Language

Bahasa

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pendaftaran

Saya pelajar baharu? Apakah proses untuk saya mendaftar?

Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran mulai 8 hingga 31 Ogos 2016.

  1. Sila muat naik dokumen berikut (pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem):-
    1. Slip keputusan SPM
    2. Slip keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf  
    3. Slip keputusan MUET/TOEFL/IELTS
  2. Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini  
  3. Sila kemaskini Maklumat Waris  
  4. Muat naik gambar berukuran paspot (berwarna)  secara atas talian  dengan SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web http://www.ukm.my/kemasukan /tawaran.  
  5. Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran, di bank  Bank Islam Malaysia Berhad/ CIMB.
  6. Lakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (sila cetak borang yang disediakan di lampiran).Muat naik Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap di http://www.uk.my/kemasukan/tawaran.  Laporan dan filem x-ray hendaklah disimpan dan TIDAK PERLU dibawa semasa hari pendaftaran.  Sekiranya kesuntukan masa, saudara/i boleh terus mendaftar diri dan melakukan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM selepas pendaftaran.  
  7. Pelajar diminta mengisi Ujian Personaliti.

Bagaimanakah cara saya menangguhkan pendaftaran?

Dalam tempoh 2 minggu mulai 5 September 2016.

Borang dalam laman web fakulti, hantar ke Pusat Pengurusan Akademik.

Saya adalah pelajar lama. Bagaimanakah saya mendaftar?

Daftar melalui SMP, jika tidak berjaya, pelajar dimohon semak perkara berikut:

  • Yuran tertunggak
  • SPPP perlu lengkap diisi

Saya adalah pelajar baru. Bilakah patut saya mendaftar?

  • Pada 28 Ogos 2016 (Ahad) pagi (untuk pelajar Luar KL)
  • Dan petang (Untuk sekitar KL, Selangor dan Putrajaya) Mendaftar di fakulti

Ibubapa/Penjaga yang datang awal untuk mengiringi anak mereka ke UKM dan memerlukan kemudahan tempat tinggal sila  hubungi  Unit Pentadbiran, Pusat Khidmat Siswa, UKM (En Ahmad Azizi Pandak) di No. Telefon 03-89215346 / 0192273577

Bolehkah saya menukar dari program yang telah ditawarkan kepada saya?

Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Adakah pengangkutan dari KLIA/stesen Komuter disediakan sepanjang pendaftaran?

Pihak UKM akan menyediakan kemudahan pengangkutan pada 27 dan 28 Ogos, 2016 SAHAJA.        

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:  

  1. En. Mohd Zaili Bin Mohd Nor,03-8921 4531,019-239 0499, mzaili@ukm.edu.my
  2. Pn. Mariam Abu Amrin 03-8921 5060, 017-665 4365 mariam.aa@ukm.edu.my

Saya belum melakukan X-Ray. Di mana boleh saya lakukannya di UKM?

Boleh dibuat di Pusat Kesihatan UKM selepas mendaftar 28 Ogos 2016.

Bilakah harus saya menyerahkan X-Ray?

X-Ray tidak perlu diserahkan hanya upload softcopy di UPU.