KE00 Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian

Pengkhususan yang Ditawarkan

Program pengajian yang ditawarkan adalah program Ijazah Sarjanamuda Ekonomi  Dengan Kepujian dalam bidang pengkhususan berikut :

  • Ekonomi Industri Dan Antarabangsa
  • Ekonomi Monetari Dan Fiskal
  • Ekonometrik Dan Statistik Gunaan
  • Ekonomi Islam
  • Ekonomi Pembangunan Dan Sumber Manusia
  • Ekonomi Sumber Dan Alam Sekitar

Peluang Kerjaya

Dengan memiliki ilmu dan kemahiran dalam hasil pembelajaran program, graduan yang dilahirkan menerusi program ini berupaya memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja sama ada dalam sektor awam atau pun swasta.  Antara peluang kerjaya adalah:

  • Ahli Ekonomi
  • Pegawai Tadbir (Pengurus, PTD, PTN)
  • Pensyarah/Tutor/Guru
  • Eksekutif  (pemasaran, kewangan, sumber manusia)
  • Pegawai Bank
  • Pegawai Penyelidik
  • Usahawan

Tempoh Pengajian

Tiga (3) tahun atau enam (6) semester termasuk empat (4) bulan latihan industri.

Cara Memohon

Permohonan adalah melalui sistem Permohonan Kemasukan Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di laman sesawang berikut :

http:/upu.mohe.gov.my