KE04 Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian

Pengkhususan yang Ditawarkan

Program pengajian yang ditawarkan adalah program Ijazah Keusahawanan dan Inovasi Dengan Kepujian dalam bidang pengkhususan berikut:

  • Kewangan Keusahawanan
  • Undang-undang keusahawanan
  • Citra wirausaha peraturan antarabangsa
  • Etika keusahawanan
  • Pemasaran
  • Rekabentuk
  • Jaringan
  • Keusahawanan Komuniti
  • Inovasi dalam perniagaan
  • Perancangan memulakan perniagaan keusahawanan

Peluang Kerjaya

Dengan memiliki ilmu dan kemahiran dalam hasil pembelajaran program, graduan yang dilahirkan menerusi program ini berupaya memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja sama ada dalam sektor awam atau pun swasta.  Antara peluang kerjaya adalah:

  • Usahawan
  • Pegawai/Eksekutif Agensi Pembangunan Keusahawanan
  • Pegawai Agensi Kerajaan
  • Eksekutif Sektor-sektor Swasta seperti :
    • Eksekutif Pemasaran
    • Eksekutif Sumber Manusia/Pengurusan
    • Eksekutif Kewangan
  • Eksekutif Perbankan & Institusi Kewangan
  • Lain-lain kerjaya dalam bidang keusahawanan, inovasi dan Pengurusan.

Tempoh Pengajian

Tiga (3) tahun atau senam (6) semester

Cara Memohon

Permohonan adalah melalui sistem Permohonan Kemasukan Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di laman sesawang berikut : http:/upu.mohe.gov.my bagi calon SPM/STPM/Diploma.