Language

Bahasa

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Kursi Anugerah MPOB-UKM

mpob_web

TUJUAN / OBJEKTIF

Kursi MPOB@UKM dalam pembangunan ekonomi dan industri minyak sawit yang lestari telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai 2012 di UKM. Tujuan utama penubuhan Kursi MPOB@UKM adalah untuk membangunkan peranan kepimpinan penyelidikan dalam pembangunan ekonomi masyarakat serta industri minyak sawit yang lestari. Di samping itu, Kursi ini juga bertujuan untuk memupuk kerjasama awam-swasta serta perkongsian dalam penjanaan pendapatan dan peningkatan kebajikan untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Ini seterusnya, akan meningkatkan kapasiti dan profil Malaysia sebagai model ekonomi dengan industri minyak sawit yang lestari. Antara 2013 – 2016, Kursi ini akan memberi tumpuan kepada empat teras penyelidikan seperti berikut berikut:

  1. Dasar dan Peraturan
  2. Potensi Perniagaan dan Pendapatan
  3. Masyarakat Madani dan Komuniti
  4. Kelestarian Alam Sekitar

 

MISI

Sejajar dengan nama Kursi ini, misi Kursi MPOB@UKM ialah untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan industri minyak sawit yang lestari melalui penyelidikan, kerjasama dan perkongsian, serta pembangunan modal insan dan penyebaran maklumat.

 

CARTA ORGANISASI

AKTIVITI

PENYELIDIKAN

 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Rasmi MPOB@UKM di:

http://www.ukm.my/kursimpobukm/