Sarjana Perakaunan

Pusat Pengajian Perakaunan mempunyai kepakaran dalam bidang pelaporan korporat, tadbir urus korporat, pengauditan, sistem maklumat perakaunan, percukaian, perakaunan sektor awam, perakaunan pengurusan dan undang-undang. Program ini membolehkan pelajar mendapat pengetahuan akademik dan penyelidikan. Mod pengajian campuran program ini memerlukan pelajar mengikuti dan lulus komponen kerja kursus serta penulisan akademik. Ini menunjukkan program memberi penekanan yang tinggi kepada asas teori yang kukuh.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang:

  1. mempunyai kemahiran peringkat lanjutan berkaitan dengan teori, prinsip dan amalan perakaunan;
  2. mempunyai kemahiran dalam penyelidikan perakaunan;
  3. berupaya memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara sendiri melalui swapembelajaran kursus dan penyelidikan; dan
  4. bersikap yang profesional serta beretika dalam memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan dan masyarakat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir program pengajian, graduan seharusnya boleh:

  1. menunjukkan pengetahuan lanjutan serta fahaman melebihi ilmu di tahap sarjanamuda dan berupaya membentuk atau mengguna ide dalam penyelidikan perakaunan;
  2. menggunakan pengetahuan dan fahaman untuk menjana ilmu ke arah penyelesaian masalah berkaitan bidang perakaunan dan situasi baru dan silang disiplin;
  3. mengintegrasi dan mensintesis pengetahuan melalui pembacaan dan penilaian literatur penyelidikan secara kritis;
  4. mengenalpasti isu dan mencari penyelesaian melalui penyelidikan berdasarkan maklumat yang terhad dan dalam keadaan persekitaran yang tidak pasti dengan mengambilkira tanggungjawab sosial dan etika;
  5. menyampaikan rumusan, pengetahuan serta rasional penemuan penyelidikan dengan jelas; dan
  6. mempamerkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran kendiri.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian dengan PNGK yang baik dari UKM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  2. Ijazah Sarjanamuda pengkhususan dalam perakaunan dengan kepujian atau kelulusan lain yang setara yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau
  3. Kelayakan penuh profesional yang setara dengan Ijazah Sarjanamuda dan diiktiraf oleh Senat UKM; dan
  4. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program atau Fakulti; dan
  5. Pemohon luar negara yang bukan dari negara Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi hendaklah memenuhi keperluan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya skor TOEFL 550 atau IELTS band 6 atau peperiksaan Bahasa Inggeris lain yang diperakui Senat UKM.

Bentuk Pendaftaran dan Tempoh Pengajian

  1. Sepenuh masa (tiga (3) hingga empat (4) semester)*
  2. Separuh masa (empat (4) hingga lapan (8) semester)*

*Semua kuliah dijalankan pada hari dan waktu bekerja.

Struktur Program (Mod Kerja Kursus dan Penyelidikan)

  1. Calon hendaklah mengikuti dan lulus komponen yang terdiri daripada berikut:
    Kursus Teras 6 kredit
    Kursus Elektif 6 kredit
    Disertasi 28 kredit
    JUMLAH 40 kredit
  2. Calon hendaklah lulus dalam pembentangan cadangan disertasi peringkat sarjana;
  3. Calon hendaklah lulus peperiksaan lisan disertasi; dan
  4. Calon hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel berkaitan dengan penyelidikan peringkat sarjana dalam jurnal berwasit dan berindeks ISI/Scopus/ ERA atau yang tersohor dalam bidang.

Senarai Kursus

  1. Kursus Teras (6 kredit)
    • EPPA6013 Kaedah Penyelidikan
    • EPPA6113 Sejarah dan Falsafah Teori PerakaunanFakulti Ekonomi dan Pengurusan
  2. *Kursus Elektif (6 kredit)
    • EPPA6123 Pelaporan Korporat
    • EPPA6213 Perakaunan Pengurusan dan Kawalan
    • EPPA6223 Perakaunan Pengurusan Strategik
    • EPPA6313 Seminar Pengauditan
    • EPPA6513 Seminar Percukaian
    • EPPA6613 Seminar Sistem Maklumat Perakaunan
    • EPPA6713 Seminar Perakaunan Sektor Awam
    • EPPA6813 Tadbir Urus Korporat
    • *Calon juga boleh memohon untuk mengikuti Kursus Elektif daripada mana-mana kursus lain yang ditawarkan Fakulti di peringkat Sarjana tertaklukpada kelulusan Dekan.
  3. Kursus Bahasa Melayu
    Calon luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu sebagai syarat pengijazahan sebagaimana ditetapkan UKM.

    • ZZZM1013 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing I
    • ZZZM1023 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing II
  4. *Disertasi (28 kredit)
    • EPPA7028 Disertasi
    • *Calon hendaklah menulis disertasi yang tidak melebihi 30,000 patah perkataan
      berdasarkan bidang yang berkaitan ilmu perakaunan.

Syarat Pengurniaan Ijazah

Syarat pengijazahan adalah seperti berikut:

  1. Lulus dengan mencapai PNGK terakhir ≥3.00;
  2. Lulus peperiksaan lisan disertasi;
  3. Menyempurnakan bilangan kredit seperti yang ditetapkan program;
  4. Memenuhi syarat penerbitan yang ditetapkan; dan
  5. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti.

Pengambilan

  • September (permohonan dibuka pada April)*
  • Februari (permohona dibuka pada Oktober)*

*Sepanjang masa bagi program Doktor Falsafah & Sarjana mod Penyelidikan

Permohonan

Permohonan secara dalam talian di http://guest.ukm.my*
*Yuran permohonan RM30 untuk calon Malaysia dan USD30.00 atau RM100.00 untuk caloan luar negara

Yuran Pengajian

PerkaraTempatanAntarabangsa
Sepenuh MasaSeparuh MasaSepenuh Masa Sahaja
Pendaftaran (Sekali Sahaja)1,0108851,410
Perkhidmatan dan Aktiviti8456251,085
Yuran Pengajian1,4351,2353,200
JUMLAH SEMESTER 13,2902,7455,695
Semester berikutnya2,2801,8604,285
JUMLAH YURAN7,8508,32514,265
(3 semester)(4 semester)(3 semester)

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami:

Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tel:+6038921 5830/ 5374/ 5373
Faks:+603-89251821
E-mel: rajan@ukm.edu.my