Subscribe to RSS feed

Pengenalan

Pusat Kajian E-Komuniti, atau eKom, adalah sebuah pusat kecemerlangan di bawah pentadbiran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 17 Februari 2000.

eKom adalah natijah daripada agenda Rancangan Malaysia Ke 8  dan NITC.  Pengurusan UKM mengarahkan penubuhan pusat kecemerlangan berkaitan dengan e-komuniti. eKom diletakkan di bawah pengurusan FSSK-UKM mulai 16 Jun 2003.

Fokus utama eKom ialah penyelidikan. ia mempunyai 6 bidang tujahan penyelidikan

  1. Dasar dan polisi
  2. Pembangunan sumber dan latihan
  3. Ekonomi dan perniagaan
  4. Komunikasi, media  dan budaya
  5. Kesihatan dan gaya hidup
  6. Sains dan teknologi

eKom menghimpunkan ahli akademi dari dalam UKM dan luar UKM menjalankan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tujahan di atas.

Hasil daripada projek penyelidikan dibentangkan di seminar dan persidangan, kemudian diterbitkan dalam bentuk prosiding, jurnal, dan buku. Sebahagian hasil  penyelidikan memberi impak dalam proses membuat polisi dan peraturan oleh beberapa pihak berkepentingan.

eKom telah dilantik oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008 sebagai pusat kecemerlangan kebangsaan dalam usaha merapatkan jurang digital (Center of Excellence – Bridging Digital Divide, CoE-BDD).

Sila klik imej di bawah untuk memasuki gerbang Komunikita.my, satu projek merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar yang dibiayai oleh Unit Perancangan Ekonom, Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Ini adalah projek sulung eKom bersama UPU-JPM