#FEPterkedepan

 #FEPterkedepan

Pusat Pengajian Sumber Manusia

chrest
Pusat Pengajian Sumber Manusia (CHREST) merupakan sebuah pusat penyelidikan di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada 1 Mei 2011. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul kepakaran dalam bidang-bidang yang berkaitan, untuk menerbitkan dan menyebarkan hasil penyelidikan kepada masyarakat, untuk menjadi pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, untuk mendapatkan geran penyelidikan kepada ahli-ahli dan mewujudkan jaringan dengan badan-badan kebangsaan dan antarabangsa. Ahli-ahli lembaga penasihat CHREST yang terdiri daripada ahli-ahli akademik yang terkenal di seluruh dunia memberi manfaat kepada CHREST untuk mencapai matlamatnya.
CHREST adalah komuniti penyelidikan ilmiah untuk penyelidik yang terlibat dalam amalan dan kajian pembangunan sumber manusia dan ekonomi tenaga pekerja. CHREST diasaskan bukan sekadar untuk mempromosikan penyelidikan akademik dalam bidang pembangunan sumber manusia dan ekonomi tenaga pekerja tetapi juga untuk menggalakkan perkembangan intelektual penyelidik melalui diskusi meja bulat, bengkel dan persidangan. Dalam usaha untuk menjadi relevan kepada pembuat dasar, CHREST sedang menjalinkan kerjasama yang baik dengan Institut Sumber Manusia Kebangsaan (ISMK), sebuah unit penyelidikan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Laman rasmi CHREST