SOALAN-SOALAN LAZIM BAGI PENDAFTARAN PEMBEKAL MELALUI PORTAL ePEMBEKAL UKM
 
1. Soalan: Syarikat tidak boleh capai Portal ePembekal.
  Jawapan: Capaian boleh dibuat melalui Internet Explorer versi 8, Mozilla Firefox dan Google Chrome atau melalui link yang ditempatkan di laman sesawang Jabatan Bendahari UKM.
     
2. Soalan: Tiada tarikh ROC dalam portal.
  Jawapan: Sila taip tarikh ROC secara manual /set pada hari, bulan dan tahun (dd/mm/yy)
     
3. Soalan: Kod bidang Kementerian Kewangan hanya boleh masuk satu bidang sahaja dan keterangan kod adalah berbeza.
  Jawapan: Kod bidang yang digunakan dalam Portal ini adalah berdasarkan kod bidang baru 2012 (Pindaan 3 Ogos 2012) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Sila rujuk https://sr.eperolehan.com.my/epnv/index.faces (klik pada Code Mapping). Pembekal perlu update kod bidang di Kementerian Kewangan.
     
4. Soalan: Pilihan bank tiada dalam Portal.
  Jawapan: UKM telah menyenaraikan sepuluh (10) bank tempatan. Syarikat perlu membuka akaun di kalangan bank-bank tersebut.
     
5. Soalan: Terdapat syarikat yang kurang arif atau tiada kemudahan teknologi maklumat untuk menggunakan Portal ini.
  Jawapan: UKM menyediakan kiosk-kiosk seperti berikut:-
    a. Bahagian Perolehan & Bayaran, UKM, Bangi
    b. Kaunter Unit Perolehan & Bekalan, PPUKM, Cheras
     
6. Soalan: Adakah syarikat yang telah mempunyai ID LP perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti sijil ROC/
    Kementerian Kewangan/PKK/CIDB/surat akaun bank berkenaan maklumat akaun syarikat?
  Jawapan: Ya. Semua dokumen ini perlu dikemukakan semula untuk semakan Jabatan Bendahari UKM atau Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan UKM. Penghantaran dokumen adalah bersama pembuktian bayaran pendaftaran RM50.00.
     
7. Soalan: Adakah penyata bank yang terkini perlu disertakan dan untuk berapa bulan yang diperlukan?
  Jawapan: Penyata bank tidak boleh dijadikan sebagai pengesahan maklumat akaun bank syarikat. Pihak syarikat perlu mengemukakan surat akaun dari bank berkenaan maklumat akaun syarikat.
     
8. Soalan: Adakah kaedah bayaran pendaftaran?
  Jawapan: Bayaran boleh dibuat secara tunai/draf bank/wang pos/bayaran terus secara online/kad kredit seperti berikut:-
   

No.

Penghantaran Dokumen

Kaedah Bayaran
Tunai/Kad Kredit/Draf Bank/Wang Pos Online

1.

Bahagian Perolehan & Bayaran, UKM, Bangi

Kaunter Penerimaan UKM

Draf Bank/Wang Pos atas nama “BENDAHARI UKM”

Atas nama “BENDAHARI UKM
Nombor Akaun: CIMB ISLAMIC
8002234307

2.

Kaunter Unit Perolehan & Bekalan, Jabatan Kewangan, PPUKM, Cheras

Kaunter Penerimaan, Jabatan Kewangan, PPUKM

Draf Bank/Wang Pos atas nama “HOSPITAL UKM”

Atas nama “HOSPITAL UKM
Nombor Akaun: CIMB 8000742634

     
9. Soalan: Boleh atau tidak syarikat membayar yuran pendaftaran ke akaun UKM tetapi menghantar dokumen dan bukti pembayaran ke PPUKM?
  Jawapan: Tidak boleh.
     
10. Soalan: Syarikat yang telah ada ID LP, telah membuat pendaftaran baru, apa kesannya? Ini kerana surat id belum terima.
  Jawapan: Minta syarikat abaikan permohonan baru dan hantarkan permohonan baru untuk dibatalkan.
     
11. Soalan: Sekiranya syarikat yang menerima slip ID LP adalah klinik panel UKM/PPUKM dan hotel, adakah perlu mendaftar melalui Portal ini.
  Jawapan: Tidak, kerana klinik panel/hotel di bawah kategori Organisasi. Mohon maklumkan kepada pihak UKM.
     
12. Soalan: Sekiranya syarikat menerima banyak ID LP, yang mana satu perlu digunakan? .
  Jawapan: Syarikat perlu menggunakan satu ID LP sahaja. ID yang tidak digunakan perlu dimaklumkan kepada pihak Jabatan Bendahari.



Pusat Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia,(UKM) Hakcipta Terpelihara.