#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Kemudahan kewangan/biasiswa

  • Bagaimana untuk saya memohon bantuan Zakat?

    Semua pelajar warganegara Malaysia, boleh mohon di Pusat Zakat UKM (lokasi di Masjid UKM) dengan mengisi borang dan yang disahkan oleh fakulti bersama salinan surat tawaran kemasukan sebelum dihantar ke Pusat Zakat UKM.

    Jenis bantuan:

    zakat

  • Saya adalah pelajar tajaan, siapa harus saya maklumkan?

    Pelajar yang mendapat tajaan perlu mengemukakan surat tawaran tajaan di Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 3 Bangunan Canselor

  • Bagaimana saya memohon PTPTN?

    Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi PTPTN iaitu http://www.ptptn.gov.my.  Permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas mendapat tawaran kemasukan ke IPT.  Walau bagaimana pun, pemprosesan permohonan tersebut hanya akan dilakukan mengikut tarikh yang akan ditetapkan oleh PTPTN. PTPTN HOTLINE – 03-20804455 untuk sebarang kemusykilan.

  • Apakah tabung bantuan lain yang boleh saya pohon?

    Maklumat tabung bantuan di bawah boleh diperolehi di Unit Kebajikan Pelajar bertempat di Pusanika.

    tabung bantuan