Soalan Lazim
1. Berapa lamakah tempoh pengajian program prasiswazah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan?
Jawapan: Pelajar mesti mengikuti kursus Ijazah Sarjanamuda tidak kurang daripada tujuh semester dan tidak lebih daripada dua belas semester dikria dari tarikh pendaftaran pertama untuk emndapatkan Ijazah Sarjanamuda.
2. Apakah syarat kemasukan?
Jawapan: Syarat-syarat kemasukan bergantung kepada jenis program yang ingin diikuti.
3. Bagaimanakah keputusan peperiksaan dihantar kepada pelajar?
Jawapan: Pelajar boleh access dalam SMP Web dan cetak. Jika untuk urusan rasmi pelajar boleh datang ambil di pejabat.
4. Adakah pelajar perlu membuat penilaian kursus sebelum boleh membuat pendaftaran kursus pada semester seterusnya?
Jawapan: Pelajar diwajibkan membuat penilaian kursus dahulu sebelum mendaftar kursus melalui SMP Web.
5. Jikalau perlu membuat pendaftaran kursus dahulu, apa laman web dan bagaimanakah cara untuk menilai kursus?
Jawapan: Pelajar membuat penialaian kursus melalui SMP web. Butang untuk penilaian kursus telah sedia ada. Pelajar hanya perlu memasukkan no. pendaftaran dan ID.
6. Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh FEP?
Jawapan: Di dalam memastikan persekitaran kampus yang kondusif dan harmoni, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk warga kampus. Pelbagai aktiviti turut diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dari aspek fizikal dan mental.
7. Bahasa penghantar utama yang digunakan di FST?
Jawapan: Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya ingin berurusan dengan pihak FEP?
Dekan,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
603 - 8921 5360 / 3750 / 3753
603 - 8925 1821
dfep@ukm.my









