KP03 Sarjanamuda Perakaunan dengan Kepujian

(Program ini ditawarkan pada tahun kedua pengajian program Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan)

Program Sarjanamuda Perakaunan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia sebenar yang pantas berubah, pengembangan teknologi dan globalisasi.  Program ini :

  • Diiktiraf sebagai program profesional oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Halatuju Program Perakaunan Institusi Pengajian Tinggi Awam 2007 yang telah diluluskan oleh MIA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Ditanda aras mengikut standard antarabangsa International Federation of Accountants (IFAC).
  • diiktiraf oleh badan-badan profesional perakaunan seperti :
    • The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
    • Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)
    • Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administration (MAICSA),
    • The  Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
    • The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
  • Mendapat pengecualian maksima bagi sesetengah peperiksaan badan profesional.

Objektif Program

  • Membekalkan pelajar dengan teras ilmu dan kemahiran mengenai organisasi dan perniagaan.
  • Membekalkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran perakauanan yang membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu tersebut di alam pekerjaan.
  • Menyediakan pelajar yang beretika, sedia berdaya saing di pasaran global serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran perniagaan yang dinamik.

Peluang Kerjaya

Dengan memiliki ilmu dan kemahiran dalam hasil pembelajaran program, graduan yang dilahirkan menerusi program ini berupaya memenuhi keperluan dan kehendak pasaran kerja sama ada dalam sektor awam atau pun swasta.  Antara peluang kerjaya adalah:

  • Akauntan
  • Juruaudit
  • Pengurus Kewangan
  • Pendidik
  • Perunding Kewangan
  • Usahawan

Tempoh Pengajian

Empat  (4) tahun atau enam (8) semester termasuk enam bulan latihan industri.

Cara Memohon

Permohonan adalah melalui sistem Permohonan Kemasukan Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di laman sesawang berikut :

http://upu.mohe.gov.my