Sarjana Ekonomi

Program ini bertujuan menyediakan graduan dengan ilmu ekonomi lanjutan bagi melahirkan graduan yang mahir daripada segi teori ekonomi, aplikasi empirik dan mampu menjalankan penyelidikan dengan baik, sesuai sebagai ahli akademik, penyelidik dan penggubal dasar. Pemohon yang mempunyai keputusan cemerlang boleh mengikuti pengajian secara mod penyelidikan.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. melahirkan graduan yang kompeten yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam bidang ekonomi;
  2. melahirkan graduan yang mempunyai sikap yang profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat; dan
  3. mengembangkan kompetensi dan bidang kajian yang dipilih.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. menunjukkan fahaman yang sistematik dan mendalam berkenaan bidang ekonomi serta menguasai skil dan kaedah penyelidikan;
  2. menggunakan keupayaan untuk menghasil, membentuk, melaksana dan menerima pakai sebahagian besar dari proses penyelidikan dengan bijaksana;
  3. menjalankan penyelidikan yang memberi sumbangan asli bagi meluaskan sempadan pengetahuan melalui kajian yang telah dibentang dan dipertahankan berdasarkan amalan antarabangsa, dan penulisan dalam penerbitan berwasit;
  4. melakukan analisis yang kritis, menilai dan mensintesis idea baru; berkomunikasi dengan komkrediti bersepakaran dan masyarakat umum berkenaan bidang ekonomi; dan
  5. mempromosikan hasil penyelidikan dalam konteks keunikan sosial dan budaya pengurusan kepada masyarakat berilmu.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; dan
  3. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
  4. Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

  1. Sepenuh masa (tiga (3) hingga enam (6) semester)*
  2. Separuh masa (empat (4) hingga lapan (8) semester)*

* Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program (Mod Kerja Kursus)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus yang terdiri daripada
    komponen berikut:
    Kursus Teras 12 kredit
    Kursus Wajib Modul 12 kredit
    Kursus Elektif 8 kredit
    Kertas Ilmiah 8 kredit
    JUMLAH 40 kredit
  2. Calon hendaklah menerbitkan satu (1) prosiding seminar/ persidangan/ bengkel
    yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Struktur Program (Mod Penyelidikan)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus semua komponen seperti berikut:
    Kursus Teras 12 kredit
    Kursus Prasyarat (jika perlu)
    Tesis 40 kredit
  2. Calon hendaklah lulus dalam pembentangan cadangan penyelidikan;dan
  3. Calon hendaklah lulus peperiksaan lisan peringkat sarjana.
  4. Calon hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel berkaitan dengan penyelidikan peringkat sarjana dalam jurnal berwasit dan berindeks ISI/Scopus/ ERA atau yang tersohor dalam bidang dan satu (1) prosiding daripada seminar/ persidangan/ bengkel yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti.

Senarai Kursus

  1. Kursus Teras (12 kredit)
    • EPPE6014 Mikroekonomi
    • EPPE6024 Makroekonomi
    • EPPE6034 Kaedah Ekonometrik
  2. Kursus Wajib Modul (12 kredit) [Mod Kerja Kursus sahaja]
    Calon boleh memilih mana-mana satu (1) modul berikut:

    • Ekonomi Kewangan
      • EPPE6114 Analisis Portfolio
      • EPPE6124 Ekonomi Monetari
      • EPPE6164 Kewangan Antarabangsa
    • Ekonomi Industri*
      • EPPE6134 Organisasi Industri Lanjutan
      • EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan
      • EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan Industri
    • Ekonomi Awam
      • EPPE6144 Pembiayaan Awam
      • EPPE6154 Ekonomi Dasar Sosial
      • EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan Antarabangsa
    • Ekonomi Antarabangsa*
      • EPPE6164 Kewangan Antarabangsa
      • EPPE6174 Ekonomi Perdagangan dan lndustri
      • EPPE6184 Ekonomi Politik Perdagangan AntarabangsaFakulti Ekonomi dan Pengurusan
    • Ekonomi Pembangunan
      • EPPE6214 Perancangan Ekonomi Lanjutan
      • EPPE6224 Teori dan Dasar Pembangunan
      • EPPE6234 Perdagangan dan Pembangunan
    • Ekonomi Sumber Manusia
      • EPPE6244 Perancangan Pembangunan Sumber Manusia
      • EPPE6254 Pengurusan Sumber Manusia
      • EPPE6264 Ekonomi Buruh Lanjutan
    • Ekonomi Pertanian dan Gunaan
      • EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis
      • EPPE6304 Ekonomi Pertanian Lanjutan
      • EPPE6324 Analisis Dasar dan Program Pertanian
    • Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar
      • EPPE6314 Dasar Sumber Gunaan dan Analisis Projek
      • EPPE6334 Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli
      • EPPE6344 Pengoptimuman Dinamik dan Teori Keputusan
    • Ekonometrik
      • EPPE6414 Ekonometrik Lanjutan
      • EPPE6424 Ekonometrik Siri Masa
      • EPPE6434 Ekonometrik Gunaan
    • Ekonomi Islam
      • EPPE6514 Fiqh Untuk Ekonomi
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6534 Analisis Ekonomi Islam Lanjutan
    • Pengkhususan Kewangan Islam
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6584 Pengurusan Kewangan Islam
      • EPPE6594 Pengurusan dan Perancangan Harta Islam
      • EPPE6614 Teori dan Praktis Takaful
    • Pengkhususan Perbankan islam
      • EPPE6524 Pasaran Wang dan Modal Islam
      • EPPE6554 Perbankan Islam
      • EPPE6564 Pengurusan Risiko Di Dalam Perbankan Islam
      • EPPE6574 Isu Semasa Perbankan Islam
    • *Dikendalikan di dalam Bahasa Inggeris
  3. Kursus Elektif (8 kredit) [Mod Kerja Kursus sahaja]
    Calon boleh memilih mana-mana kursus bagi memenuhi 8 kredit daripada mana-mana kursus daripada program Sarjana Ekonomi, Sarjana Ekonomi Islam dan Sarjana Keusahawanan dan Inovasi:
  4. Kursus Bahasa Melayu
    Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.

    • ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
    • ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II
  5. Kertas Ilmiah (8 kredit) [Mod Kerja Kursus sahaja]
    • EPPE6908 Kertas Ilmiah
      Pelantikan dua (2) orang penyelia hendaklah dibuat satu (1) semester sebelum
      pelajar mendaftar Kertas Ilmiah dengan melengkapkan borang yang ditetapkan.
  6. Tesis [Mod Penyelidikan sahaja]
    • EPPE6940 Tesis

Syarat Pengurniaan Ijazah (Mod Kerja Kursus)

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
  2. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
  3. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Syarat Pengurniaan Ijazah (Mod Penyelidikan)

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus kursus teras dan kursus prasyarat (jika perlu) yang ditetapkan;
  2. Lulus peperiksaan lisan tesis;
  3. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Pengambilan

  • September (permohonan dibuka pada April)*
  • Februari (permohona dibuka pada Oktober)*

*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan

Permohonan

Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara

Yuran Pengajian (Mod Kerja Kursus)

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,410
Perkhidmatan dan Aktiviti420200660
Yuran Pengajian1,4351,2353,200
JUMLAH SEMESTER 12,8652,3205,270
Semester berikutnya1,8551,4353,860
JUMLAH YURAN6,5756,62512,990
(3 semester)(4 semester)(3 semester)

Yuran Pengajian (Mod Penyelidikan)

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,410
Perkhidmatan dan Aktiviti8456251,085
Yuran Pengajian1,4351,2353,200
JUMLAH SEMESTER 13,2902,7455,695
Semester berikutnya2,2801,8604,285
JUMLAH YURAN7,8508,32514,265
(3 semester)(4 semester)(3 semester)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:

Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel:+6038921 5830/ 5374/ 3262
Faks:+603-89251821
Emel: syazriza@ukm.edu.my