Doktor Falsafah Ekonomi

Program ini bertujuan menghasilkan graduan untuk menjadi ahli ekonomi berkemampuan tinggi supaya mereka dapat menjana dan menyampaikan ilmu dalam bidang ekonomi. Pengajaran kursus dan penyediaan tesis atau disertasi akan membolehkan pelajar mendalami ilmu ekonomi dan menjalankan penyelidikan saintifik. Penganugerahan ijazah ini mengambil kira pengetahuan pelajar yang luas dan mendalam serta keupayaannya menjalankan penyelidikan secara kendiri dalam bidang penyelidikannya.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. melahirkan graduan kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang ekonomi;
  2. melahirkan graduan yang mempunyai sikap yang profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat; dan
  3. mengembangkan kompetensi dan bidang kajian yang dipilih.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. menunjukkan fahaman yang sistematik dan mendalam berkenaan bidang ekonomi serta menguasai skil dan kaedah penyelidikan;
  2. menggunakan keupayaan untuk menghasil, membentuk, melaksana dan menerima pakai sebahagian besar dari proses penyelidikan dengan bijaksana;
  3. menjalankan penyelidikan yang memberi sumbangan asli bagi meluaskan sempadan pengetahuan melalui kajian yang telah dibentang dan dipertahankan berdasarkan amalan antarabangsa, dan penulisan dalam penerbitan berwasit;
  4. melakukan analisis yang kritis, menilai dan mensintesis idea baru;
  5. berkomunikasi dengan komkrediti bersepakaran dan masyarakat umum berkenaan bidang ekonomi; dan
  6. mempromosikan hasil penyelidikan dalam konteks keunikan sosial dan budaya pengurusan kepada masyarakat berilmu.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Ekonomi dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan
  3. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
  4. Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

  1. Sepenuh masa (lapan (8) hingga dua belas (12) semester)*
  2. Separuh masa (sepuluh (10) hingga empat belas (14) semester)*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program (Mod Kerja Kursus dan Penyelidikan)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua komponen seperti berikut:
    Kursus Teras 20 kredit
    Kursus Wajib Modul 12 kredit
    Peperiksaan Komprehensif 
    Disertasi 28 kredit
  2. Calon hendaklah menduduki dan lulus peperiksaan komprehensif iaitu dua (2) dalam bidang teori ekonomi (Mikroekonomi dan Makroekonomi) dan satu bidang pengkhususan;
  3. Calon hendaklah lulus dalam pembentangan cadangan penyelidikan dan peperiksaan lisan disertasi peringkat doktor falsafah; dan
  4. Calon hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel berkaitan dengan penyelidikan peringkat doktor falsafah dalam jurnal berwasit dan berindeks ISI/ Scopus/ ERA atau yang tersohor dalam bidang dan satu (1) prosiding daripada seminar/ persidangan/ bengkel yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Senarai Kursus

  1. Kursus Teras (20 kredit)
    • EPPE6014 Mikroekonomi
    • EPPE6024 Makroekonomi
    • EPPE6034 Kaedah Ekonometrik
    • EPPE7044 Teori dan Dasar Makroekonomi
    • EPPE7054 Mikroekonomi Lanjutan
  2. Kursus Wajib Modul (12 kredit)
    Calon boleh memilih mana-mana kursus bagi memenuhi 12 kredit daripada senarai berikut termasuk kursus daripada program Sarjana Ekonomi dan Sarjana Keusahawanan dan Inovasi:

    • Ekonomi Kewangan
      • EPPE6114 Analisis Portfolio
      • EPPE6124 Ekonomi Monetari
      • EPPE6164 Kewangan Antarabangsa
    • Ekonomi Industri*
      • EPPE6134 Organisasi Industri Lanjutan
      • EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan
      • EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan Industri
    • Ekonomi Awam
      • EPPE6144 Pembiayaan Awam
      • EPPE6154 Ekonomi Dasar Sosial
      • EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan Antarabangsa
    • Ekonomi Antarabangsa*
      • EPPE6164 Kewangan Antarabangsa
      • EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan lndustri
      • EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan Antarabangsa
    • Ekonomi Pembangunan
      • EPPE6214 Perancangan Ekonomi Lanjutan
      • EPPE6224 Teori dan Dasar Pembangunan
      • EPPE6234 Perdagangan dan Pembangunan
    • Ekonomi Sumber Manusia
      • EPPE6244 Perancangan Pembangunan Sumber Manusia
      • EPPE6254 Pengurusan Sumber Manusia
      • EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan
    • Ekonomi Pertanian dan Gunaan
      • EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis
      • EPPE6304 Ekonomi Pertanian Lanjutan
      • EPPE6324 Analisis Dasar dan Program Pertanian
    • Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar
      • EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis Projek
      • EPPE6334 Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli
      • EPPE6344 Pengoptimuman Dinamik dan Teori Keputusan
    • Ekonometrik
      • EPPE6414 Ekonometrik Lanjutan
      • EPPE6424 Ekonometrik Siri Masa
      • EPPE6434 Ekonometrik Gunaan
    • Ekonomi Islam
      • EPPE6514 Fiqh Untuk Ekonomi
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6534 Analisis Ekonomi Islam Lanjutan
    • * Kursus dikendalikan dalam Bahasa Inggeris
  3. Disertasi (28 kredit)
    • EPPE7928 Disertasi
  4. Kursus Bahasa Melayu
    Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai
    syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.

    • ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
    • ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus kursus teras dan kursus wajib modul yang ditetapkan;
  2. Lulus peperiksaan komprehensif;
  3. Lulus peperiksaan lisan disertasi;
  4. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  5. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Pengambilan

  • September (permohonan dibuka pada April)*
  • Februari (permohona dibuka pada Oktober)*

*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan

Permohonan

Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara

Yuran Pengajian

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,710
Perkhidmatan dan Aktiviti745525985
Yuran Pengajian1,8351,6354,100
JUMLAH SEMESTER 13,5903,0456,795
Semester berikutnya2,5802,1605,085
JUMLAH YURAN16,49018,16532,220
(6 semester)(8 semester)(6 semester)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:

Sekretariat Siswazah
Aras 4
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel:+6038921 5775/ 5777/ 5776/5373
Faks:+603-89251821
Emel: sitinora[a]ukm.edu.my

Bantuan Pembiayaan Pengajian

Calon yang layak boleh memohon untuk mendapat bantuan pembiayaan pengajian berikut: