Sarjana Ekonomi Islam

Program ini direka untuk melahirkan graduan yang mahir bukan sahaja daripada segi teori ekonomi Islam, tetapi juga mengaplikasi teori tersebut dalam perbankan dan kewangan Islam. Program Sarjana Ekonomi Islam menekankan kepada konsep ekonomi daripada perspektif syariah. Pemohon yang mempunyai keputusan cemerlang boleh mengikuti pengajian secara mod penyelidikan.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. melahirkan graduan yang kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang ekonomi, perbankan dan kewangan Islam bagi memenuhi keperluan industri, penyelidikan dan pendidikan di dalam dan luar negara;
  2. memenuhi hasrat kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan perbankan dan kewangan Islam dunia yang inovatif dan cemerlang; dan
  3. mengembangkan kompetensi dan bidang kajian yang dipilih.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh

  1. menunjukkan fahaman yang sistematik dan mendalam berkenaan bidang ekonomi serta menguasai skil dan kaedah penyelidikan;
  2. menggunakan keupayaan untuk menghasil, membentuk, melaksana dan menerima pakai sebahagian besar dari proses penyelidikan dengan bijaksana;
  3. menjalankan penyelidikan yang memberi sumbangan asli bagi meluaskan sempadan pengetahuan melalui kajian yang telah dibentang dan dipertahankan berdasarkan amalan antarabangsa, dan penulisan dalam penerbitan berwasit;
  4. melakukan analisis yang kritis, menilai dan mensintesis idea baru;
  5. berkomunikasi dengan komkrediti bersepakaran dan masyarakat umum berkenaan bidang ekonomi; dan
  6. mempromosikan hasil penyelidikan dalam konteks keunikan sosial dan budaya pengurusan kepada masyarakat berilmu.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan
  3. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; danFakulti Ekonomi dan Pengurusan
  4. Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

  1. Sepenuh masa (tiga (3) hingga enam (6) semester)*
  2. Separuh masa (empat (4) hingga lapan (8) semester)*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program (Mod Kerja Kursus)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus yang terdiri daripada komponen berikut:
    Kursus Teras 16 kredit
    Kursus Pengkhususan 16 kredit
    Kertas Ilmiah 8 kredit
    JUMLAH 40 kredit
  2. Calon hendaklah menerbitkan satu (1) prosiding seminar/ persidangan/ bengkel yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Struktur Program (Mod Penyelidikan)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua komponen seperti berikut:
    Kursus Prasyarat 16 kredit
    Tesis 40 kredit
  2. Calon hendaklah lulus dalam pembentangan cadangan penyelidikan ;dan
  3. Calon hendaklah lulus peperiksaan lisan peringkat sarjana.
  4. Calon hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel berkaitan dengan penyelidikan peringkat sarjana dalam jurnal berwasit dan berindeks ISI/Scopus/ ERA atau yang tersohor dalam bidang dan satu (1) prosiding daripada seminar/ persidangan/ bengkel yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Senarai Kursus

  1. Kursus Prasyarat (16 kredit)
    • EPPE6034 Kaedah Ekonometrik
    • EPPE6514 Fiqh untuk Ekonomi
    • EPPE6534 Analisis Ekonomi Islam Lanjutan
    • EPPE6544 Wang, Zakat dan Ekonomi Benar
  2. Kursus Pengkhususan (16 kredit) [Mod Kerja Kursus sahaja]
    Calon boleh memilih mana-mana kursus bagi memenuhi 16 kredit daripada senarai berikut termasuk kursus daripada program Sarjana Ekonomi dan Sarjana Keusahawanan dan Inovasi:

    • Perbankan Islam
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6554 Perbankan Islam
      • EPPE6564 Pengurusan Risiko Perbankan Islam
      • EPPE6574 Isu Semasa Perbankan Islam
    • Kewangan Islam
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6584 Pengurusan Kewangan Islam
      • EPPE6594 Pengurusan dan Perancangan Harta Islam
      • EPPE6614 Teori dan Praktis Takaful
  3. Kursus Bahasa Melayu
    Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.

    • ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
    • ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II
  4. Kertas Ilmiah (8 kredit) [Mod Kerja Kursus sahaja]
    • EPPE6908 Kertas Ilmiah
  5. Tesis [Mod Penyelidikan sahaja]
    • EPPE6940 Tesis

Syarat Pengurniaan Ijazah (Mod Kerja Kursus)

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
  2. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
  3. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Syarat Pengurniaan Ijazah (Mod Penyelidikan)

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus kursus prasyarat yang ditetapkan;
  2. Lulus peperiksaan lisan tesis;
  3. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Penukaran ke Program Doktor Falsafah (Mod Penyelidikan)

Calon yang sedang mengikuti program Sarjana (Mod Penyelidikan) secara sepenuh boleh memohon untuk menukar status kepada program Ijazah Kedoktoran (Mod Penyelidikan) dengan kelulusan Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Pengambilan

  • September (permohonan dibuka pada April)*
  • Februari (permohona dibuka pada Oktober)*

*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan

Permohonan

Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara

Yuran Pengajian (Mod Kerja Kursus)

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,410
Perkhidmatan dan Aktiviti420200660
Yuran Pengajian1,4351,2353,200
JUMLAH SEMESTER 12,8652,3205,270
Semester berikutnya1,8551,4353,860
JUMLAH YURAN6,5756,62512,990
(3 semester)(4 semester)(3 semester)

Yuran Pengajian (Mod Penyelidikan)

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,410
Perkhidmatan dan Aktiviti8456251,085
Yuran Pengajian1,4351,2353,200
JUMLAH SEMESTER 13,2902,7455,695
Semester berikutnya2,2801,8604,285
JUMLAH YURAN7,8508,32514,265
(3 semester)(4 semester)(3 semester)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:

Sekretariat Siswazah
Aras 4
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel:+6038921 5775/ 5777/ 5776/5373
Faks:+603-89251821
Emel: sitinora[a]ukm.edu.my

Bantuan Pembiayaan Pengajian

Calon yang layak boleh memohon untuk mendapat bantuan pembiayaan pengajian berikut: