Berita takziah Prof. Madya Dr Zakiah Muhammaddun Mohamed

Dukacita dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Zakiah Muhammaddun binti Mohamed, Pensyarah Kanan DS54 di Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 07 April 2017 di kediaman beliau, Petaling Jaya dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Warga UKM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.