Doktor Falsafah
Program ini membuka peluang pendekatan multidisiplin dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Program ini dijangka dapat memenuhi keperluan tenaga manusia yang holistik, yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi bidang pengkhususan dan penyelidikan yang seterusnya mampu memacu negara ke arah negara maju. Terdapat 4 bidang penyelidikan utama yang ditawarkan iaitu ekonomi, perakaunan, pengurusan dan keusahawanan dan bidang-bidang tersebut dipecahkan lagi kepada beberapa bidang pengkhususan.
Matlamat Program
Matlamat program ini adalah untuk:
- melahirkan graduan kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang kepakaran;
- membentuk kompetensi dan kepakaran penyelidikan; dan
- melahirkan graduan yang mempunyai sikap profesional serta beretika.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:
- mensintesis pengetahuan dan menyumbang kepada penyelidikan asli yang memperluas sempadan ilmu dalam bidang kepakaran;
- mengadaptasi kemahiran praktikal menjurus kepada idea inovatif untuk memberi pendedahan dalam bidang kepakaran;
- menghasil dan menerbitkan karya asli dalam bidang kepakaran untuk manfaat komuniti dan industri;
- menjalankan penyelidikan secara bebas dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional;
- mempamerkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan dalam kalangan penyelidik dan pihak berkepentingan;
- menangani permasalahan dalam bidang secara kritikal menggunakan kemahiran pengurusan maklumat secara saintifik; dan
- menyepadu maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
- Ijazah Sarjana dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
- Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
- Calon yang sedang mengikuti program Sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di UKM dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran dengan kelulusan Dekan Fakulti; dan
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
- Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.
Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian
- Sepenuh masa (enam (6) hingga dua belas (12) semester)*
- Separuh masa (lapan (8) hingga empat belas (14) semester)*
* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja
Struktur Program
- Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua komponen seperti berikut:
Kursus Prasyarat 3 kursus
Tesis - Calon hendaklah lulus dalam pembentangan cadangan penyelidikan;
- Calon hendaklah lulus peperiksaan lisan peringkat doktor falsafah; dan
- Calon hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya dua (2) artikel berkaitan dengan penyelidikan peringkat Doktor Falsafah dalam jurnal berwasit dan berindeks ISI/ Scopus/ ERA atau yang tersohor dalam bidang yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.
Senarai Bidang Penyelidikan Program dan Pengkhususan Penyelidikan
Bil | Bidang penyelidikan program | Bidang pengkhususan penyelidikan |
---|---|---|
1. | Ekonomi | 1. Ekonometrik 2. Ekonomi Fiskal dan Monetari 3. Ekonomi Industri dan Perdagangan Antarabangsa dan Buruh 4. Ekonomi Kewangan dan Perbankan 5. Ekonomi dan Kewangan Islam 6. Ekonomi Pembangunan dan Komuniti 7. Ekonomi Pembangunan Sumber Manusia 8. Ekonomi Pertanian, Sumber dan Alam Sekitar |
2. | Perakaunan | 1. Akauntabiliti dan Kawalan Pengurusan 2. Pelaporan dan Tadbir Urus Korporat 3. Pencukaian dan Undang-undang 4. Pengauditan dan Perkhidmatan Asuran 5. Perakaunan Lestari 6. Sistem Maklumat Perakaunan |
3. | Pengurusan | 1. Gelagat Kewangan 2. Gelagat Pengguna 3. Gelagat/Kelakuan Organisasi 4. Kewangan 5. Pemasaran Perkhidmatan 6. Pengantarabangsaan 7. Pengurusan Logistik 8. Pengurusan Pemasaran 9. Pengurusan Pengetahuan 10. Pengurusan Risiko 11. Pengurusan Sumber Manusia 12. Perbankan Islam 13. Peruncitan |
4. | Keusahawanan | 1. Keusahawanan dan Inovasi 2. Perniagaan Antarabangsa 3. Perniagaan Sosial |
Senarai Kursus
- Kursus Prasyarat
Kod Kursus Nama Kursus Kursus EPPD8013 Kaedah Penyelidikan Lanjutan Ekonomi, Perakaunan, Pengurusan dan Keusahawanan EPPD8023 Analisis Kualitatif & Kuantitatif Perakaunan, Pengurusan dan Keusahawanan EPPM8033 Teori Pengurusan dan Keusahawanan Pengurusan dan Keusahawanan EPPA8033 Penyelidikan dalam Perakaunan Perakaunan EPPE8034 Ekonometrik Lanjutan Ekonomi EPPE7044/
EPPE7054Mikroekonomi Lanjutan/
Makroekonomi LanjutanEkonomi - Kursus Bahasa Melayu
Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.- ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
- ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II
Syarat Pengurniaan Ijazah
Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:
- Lulus kursus prasyarat yang ditetapkan;
- Lulus peperiksaan lisan;
- Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
- Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti
Pengambilan
- September (permohonan dibuka pada April)*
- Februari (permohona dibuka pada Oktober)*
*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan
Permohonan
Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara
Yuran Pengajian
Perkara | Tempatan | Antarabangsa | |
Sepenuh Masa | Separuh Masa | Sepenuh Masa Sahaja | |
Pendaftaran (Sekali Sahaja) | 1,010 | 885 | 1,710 |
Perkhidmatan dan Aktiviti | 745 | 525 | 985 |
Yuran Pengajian | 1,835 | 1,635 | 4,100 |
JUMLAH SEMESTER 1 | 3,590 | 3,045 | 6,795 |
Semester berikutnya | 2,580 | 2,160 | 5,085 |
JUMLAH YURAN | 16,490 | 18,165 | 32,220 |
(6 semester) | (8 semester) | (6 semester) |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:
Sekretariat Siswazah
Aras 4
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel:+6038921 5775/ 5777/ 5776/5373
Faks:+603-89251821
Emel: sitinora[a]ukm.edu.my
Bantuan Pembiayaan Pengajian
Calon yang layak boleh memohon untuk mendapat bantuan pembiayaan pengajian berikut: