Sarjana Keusahawanan dan Inovasi

Program ini diperkenalkan untuk menghasilkan graduan daripada pelbagai bidang
agar mampu meneroka, mencipta dan mengeksploitasi peluang-peluang usaha
niaga baru atau memperbaharui usaha niaga sedia ada. Program ini dibangunkan
mengikut konsep ‘triple helix’ iaitu gabungan kepakaran universiti,
industri/usahawan dan agensi sokongan keusahawanan negara yang merupakan
platform untuk pelajar bertukar-tukar idea mengenai persekitaran perniagaan,
khususnya melibatkan keusahawanan dan inovasi.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. melahirkan graduan yang mampu menilai peluang dan mengurus perubahan dalam usaha niaga baru atau usaha niaga sedia ada.;
  2. memberi ilmu berbentuk silang disiplin keusahawanan dan inovasi dalam kalangan graduan; dan
  3. menanam sifat kepimpinan, keusahawanan dan inovasi dalam
    menyelesaikan masalah kompleks dunai perniagaan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. menunjukkan pengetahuan lanjutan serta kefahaman dalam bidang keusahawanan dan inovasi;
  2. menggunakan pengetahuan dan kefahaman keusahawanan dan inovasi ke arah penyelesaian masalah berkaitan situasi baharu dan silang disiplin;
  3. mengintegrasi dan mensintesis pengetahuan keusahawanan untuk membentuk, melaksana pelan perniagaan dan mengekalkan jaringan;
  4. mengenalpasti isu dan mencari penyelesaian melalui penyelidikan dengan mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika;
  5. mempamerkan kemahiran dan keupayaan untuk bekerja secara efektif dalam menyempurnakan tugas secara individu dan berkumpulan;
  6. mengintegrasi teori dan amalan di peringkat lanjutan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk persediaan mentadbir urus perniagaan.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau
    institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  2. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian atau
    kelulusan lain yang setara yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  3. Kelayakan penuh profesioanal yang setara dengan Ijazah Sarjanamuda dan
    diiktiraf oleh Senat UKM; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
  5. Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
    rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-
    kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa
    Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

  1. Sepenuh masa (tiga (3) hingga empat (4) semester)*
  2. Separuh masa (tiga (3) hingga enam (6) semester)**

*Semua kuliah dijalankan pada waktu dan hari bekerja.

**Semua kuliah dijalankan pada hujung minggu, dan diuruskan oleh Pusat
Kembangan Pendidikan (PKP UKM)

Struktur Program

Calon hendaklah mengikuti dan lulus 40 kredit kursus termasuk menyediakan
Projek Mercu (merancang dan memulakan perniagaan) seperti komponen
berikut:

Kursus Teras Program 40 kredit

Senarai Kursus

  1. Kursus Teras Program (40 kredit)
    • EPPK6014 Teori, Proses dan Amalan Keusahawanan
    • EPPK6024 Kewangan dan Perakaunan Keusahawanan
    • EPPK6054 Undang-undang untuk Perniagaan
    • EPPK6113 Pemasaran untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana
    • EPPK6094 Rancangan Perniagaan untuk Enterpris Baru
    • EPPK6073 Citra Wirausaha
    • EPPK6083 Pengurusan Kualiti dan Projek Bersepadu
    • EPPK6034 Inovasi dan Kreativiti dalam Perniagaan
    • EPPK6103 Pengurusan Rantaian Bekalan dan NilaiEPP
    • K6043 Pengurusan Sumber Manusia untuk Perniagaan Kecil dan
      Sederhana
    • EPPK6065 Merancang dan Memulakan Perniagaan (Projek Mercu)
  2. Kursus Bahasa Melayu
    Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.

    • ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing
    • ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
  2. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program; dan
  3. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Pengambilan

  • September (permohonan dibuka pada April)*
  • Februari (permohona dibuka pada Oktober)*

*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan

Permohonan

Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara

Yuran Pengajian

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh Masa SahajaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0101,410
Perkhidmatan dan Aktiviti420660
Yuran Pengajian1,4353,200
JUMLAH SEMESTER 12,8655,270
Semester berikutnya1,8553,860
JUMLAH YURAN6,5759,130
(3 semester)(4 semester)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:

Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel:+6038921 5830/ 5374/ 5373
Faks:+603-89251821
E-mel: rajan@ukm.edu.my