingat Perak bagi tarian Tradisional Cina dan 1 pingat Gangsa bagi Tarian Klasik India (berkumpulan). Bagi Kategori Sampingan UKM memenangi 4 pingat emas, 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa.


(epelajar/bul/bil.19032010-27)


Permohonan Zakat Yang Tidak Diluluskan bagi Sem 1 Sesi 2009/2010 [atas]

Berikut adalah senarai permohonan pelajar yang tidak diluluskan bagi Semester 1 Sesi 2009/2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i)Sila buka Lampiran yang disediakan
ii)Tekan butang "CTRL + F"
iii)Masukkan Nombor Kad Matrik
iv)Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM


(epelajar/bul/bil.19032010-26)


Permohonan Zakat Yang Telah Diluluskan Dari Tempoh 25 Januari Sehingga 19 Februari 2010 [atas]

Berikut adalah senarai penerima bantuan zakat dari tarikh 25 Januari Sehingga 19 Februari 2010. Untuk mempermudahkan carian, pelajar diminta mengikut menu dibawah ini:-

i)Sila buka Lampiran yang disediakan
ii)Tekan butang "CTRL + F"
iii)Masukkan Nombor Kad Matrik
iv)Tekan "ENTER"

Nota : Pembayaran ke akaun hanya dilakukan sekiranya didapati penerima bantuan tiada mempunyai hutang dengan UKM


(epelajar/bul/bil.19032010-25)


Sesi Temuduga Genting Plantation [atas]

Dimaklumkan bahawa Genting Plantations Berhad akan mengadakan sesi temuduga untuk Pelajar FKAB pada tarikh seperti di bawah.

Tarikh : 24 Mac 2010
Masa : 2:30 ptg - 5:30 ptg
Tempat : BiliK Mesyuarat JKKP, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM

Para pelajar tahun akhir yang berminat untuk menyertai sesi temuduga ini sila mendaftar dengan memberi nama, no. matrik dan no.telefon ke ukmphi@gmail.com dengan kadar segera.

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.16032010-24)


Pekeliling Pendaftaran Awal Sem 1, Sesi Akademik 20102011 [atas]

Sila klik untuk maklumak lanjut.


(epelajar/bul/bil.16032010-23)


UNIQLO Global Recruitment Drive[atas]

Dimaklumkan bahawa UNIQLO, syarikat fabrik terkemuka Jepun kini dalam proses untuk mencari kakitangan di Malaysia. Sehubungan itu, sebuah sesi temuduga bagi pelajar yang berminat akan diadakan sepertimana berikut. Panel penilai dari Ibu Pejabat UNIQLO di Jepun akan turut hadir bagi sesi temuduga tersebut :

Tarikh : 25 Mac 2010
Tempat : DK43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM
Masa : 2:30 ptg - 5:30 ptg

Dimohon kerjasama semua untuk memaklumkan kepada semua pelajar tahun akhir. Bagi yang berminat, dipohon untuk mendaftar dengan menghantar maklumat anda (Nama, No. Matriks, No. Telefon, E-mail) kepada ukmphi@gmail.com dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.


(epelajar/bul/bil.16032010-22)


REVEAL by L'Oreal[atas]

L'Oreal is launching a new campaign for career and internship placement named REVEAL. Interested students will be asked to sign in to portal www.reveal-thegame.com to clarify their professional preferences and get priority screening.

Start playing now and you may become one of the winners with an exclusive 5-day trip to Paris. This game is only open for Year 2 and final year students. Complete the game before 26th March 2010 to get priority screening.

REVEAL by L’Oreal is visiting UKM soon and door gifts await the first 150 students that register with us and attend the event. Do register by providing Name, Matrix Number, Phone Number, E-mail and Faculty to ukmphi@gmail.com

Date : 19 March 2010
Time : 9:30 am - 1:00 PM
Venue : Auditorium Siswa, PUSANIKA

For further info, click poster.


(epelajar/bul/bil.16032010-21)


Pangkalan Data Percubaan PTSL -IGI Global (InfoSci-Journals & InfoSci-Books) dan IndianJournals.com[atas]

Pangkalan Data Percubaan PTSL -IGI Global (InfoSci-Journals & InfoSci-Books) dan IndianJournals.com

Sila klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses kepada InfoSci-Journals & InfoSci-Books yang merangkumi bidang teknologi, sains komputer dan pengurusan penyelidikan teknologi maklumat serta IndianJournals.com yang mempunyai koleksi dari pelbagai bidang.


(epelajar/bul/bil.15032010-20)


Power Point Taklimat Audit Institusi MQA Untuk Pelajar Fakulti Pengajian Islam[atas]

Bersama ini dilampirkan powerpoint yang disampaikan dalam taklimat tersebut untuk makluman pelajar Fakulti Pengajian Islam sahaja.


(epelajar/bul/bil.15032010-19)


Double A Interview Session@UKM [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Double A ingin membuat temuduga bagi pelajar-pelajar UKM (FEP, FKAB, FTSM) pada 16 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat FKAB. Bagi pendaftaran penyertaan, dimohon pelajar untuk menyerahkan nama, emel, no.telefon, gambar, salinan sijil serta resume pelajar sebelum 12 Mac 2010 ke e-mail ukmphi@gmail.com.

Sila klik poster untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.12032010-18)


Career Talk by Gamuda Berhad [atas]

Dimaklumkan bahawa Gamuda Berhad akan mengadakan sesi ceramah kerjaya di UKM. Antara perkara lain yang akan menjadi topik di dalam sesi tersebut ialah peluang kerjaya yang terdapat di Gamuda Berhad. Semua pelajar FKAB, terutama pelajar tahun akhir adalah dijemput hadir. Dimohon bantuan untuk memaklumkan kepada semua pelajar bahawa mereka perlu mendaftar kehadiran mereka ke sesi ini dengan menghantar e-mail ke ukmphi@gmail.com berserta nama dan nombor matriks.

Tarikh : 23 Mac 2010
Tempat : DK43.103, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang


(epelajar/bul/bil.12032010-17)


Kejohanan Tenis Tertutup UKM 2010 [atas]

Program : Kejohanan Tenis Tertutup UKM 2010
Tarikh : 20 - 21 Mac 2010 (Sabtu dan Ahad)
Yuran : RM10 per peserta bagi acara perseorangan dan RM10 per beregu bagi acara pasangan
Kategori pertandingan : Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki dan Beregu Wanita
Pertanyaan dan Pendaftaran : Hafizzal 019-2846471 atau Suk Thin 016-8933822
Tempat pertandingan : Gelanggang Tenis UKM (bersebelahan unit keselamatan)


(epelajar/bul/bil.12032010-16)


Jawatankuasa Dasar Sekretariat pesta Konvokesyen ke-38 [atas]

Kami mengalu-alukan kepada semua pelajar UKM yang berminat untuk menyertai Jawatankuasa Dasar Sekretariat pesta Konvokesyen ke-38. Sila isikan borang seperti di lampiran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi AJK, anda dijemput hadir ke Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Dasar Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 15 Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Auditorium Siswa,Bangunan Pusanika UKM
Masa : 8.30 malam - 11.00malam


(epelajar/bul/bil.11032010-15)


Kepada Penerima Biasiswa SMBC Global Foundation Scholarship Programme [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.11032010-14)


Ucapan Tahniah Buat Pasukan Kriket UKM [atas]

UKM merakamkan ucapan Tahniah kepada Pasukan Kriket UKM di atas kejayaan mengekalkan Kejuaraan Kejohanan Kriket Antara Negeri Perisai Raja-raja 2010 dua tahun berturut-turut. Diharapkan Pasukan Kriket UKM dapat dijadikan Contoh Terbaik bagi membangunkan Pusat Kecemerlangan Sukan Kriket di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia Khasnya.

Sila klik untuk melihat gambar


(epelajar/bul/bil.11032010-13)


Kursus Pengurusan Acara dan Kursus Pengurusan Pasukan & Atlit 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.10032010-12)


Gangguan capaian WIFI UKMJARING di Kolej Rahim Kajai (F) [atas]

Adalah dimaklumkan penggunaan WIFI UKM JARING di Blok K17A,K17B,K17C,K17D,K17E dan K17F Kolej Rahim Kajai (F) tergendala buat sementara waktu kerana terdapat masalah teknikal. Penyambungan semula perkhidmatan WIFI UKMJARING di blok tersebut akan beroperasi setelah kerja-kerja pemulihan selesai.


(epelajar/bul/bil.10032010-11)


Pekeliling Pendaftaran Kursus Semester 3 Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.10032010-10)


Pencalonan Anugerah Bagi Majlis Anugerah Sukan Ke-20 [atas]

Perhatian kepada semua atlet, pengurus dan jurulatih pasukan UKM.Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Sukan akan diadakan pada 6 April 2010 bertempat di DECTAR, UKM.

Pencalonan bagi anugerah-anugerah sukan telah dibuka kepada semua atlet UKM (pelajar dan kakitangan).Setiap pencalonan haruslah mendapat pengesahan Pengurus Pasukan, Jurulatih, Pusat Sukan UKM atau Penyelaras Permainan.Calon juga perlu mengepilkan 3 keping gambar dan salinan sijil penyertaan bagi setiap kejohanan yang disertai.

Tarikh tutup pencalonan: 12 Mac 2010
Borang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Am, Pusat Sukan UKM


(epelajar/bul/bil.08032010-09)


Pesta Pantun Bestari Peringkat IPTA/IPTS [atas]

Adalah dimaklumkan, Pasukan Pemantun UKM berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan memenangi Johan ‘Pesta Pantun Bestari 2010’ pada 26 - 28 Februari 2010 anjuran Universiti Malaya. Ini merupakan kejayaan kali ketiga bagi pasukan Pemantun UKM iaitu tiga tahun berturut-turut muncul sebagai Johan dalam Pesta Pantun Bestari peringkat IPT bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

Para Pelajar yang terlibat senagai pemantun UKM adalah Nor Adlyizan bin Theis (Fakulti Ekonomi Pengurusan, Sarjana tahun 1), Ahmad Firdaus bin Mat Isa (Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina, tahun 4), Siti Khadijah binti Bahaudin (Fakulti Undang-undang, tahun 4) dan Shukri bin Mohd Ali (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, tahun 1).

Pihak Pusat Kebudayaan, JPPel mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen Jurulatih pasukan iaitu Encik Che Abdullah Che Ya (pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK) dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini.


(epelajar/bul/bil.05032010-08)


Program '3R For Better Environment Exhibition' [atas]

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)UKM, Kumpulan Pengurusan Ekosistem Lestari UKM dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM akan menganjurkan program "3R for Better Environment Exhibition" seperti berikut

Tarikh : 10-12 Mac 2010
Masa : 9 pagi - 5 Petang
Tempat : Aras 4, Bangunan Pusanika UKM

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pameran kartun oleh High Moon (Japanese Manga), forum, permainan dan kuiz. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut, mohon hubungi 03-89214158/4144.

SEMUA DIPERSILAKAN HADIR, MASUK PERCUMA


(epelajar/bul/bil.05032010-07)


Pesta Pantun UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel dan Kolej Aminudin Baki UKM mempelawa semua warga UKM dan warga sekitar Lembah Kelang untuk hadir ke Pesta Pantun UKM 2010 yang akan diadakan seperti berikut:

Peringkat Kumpulan dan Separuh Akhir;
Tarikh : 12 Mac hingga 15 Mac 2010 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat: Panggung Seni DECTAR, UKM

Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah
Tarikh : 15 Mac 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Panggung Seni DECTAR, UKM

Kehadiran warga UKM amat dialu-alukan. Masuk Percuma!


(epelajar/bul/bil.04032010-06)


Penutupan Perpustakaan Tun Seri Lanang pada 6 dan 7 Mac 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Seri Lanang akan ditutup pada:

6 Mac 2010 (Sabtu) - Sabtu Pertama
7 Mac 2010 (Ahad) - Penyelenggaraan elektrik seluruh kampus UKM Bangi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-89213865 (Rohaya Umar) atau 03-89215817 (Pejabat Am Bahagian Perkhidmatan Pelanggan).


(epelajar/bul/bil.03032010-05)


Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008 Jabatan Bendahari (8-9 Mac 2010) [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari akan menghadapi Audit Penilaian Semula MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS International pada 8-9 Mac 2010. Urusan harian Jabatan pada tarikh berkenaan adalah seperti biasa.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan Audit ini amat dialukan.


(epelajar/bul/bil.02032010-04)


Taklimat Audit Institusi MQA Untuk Pelajar Fakulti Pengajian Islam[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.02032010-03)


Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan (KMJP) Sem II Sesi Akademik 2009-2010[atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.02032010-02)


Soal selidik Kepuasan Pelanggan PTM[atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.02032010-01)


Bayaran PTPTN Kepada Pelajar Pertukaran Program Perakaunan, FEP [atas]

Dilampirkan senarai nama pelajar pertukaran program Perakaunan, FEP tajaan PTPTN yang akan mendapat pembayaran terus dari pihak penaja pada minggu ke 2 bulan Mac 2010. Sehubungan dengan itu pelajar diminta untuk membuat pembayaran yuran sendiri melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh universiti bagi mengelakkan daripada didenda dan dihalang mengambil keputusan peperiksaan dan pendaftaran pada semester hadapan.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak PTPTN di talian 03-20986564 atau 03-20983682.


(epelajar/bul/bil.25022010-32)


Pencalonan Majlis Anugerah Sukan Ke 20 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Sukan akan diadakan pada 6 April 2010 bertempat di DECTAR, UKM.

Pencalonan bagi anugerah-anugerah sukan telah dibuka kepada semua atlet UKM (pelajar dan kakitangan). Setiap pencalonan haruslah mendapat pengesahan Pengurus Pasukan, Jurulatih, Pusat Sukan UKM atau Penyelaras Permainan. Calon juga perlu mengepilkan 3 keping gambar dan salinan sijil penyertaan bagi setiap kejohanan yang disertai.

Tarikh mula pencalonan : 24 Februari 2010
Tarikh tutup pencalonan : 12 Mac 2010

Borang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat Am, Pusat Sukan


(epelajar/bul/bil.25022010-31)


Syarahan Umum Dato' Dr. Sheikh Muszaphar [atas]

Adalah dimaklumkan Institut Sains Angkasa (ANGKASA), UKM akan menganjurkan Syarahan Umum seperti berikut:

Tajuk : Malaysian In Space: Dreams Are Possible
Penceramah: Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Felo Penyelidik Utama, ANGKASA)
Tarikh : 3 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : DK 43.102 KB, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Semua dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.24022010-29)


Pengumuman Pusat Teknologi Maklumat (PTM) [atas]

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan ICT, UKM dan Rangkaian JARING tidak boleh digunakan pada 07 Mac 2010 (Ahad), mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ini adalah disebabkan pihak JPP akan menjalankan kerja- kerja elektrik di Bilik Suis Utama, Pusat Teknologi Maklumat, UKM, Bangi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.


(epelajar/bul/bil.24022010-28)


Pameran Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat [atas]

Pameran Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UKM 1431H/2010M
Tarikh: 1 Mac 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tgh
Tempat: Lobi Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Dijayakan oleh: Aman Palestin Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Telaga Biru Sdn. Bhd. (Storm Readers), Syarikat Takaful Malaysia Bhd., dan Jabatan Dakwah & Kutipan Lembaga Zakat Selangor.

Maklumat lanjut, sila hubungi Shamsudin Ibrahim, Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan (Research Services Department) Perpustakaan Tun Seri Lanang (Library).Tel : 603-89213241 Faks : 603-89256067

Semua Dijemput Hadir.


(epelajar/bul/bil.24022010-27)


Kursus Kepengadilan Bola Tampar [atas]

Adalah dimaklumkan Pusat Sukan UKM akan menganjurkan Kursus Kepengadilan Bola Tampar dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).Jadual dan masa kursus seperti di borang. Untuk makluman, tempat tinggal, makan minum, baju semasa kursus ada di sediakan.Bagi sesi praktikal, peserta di minta membawa pakaian seperti baju, seluar dan kasut.

Sebarang pertanyaan mengenai Kursus Kepengadilan ini bolehlah hubungi Alia @ Asmahanim di talian 03-89214454.
Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.24022010-26)


Permohonan Tempat Tinggal Di Kolej Bagi Semester I, Sesi 2010/2011 [atas]

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang berminat untuk tinggal di kolej bagi Semester 1, Sesi 2011/2010 diharap dapat mengisi borang melalui laman web: http://www.ukm.my/upp mulai 25 Februari 2010 hingga 8 Mac 2010


(epelajar/bul/bil.24022010-25)


Festival Seni 1 Malaysia UKM 2010 [atas]

Pusat Kebudayaan, JPPel mempelawa semua warga UKM untuk hadir ke Festival 1 Malaysia UKM 2010 yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 27 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: DECTAR, UKM.

Saksikan persembahan menarik dari Artisbudaya Pusat Kebudayaan dan Kumpulan Kesenian ARTISUKMA UKM seperti Muzik Gabungan Melayu, Cina dan India, Tarian, Nyanyian, Sketsa, Boria dan banyak lagi.

Masuk Percuma! Kehadiran semua warga UKM amat dialu-alukan.


(epelajar/bul/bil.22022010-24)


Perlanjutan Pengesahan Masuk Peperiksaan dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Adalah dimaklumkan bahawa pengesahan permohonan masuk peperiksaan dilanjutkan sehingga 26 Februari 2010(Jumaat).Untuk membuat urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb.

Sekian harap maklum.


(epelajar/bul/bil.22022010-23)


Majlis Pelancaran Tahun Kreativiti & Inovasi Peringkat UKM 2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa UKM akan mengadakan Majlis Pelancaran Tahun Kreativiti & Inovasi Peringkat UKM 2010 seperti berikut:

Tarikh : 22 Februari 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM Bangi
Perasmi: YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili,Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Semua pelajar dijemput hadir.


(epelajar/bul/bil.18022010-22)


Malam Kesempurnaan Kasih (MKK) [atas]

Dimaklumkan bahawa Persaudaraan Kristian UKM (PERKEB) akan menganjurkan Malam Kesempurnaan Kasih (MKK) seperti berikut:

Tarikh : 2 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST, UKM
Tema : Love Is A Verb

Saksikan persembahan dan sketsa yang hebat yang akan dipertontonkan.Anda pasti akan teruja.Terbuka kepada bukan Islam sahaja. Kemasukan adalah percuma. Datanglah beramai-ramai.


(epelajar/bul/bil.18022010-21)


Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat (KATEM) [atas]

Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat (KATEM) anjuran ICOMP dengan kerjasama Kelab Kebajikan kakitangan FTSM dan Bahagian ICT FTSM.
Tarikh: 27, 28 Mac 2010
Tempat: Makmal Komputer Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

Kursus yang ditawarkan :
Adobe Dreamweaver -(Beginner)
Hypertext Preprocessor PHP -(Beginner)
Joomla- Content Management System -(Beginner)
Adobe Photoshop -(Beginner)
Adobe Flash -(Beginner)

Terbuka kepada semua.
Yuran penyertaan RM 150.00
Tarikh Tutup penyertaan sebelum 22 Mac 2010.

Keterangan lanjut sila hubungi En. Jamal 019-3767195, En. Asmaul-Husna 019-2456683, En. Firdaus 019-6082806 dan Cik Ira 03-89216791.

Sila klik untuk borang penyertaan.


(epelajar/bul/bil.18022010-20)


Pencarian Atlit -VARSITI BOAT RACE 2010 [atas]

Pertandingan “VARSITI BOAT RACE” akan diadakan pada 18-25 Mei 2010 di Putrajaya. Pencarian atlit “VARSITI BOAT RACE” sedang dibuka sekarang. Mahasiswa/i yang berminat mewakili UKM sila dapatkan borang di Pusat Sukan UKM dan hantar kepada Pn. Josie selewat-lewatnya pada 12 Mac 2010.

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Josie 03-89214454


(epelajar/bul/bil.18022010-19)


Syarahan Umum Akademik Kolej Bil.1: "Mengurus Kepelbagaian Etnik dalam Kegiatan Mahasiswa" [atas]

Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM akan menganjurkan Syarahan Umum Akademik Kolej Bil. 1 seperti butiran berikut:

Tajuk: Mengurus Kepelbagaian Etnik dalam Kegiatan Mahasiswa
Penceramah: Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) UKM
Tarikh: 24 Februari 2010 (Rabu)
Tempat: Bilik Senat UKM, Aras 5 Bangunan Canselori UKM

Sila klik untuk muat turun aturcara program dan poster.

Sebarang pertanyaan lanjut mohon hubungi talian 03-89215313 (Tasha) atau 03-89213231 (Badariah)


(epelajar/bul/bil.18022010-18)


Kejohanan Futsal Terbuka UKM-Piala ATTOP 2010 [atas]

Pihak Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman Antarabangsa Ibu Zain (IZISH), UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Harimaumalaya.com (Kelab Penyokong Malaysia) akan menganjurkan kejohanan Futsal Terbuka UKM Piala ATTOP pada butir-butir berikut :

Tarikh : 27-28 FEB 2010
Masa : 8.30 PAGI-6.00 PETANG
Tempat : KOMPLEK SUKAN UKM BANGI

Sila klik untuk poster untuk lanjut.Sila klik untuk muat turun borang pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Bisha (019-2700026)/0172806164, Amirul (012-6808580)/Nik Farida (017-4025080)/Ashmira (017-2537116).


(epelajar/bul/bil.18022010-16)


Penyertaan Anugerah Perkembangan Pelajar UKM [atas]

Sukacita dimaklumkan, kepada semua Kelab/Persatuan/JAKSA dijemput untuk menyertai Anugerah Perkembangan Pelajar sempena Anugerah Kualiti UKM 2009.Antara anugerah-anugerah yang dipertandingkan adalah :

a) Anugerah Persatuan/ Kelab Mahasiswa Cemerlang

b) Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang
   i. Anugerah Sukan
   ii. Anugerah Kebudayaan / Keseniaan
   iii.Anugerah Keusahawanan
   iv. Anugerah Penyelidikan/Inovasi
   v. Anugerah Khidmat Masyarakat / Komuniti
   vi. Anugerah Pembangunan Kendiri & Profesional

c) Anugerah Bakti Terbilang (Individu)
   i. Mahasiswa Prasiswazah
   ii. Mahasiswa Siswazah

Kepada sesiapa yang berminat, sila isi dan hantarkan borang seperti di lampiran.TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 23 FEBRUARI 2010. Nilai hadiah adalah seperti di lampiran.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkembangan Pelajar di talian 03 8921 4671 atau email: ayu77@ukm.my.

Sila klik untuk borang dan lampiran.


(epelajar/bul/bil.11022010-15)


Pemberitahuan Gangguan Capaian Ke Server Pangkalan Data Sistem Maklumat Universiti [atas]

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa server pangkalan data utama Sistem Maklumat Universiti (SMU) TIDAK BOLEH DICAPAI mulai jam 10.00 malam, 19/02/2010 (Jumaat) hingga 10.00 malam, 21/02/2010 (Ahad) untuk kerja-kerja menaiktaraf sistem pengurusan pangkalan data tersebut dan penyelenggaraan server sekunder di Pusat Pemulihan Bencana. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


(epelajar/bul/bil.10022010-13)


"Upgrade Programme" [atas]

Adalah dimaklumkan Pejabat Hubungan Industri akan menganjurkan “Upgrade Programme” kepada pelajar tahun akhir . Untuk pendaftaran, sila maklumkan nama, no. matrik, fakulti, no. telefon dan pilihan slot kepada ukmphi@gmail.com . Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-8921 4604 / 4656 atau klik poster.


(epelajar/bul/bil.10022010-12)


Temasek Foundation - National University Of Singapore Leadership Enrichment And Regional Networking (Tf-Nus Learn) Awards - Application For Semester 1, Ay2010/2011 (Aug - Dec 2010) Now Open! [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.09022010-11)


Bayaran Yuran Semester 2 2009-2010 oleh Pelajar Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.09022010-10)


Pembetulan Surat Tawaran Dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Semester II Sesi 2009/2010 UKM Kampus Bangi [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.08022010-09)


"Pertandingan Penghayatan Seni Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul UKM 2010" [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.08022010-08)


Pembukaan Permohonan Bantuan Zakat Sem 2 sesi 2009/2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar UKM yang mendaftar pada Sem 2 Sesi 2009/2010 boleh memohon bantuan zakat Tabung Amanah Zakat UKM dari 21 Disember 2009 sehingga 30 April 2010.

Sila Lampiran 1,untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.08022010-07)


Perubahan Perkhidmatan Letak Dan Naik (Park & Ride) [atas]

Dimaklumkan pihak Universiti telah melaksanakan perkhidmatan Letak dan Naik (PLdN) di lingkungan pertama kampus Bangi mulai pada 1 Julai, 2009.Perkhidmatan ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi. Memandangkan kadar penggunaan PLdN adalah pada tahap rendah dan sebagai langkah penjimatan pihak Universiti telah bersetuju untuk membuat perubahan dari segi masa perjalanan dan jenis kenderaan yang digunakan seperti berikut.

MASA PERJALANAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah secara berjadual iaitu pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.20 pagi hingga 6.00 petang dengan kekerapan 20 minit dan jadual perjalanan seperti Lampiran.

JENIS KENDERAAN
Kenderaan yang digunakan adalah van 12 penumpang.
Keutamaan perkhidmatan adalah diberikan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat yang meletak kenderaan di stesen PLdN untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.Perubahan perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Februari, 2010.


(epelajar/bul/bil.08022010-06)


Permohonan Masuk Peperiksaan dan Draf Jadual Waktu Peperiksaan Semester 2 Sesi Akademik 2009/2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.05022010-05)


Tapak Web "FSSK Postgraduate Community" [atas]

Dimaklumakan bahawa FSSK telah melancarkan website : FSSK Postgraduate Community, PGcomm@fssk http://pkukmweb.ukm.my/pgcomm/ oleh Prof. Madya Dr. Hazita Azman, Timbalan Dekan(Siswazah & Hubungan Antarabangsa), FSSK. Sila layari tapak web berkenaan untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.04022010-04)


Pertandingan Tenpin Boling “Tertutup” Warga UKM [atas]

Tarikh: 27 Februari 2010
Hari: Sabtu
Masa: 12:00 tgh
Tempat: Bangi Superbowl, Tingkat 4, Warta, Bandar Baru Bangi, Selangor

Pertandingan ini terbuka kepada keluarga warga UKM :- Kakitangan (termasuk suami, isteri dan anak) & Pelajar. Sebarang pertanyaan & permohonan penyertaan sila hubungi:

Radzuan Hj Sharif (Pusat Teknologi Maklumat)
0389216434/017-2188627
Cik Nurul Ashikin Anuar (Wakil Pelajar)
017-6377067
Puan Wan Nadiaton Radzuan (Pbbl –FSKK)
0389216470/017-3115972
Mohd Razali Abu Bakar (Pusat Pengajian Siswazah)
0389213795/019-2195288

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.01022010-02)


Soal selidik Kepuasan Pelanggan PTM[atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.0202010-0)


Pesta Ang Pow UKM Ke-16 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pesta Ang Pow PMUKM Ke-16 akan mengadakan Majlis Makan Malam yang bertujuan untuk menyatupadukan seluruh warga UKM dalam satu majlis makan malam yang besar. Terdapat pelbagai lauk-pauk yang pasti menyelerakan serta pelbagai program yang menakjubkan menanti anda. Artist cina Malaysia, Rynn Lin akan hadir sebagai tetamu khas kami dan kehadiran beliau pasti akan memeriahkan lagi Majlis Makan Malam Pesta Ang Pow UKM Ke-16.

Tarikh: 05 Februari 2010
Masa: 7.00 Malam - 11.00 Malam
Tempat: DECTAR, UKM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
ANG MIA YANG 017-9653893
LIANG KAI WEN 017-5895849

(epelajar/bul/bil.01022010-01)


URL Pemilihan MPP [atas]

Berikut adalah URL yang digunakan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

1.Semakan Tempat Mengundi: http://smp.ukm.my/semak
2.Statistik keluar mengundi: http://smp.ukm.my/statistik
3.Keputusan keseluruhan MPP: http://smp.ukm.my/resultmpp

(epelajar/bul/bil.29012010-31)


Penyedian Gambar Bakal Graduan Untuk Majlis Konvokesyen 2010 dan Borang Maklumat Diri Pelajar [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

1.Pekeliling
2.Peraturan

(epelajar/bul/bil.28012010-30)


Makluman Gangguan Internet UKM [atas]

Makluman kepada pengguna rangkaian UKM, perkhidmatan Internet kemungkinan akan mengalami gangguan disebabkan oleh kerja-kerja pemasang peralatan rangkaian di Pejabat Perhubungan Antarabangsa pada :

6 Februari 2010, Sabtu bermula dari pukul 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui hotline : 03-89216134

(epelajar/bul/bil.28012010-29)


Scholarship for Master of Arts Programme in Korea Studies 2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan, Asean University Network (AUN) ingin menawarkan Scholarship for Master of Arts Programme in Korea Studies 2010 kepada warga UKM. Program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Chulalongkorn University dan Seoul National University.

Sehubungan itu, warga UKM yang berminat boleh menghantar permohonan kepada Jawatankuasa Asean University Network (AUN) selewat-lewatnya pada 15 Mac 2010 (Isnin).

1.Surat makluman dari Asean University Network (AUN)
2. Borang permohonan

(epelajar/bul/bil.28012010-28)


Semakan Tempat Mengundi Pemilihan MPP Sesi 2009-2010 [atas]

Dimaklumkan bahawa Pelajar Ijazah Pertama boleh menyemak tempat mengundi bagi Pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar Sesi 2009-2010 bermula 26 Januari 2010. Sila klik http://smp.ukm.my/semak

(epelajar/bul/bil.26012010-27)


Lintas Langsung Penjumlahan Undi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009-2010 [atas]

Perhatian kepada Pelajar-pelajar UKM
“Lintas Langsung Penjumlahan Undi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009-2010” Semua warga UKM berpeluang menyaksikan lintas langsung penjumlahan undi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009-2010 dari Bilik Mesyuarat Teratai, Pusat Teknologi Maklumat pada 28 Januari 2010 (Khamis) melalui laman web http://live.ukm.my/mpp/

(epelajar/bul/bil.26012010-26)


Pemilihan Atlit Catur UKM [atas]

Perhatian kepada Pelajar-pelajar UKM
Sesiapa yang berminat untuk menyertai Pasukan Catur UKM ke Kejohanan Sukan MASUM 2010 sila sms nama anda dan No Matrik di talian 012-7252616(Bryan) sebelum 29 Januari 2010 atau terus hadir ke Bilik Konvensyen (Aras1) kolej Keris Mas pada 31 Januari 2010 jam 8.30 pagi-6.00 petang.

(epelajar/bul/bil.25012010-25)


Pangkalan Data SciFinder (Versi Online)[atas]

Dimaklumkan Pangkalan Data SciFinder (Versi Online) boleh diakses semula pada 1 Februari 2010 (Isnin).
Harap Maklum.

(epelajar/bul/bil.25012010-24)


Sesi Taklimat Pelajar Baru Pidn 2009 Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) UKM Bangi [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.25012010-23)


Makluman Ujiam MUET Pertengahan Tahun 2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.22012010-22)


Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan (SUKNES@U) [atas]

Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dengan kerjasama PERMANIS UKM akan mengadakan Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan (SUKNES@U) pada:

Tarikh: 5-7 Februari 2010

Penyertaan terbuka kepada ahli PERMANIS UKM dan penyertaan adalah terhad. Sebarang pertanyaan, sila berkunjung ke Bilik PERMANIS di Pusaneka.

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.22012010-21)


Pencalonan Anugerah Pengajar Cemerlang [atas]

Pelajar FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (Prasiswazah tahun 3 dan siswazah (tahun 2 yang mengambil kerja kursus dan disertasi sahaja),

Kerjasama saudara-saudari adalah dipohon untuk membuat pencalonan bagi Anugerah Pengajar Cemerlang. Sila dapatkan borang pencalonan di kaunter jabatan masing-masing dan mengisi borang tersebut dengan mencalonkan tenaga pengajar yang difikirkan memenuhi kriteria yang terdapat dalam borang pencalonan tersebut.

Borang pencalonan juga boleh diperolehi menerusi laman UKM, klik pada Pusat dan pilih Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat, klik Anugerah Khas Kualiti dan muat turun borang untuk Anugerah Pengajar Cemerlang.

Borang yang telah diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia Pengurusan Kualiti (bersebelahan bilik PMFPI dan berdepan dengan makmal), paras 2, FPI sebelum atau pada 25 Januari 2010.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urusetia Pengurusan Kualiti di talian 03-8921 4055/5563 atau email roziah@ukm.my.

(epelajar/bul/bil.21012010-20)


Pengumuman Pengesahan Peperiksaan FKAB tahun 3 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

(epelajar/bul/bil.18012010-19)


Senarai Pelajar Yang Menghadapi Masalah Pembiayaan PTPTN [atas]

Sila klik lampiran untuk maklumat lanjut.
Lampiran 1
Lampiran 2

(epelajar/bul/bil.18012010-18)


Malam Kebudayaan Amal Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-16 [atas]

Suka cita dimaklumkan bahawa sekretariat pesta ang pow pmukm ke-16 akan mengadakan malam kebudayaan amal yang bertujuan untuk mengutip derma membantu kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan. semua dijemput hadir untuk meriahkan lagi malam kebudayaan amal itu.

Tarikh : 22 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 11.30 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Kajang

Pengangkutan disediakan pada hari tersebut. hanya perlu tunggu di stesen bas kolej masing-masing sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Liang Kai Wen 017-5895849
Ang Mia Yang 017 - 9653893

(epelajar/bul/bil.18012010-17)


Pangkalan Data Percubaan - Brill Hague Law & E-books [atas]

Pangkalan Data Percubaan - Brill Hague Law & E-books

Akses percubaan kepada:
1.The Hague Academy Collected Courses Online
2. Human Rights and Humanitarian Law E-Books Online
3. International Law E-Books Online.

Klik Pangkalan Data Percubaan untuk akses.

Percubaan tamat: 02 Febuari 2010

(epelajar/bul/bil.18012010-16)


Pengumuman Pusat Teknologi Maklumat (PTM)[atas]

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan ICT, UKM dan Rangkaian JARING tidak boleh digunakan pada 18 Januari 2010 (Isnin), mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ini adalah disebabkan pihak JPP sedang menjalankan kerja- kerja elektrik di bangunan Pusat Teknologi Maklumat, UKM, Bangi.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

(epelajar/bul/bil.14012010-15)


Insurance Card for International Students [atas]

For all International Students (not included new students who are registered on semester 2 2009/2010), Insurance Card for ‘Medical and Surgical Insurance’ is available now at Student Finance Department, Bursar Office, 3rd Floor Chancelory Building.

On 13th January 2010 (8.30 am until 1.00 pm only) ,we will open the special counter for card distribution at 1st Floor ,Chancelory Building (Front of Receivable Counter).

Please bring the Student Matric Card

(epelajar/bul/bil.13012010-14)


Pemberitahuan Gangguan Capaian Ke Server Pangkalan Data Sistem Maklumat Universiti [atas]

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa server pangkalan data utama Sistem Maklumat Universiti (SMU) TIDAK BOLEH DICAPAI mulai jam 10.00 malam, 29/01/2010 (Jumaat) hingga 10.00 malam, 31/01/2010 (Ahad) untuk kerja-kerja penyelenggaraan server dan menaiktaraf sistem pengurusan pangkalan data tersebut. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali..

(epelajar/bul/bil.12012010-09)


Acara Pengkisahan Sempena 35 Tahun Program Komputeran UKM [atas]

Sempena 35 tahun Program Komputeran UKM, pihak Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat akan mengadakan acara pengkisahan pada 16 Januari 2010 jam 2.00 petang di Dewan Kuliah FTSM. Semua bekas pelajar program Komputeran adalah dijemput. Semua pelajar tahun akhir FTSM juga dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.ftsm.ukm.my/35tahun.

(epelajar/bul/bil.11012010-08)


Ceramah Peningkatan Prestasi Akademik untuk Program Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian Semester II Sesi Akademik 2009-2010 [atas]

Sukacita dimaklumkan bahawaFakulti Farmasi akan mengadakan Ceramah Peningkatan Prestasi Akademik yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00-10.00 malam
Tempat: Dewan Kuliah (DK Merah), Pusat Kembangan Pendidikan, Kolej Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh Kepada pelajar yang telah disenaraikan nama diwajib hadir.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Liza di talian 03-92897265, Pejabat Timbalan Dekan Akademik Fakulti Farmasi.

(epelajar/bul/bil.08012010-07)


Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PTM [atas]

Dalam usaha menambahbaik perkhidmatan yang diberikan, Pusat Teknologi Maklumat UKM menjemput warga UKM untuk mengisi Borang Soal selidik Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan secara online. Klik di sini untuk mengisi borang. Atas kerjasama warga UKM diucapkan terima kasih.


(epelajar/bul/bil.07012010-06)


Iklan Kemasukan ke UKM kategori Diploma/Setaraf [atas]

Suka dimaklumkan bahawa UPU akan mengiklankan permohonan kemasukan ke IPTA bagi kategori Diploma/Setaraf pada 3 Januari hingga 3 Februari 2010.

Permohonan Kemasukan Ke Ipta Kategori Diploma/Setaraf Tahun 2010
LAWAT: http://upu.mohe.gov.my
Permohonan Atas Talian mulai: 4 Jan hingga 4 Feb 2010

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pengurusan Akademik UKM


(epelajar/bul/bil.07012010-05)


Pemakluman Kelewatan Bayaran Biasiswa JPA Sem 2 Sesi 2009/2010 [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.


(epelajar/bul/bil.05012010-04)


Penyerahan Kad Matrik Pelajar Siswazah [atas]

Makluman kepada semua pelajar siswazah Semester II 2009/2010

Penyerahan Kad Matrik

Tarikh : 6 hinga 7 Januari 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Unit Kad Kampus/Matrik Bahagian Keselamatan Wisma Aman

Harap Maklum.

(epelajar/bul/bil.05012010-03)


Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari UKM [atas]

Tarikh : 13 Januari 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Dataran Canselori, Bangunan Canselori

Kami bersedia menjawab sebarang kemusykilan anda berkaitan pengurusan kewangan Universiti.

Semua dijemput hadir.

(epelajar/bul/bil.05012010-02)


Pengedaran Brosur Program Malaysian University English test (MUET) [atas]

Sila klik untuk maklumat lanjut.

Sehubungan dengan itu, brosur yang berkaitan boleh didapati di One-Stop Centre, Jabatan Perkhidmatan Pelajar.

(epelajar/bul/bil.05012010-01)