#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Pernyataan Kualiti Universiti

Falsafah

Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Wawasan

UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Misi

Menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.

Matlamat Pendidikan

Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan, beretika dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.

Dasar Kualiti Universiti

Seluruh warga UKM bertekad menjadikan UKM pusat ilmu terpilih melalui pendidikan, penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan yang menepati keperluan pelanggan.