Sekilas Bicara TNC HEPA

Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal


Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni
LL.B (Hons) University of Essex, England., LLM University of Kent, England

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, Portal Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dapat direalisasikan.

Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman portal ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga UKM.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya  mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin.