Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian

Pengenalan

Program Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Fakulti Farmasi, Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan melatih secara sepenuh masa bakal ahli farmasi.

Objektif

Melahirkan graduan yang dapat menghayati asas penyakit dan pendekatan terapi dalam usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan farmasi sebagai salah satu komponen bersepadu perkhidmatan untuk masyarakat. Graduan juga dilatih supaya mempunyai etika murni dan tanggungjawab profesional demi untuk memenuhi tuntutan agama dan aspirasi negara.

Jangkamasa Pengajian dan Jumlah Unit

Program ini mengambil masa selama empat tahun. Jumlah keseluruhan unit yang perlu diambil untuk tujuan pengijazahan ialah 169 unit yang merangkumi kursus wajib yang ditetapkan oleh program (145 unit), fakulti (4 unit), ko-kurikulum (8 unit) dan universiti (12 unit). Setelah memenuhi semua syarat pengajian, pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Farmasi dengan Kepujian [Sm Far(Kep)].

Syarat Kemasukan

Memenuhi Syarat Am Universiti
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan lain yang setaraf dengannya dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia

Memenuhi Keperluan Khas Program :

STPM/*Matriculation/*Foundation
Minimum CGPA 3.50, dengan minimum B dalam

1. Kimia
2. Biologi
3. Matematik / Matematik Tambahan

dan

Minimum B dalam 5 subjek SPM, termasuk
1. Kimia
2. Biology
3. Matematik / Matematik Tambahan
4. Fizik
5. 1 subjek lain

dan

Lulus dengan minimum C untuk SPM Bahasa Malaysia / Melayu dan Bahasa Inggeris

dan

Mendapat minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
(*Note : Minimum 1 tahun program)
Calon-calon juga perlu lulus sebarang sesi temuduga atau peperiksaan yang ditetapkan oleh Fakulti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Dr. Norazrina Azmi

Timbalan Dekan (Prasiswazah, Alumni & Antarabangsa)
+603-92897095
azrina.azmi@ukm.edu.my

Dr. Mohd Hanif Zulfakar

Penyelaras Program Prasiswazah
+603-92897973
hanifzulfakazr@ukm.edu.my