Language

Bahasa

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Visi dan Misi Pusat Pengajian Pengurusan

pengurusan 1

Visi


Menjana dan menyebar ilmu dan kemahiran dalam bidang pentadbiran perniagaan yang antaranya merangkumi sub-bidang kewangan, pengurusan risiko dan insurans, pemasaran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, pengurusan sumber manusia dan keusahawanan.

pengurusan 2

Misi


Menawarkan pendidkan pengurusan dan keusahawanan yang bersepadu kepada pelajar terpilih berteraskan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, kreatif dan inovatif, penyelidikan gunaan, perunding komersial, tenaga akademik yang berwibawa dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Graduan yang dihasilkan adalah professional, beretika, berjatidiri dan memenuhi kehendak pasaran.
pengurusan 3

Matlamat


  • Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan bagi menghasilkan pekerja, pengurus dan pemimpin yang berfungsi dengan berkesan dalam organisasi awam, swasta dan perniagaan sendiri.

  • Menyediakan pendidikan berkualiti dan inovatif melalui pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan ilmu dan penyelidikan terkini.

  • Memberikan pendidikan pengurusan yang luwes dan sesuai dengan keperluan pasaran.