perkemvii3
 
 
Laman Utama
Tarikh Penting
Pendaftaran
Kertas Kerja
Hubungi kami
Atur cara Program
Peta (Map)

PANDUAN KERTAS KERJA

Ringkasan format kertas kerja: sila klik di sini

Panduan am; Kertas kerja perlu sekurang-kurangnya mengandungi bahagian dan mengikut turutan di bawah;

  1. Tajuk
  2. Nama pengarang
  3. Abstrak
  4. Pengenalan
  5. Metodologi
  6. Dapatan kajian
  7. Rumusan dan perbincangan/ Penutup
  8. Nota hujung (jika ada)
  9. Rujukan
  10. Rajah (jika ada)
  11. Jadual (jika ada)

Panduan spesifik

Panjang: Kertas kerja seboleh-bolehnya tidak melebihi 10 muka surat termasuk rujukan, rajah, jadual dan lampiran. Kelonggaran diberi sehingga 15 muka surat maksimum.

Margin: Manuskrip perlu mengikut margin: 1.5 inci (kiri) and 1 inci (atas, kanan dan bawah).

Tajuk: Tajuk tidak melebihi 10 perkataan dan dimula dengan huruf besar bagi setiap perkataan, saiz 14, ke kiri dan sekurang-kurangnya margin 1 inci dari atas mukasurat dan langkau satu jika memerlukan lebih dari 1 baris. 

Pengarang: Biarkan satu langkau selepas tajuk sebelum nama pengarang.

Abstrak: Abstrak diletakkan dua langkau selepas nama pengarang. Abstrak perlu mempunyai antara 250-350 patah perkataan ditulis dengan fon tulisan “Times New Roman” bersaiz 10.  Abstrak patut menerangkan objektif kajian, metodologi, keputusan utama kajian. Penulis juga dikehendaki menyediakan abstrak dalam bahasa Inggeris jika kertas kerja penuh ditulis dalam bahasa Melayu.

Kata kunci: Biarkan satu langkau selepas abstrak untuk kata kunci yang menerangkan bidang kajian sehingga maksimum tiga bidang kajian.

Teks: Tulisan mesti jelas dan padat.  Jadual, rajah dan rujukan yang dibuat mesti mengikut aturan.  Tulisan bersaiz 10 dengan gaya “Times New Roman” dan  ditulis dengan langkau satu.  Teks perlu ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu atau sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Tajuk/ Sub-Tajuk: Tajuk/ sub-tajuk mesti ditulis dengan huruf besar dan dilaras ke kiri.  Biarkan satu langkau sebelum dan selepas tajuk/ sub-tajuk untuk memulakan perenggan.

Rujukan: Rujukan yang lengkap disenaraikan selepas penutup dan disusun mengikut turutan huruf nama pengarang. Rujukan adalah mengikut gaya APA. Hanya rujukan yang dirujuk di dalam teks sahaja perlu disenaraikan.

1. Artikel

Arize, A. C. (1994). A re-estimation of the demand for money in small developing economy. Applied Economics, 26, 217-28.

Blyton, P. & Turnbull, P. (1998). The Dynamics of Employee Relations, 2nd ed., London: McMillan Press Ltd.

2. Prosiding persidangan

Wilkinson, R. (1999). Sociology as a marketing feast. In M. Collis, L. Munro, & S. Russell (Eds.), Sociology for the New Millennium. Papers presented at The Australian Sociological Association, held at Monash University, Melbourne, 7-10 December (pp. 281-289). Churchill, Victoria: Celts.

3. Buku

Bank Negara Malaysia. (1999). The Central Bank and the Financial System in
Malaysia: a Decade of Change. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Rajah/ Jadual: Semua rajah diikuti jadual perlu berada selepas rujukan. Tajuk rajah diletak di bawah rajah dan tajuk jadual diletak di atas jadual.  Perkataan rajah atau jadual adalah berhuruf besar dan menggunakan pernomboran Arab (RAJAH 1 ATAU JADUAL 2) diikuti tajuk rajah atau jadual dalam huruf kecil.  Gambarajah dan jadual patut jelas dan nota kaki boleh ditambah menggunakan simbol.

 

 

Laman Utama| Tarikh Penting | Pendaftaran | Kertas Kerja | Hubungi Kami